Ahad, 26 April 2026

Asal kain jadi jubah

 Pada hari Isnin, 20 April yang lepas, saya pergi ambil baju yang telah siap di tailor. 

Kain pemberian Kak Notie, dari Giveaway Baju Raya Berlace yang diadakan pada Januari lepas. Masa dapat kain, sudah terlewat untuk hantar ke tailor sebab masa itu sudah tutup tempahan untuk baju raya. Jadi, lepas raya, barulah saya hantar. 

Alhamdulillah, siap mengikut jadual. Masuk saja ke kedai, saya beri slip yang ada nombor tempahan saya. Nyonya tukang jahit cari antara baju-baju yang telah siap digantung di rak. Saya tak perasan, rupanya, jubah saya tergantung paling hadapan sekali.

Saya pun cakap pada nyonya tu,"Eh, itu, baju saya, paling depan!"

Saya tak perasan sebab nampak lawa. Betul ke ni, baju saya. Tapi rasa betul dah. Nyonya itu check, ha, betul la, itulah jubah yang saya tempah. 

Bila kita rujuk gambar kain dalam handphone, lain. 

Bila kita tengok bila jadi pakaian, lain pula rupanya. 😁

Warna macam pink belacan atau dusty pink. Boleh jadi juga macam warna peach. Lighting pun main peranan juga. Dalam rumah saya pula bila ambil gambar, gelap. Kena buka semua lampu, barulah jelas.

Tadaaa....

Lace dijahit di bahagian depan saja. Tak banyak pun bahagian lace itu. Tak cukup untuk jahit keliling bahagian bawah kain.

Bahagian belakang yang kosong.

Tapi pada saya, tetap cantik. Tak kan nak gantung saja. Marilah kita cuba pakai. 

Ambil gambar di luar la, cahaya semulajadi. Waktu kejadian, sudah waktu petang. 

Close-up sikit bahagian lace di depan.

Elok aunty tukang jahit itu jahit. Patut arwah mak saya dulu hantar baju kedai dia. Tadi masa ambil baju pun, ada perasan banyak baju tempahan telah siap yang digantung. Bila tempah, siap on time. Kualiti jahitan pun bagus.

Masa saya hantar kain tempoh hari, dia tanya banyak benda. Masa ukur, nak labuh kain sampai mana? Saya kata, tak mahulah sampai menyapu lantai. Dia buat betul macam yang kita nak.

Lace itu pun dia tanya, kita nak letak mana. Memang letak di bawah. Tapi masa itu, tak boleh agak panjang lace itu. Saya cuma cakap kalau cukup, selain letak di bahagian bawah kain, kalau ada ekstra, boleh letak di hujung lengan. Tapi ini pun sudah cukup cantik bagi saya.

Ambil dari tepi, lace di depan saja.

Suami saya cakap, saya tak pernah ada baju warna macam ni. Ha ah. Betul. Semua jubah saya warna hitam. Ada dua helai jubah warna putih, itupun jubah yang saya pakai masa umrah saja, bila di sini, sudah tak pakai. Sebab warna putih tu, kurang suka. Nanti cepat kotor. Cuma jubah hitam saja saya pakai.

Makcik posing ala ala model muslimah.

Alhamdulillah. Terima kasih pada kak Notie, atas pemberian kain yang cantik ini. Lembut je. Selesa dan sedap dipakai. 🥰 Semoga kak Notie sihat-sihat selalu dan murah rezeki. 

Baiklah. Selamat berehat di hujung minggu kepada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

46 ulasan:

  1. Warna duty pink sesuai dengan Tot.. Bila siap sebagai jubah bertambah anggun, cantik terletak. Pandai tailor sesuaikan ikut permintaan pelanggan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, LZ. Alhamdulillah, dapat tukang jahit yang pandai menjahit ikut kehendak kita.

      Padam
  2. Oh lace itu tidak cukup keliling bawah ya? Nanti saya suruh letak pada lengan baju sahaja. Tq kongsi. Hehe giliran saya mencari tukang jahit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cukup, NA. Sama². Semoga dapat jumpa tukang jahit yang bagus.

      Padam
  3. Wahhhhhh lawa ni. Simple yet sweet. Cantik dipakai untuk Aidiladha nanti. Lawa warna ni dengan Tot. Nampak manis dan ceria

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, KSarie. Alhamdulillah. Kan, pakai nanti raya Aidiladha. 😊

      Padam
  4. Wahhhh.. lawa betul, laaa.. nak nak pulak modelnya tu, Nur. Memang lawa Nur, boleh pakai kalau ada majlis Maulid atau gi pengantin pun elok sangat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. mekacih, SK. Itulah, pi kenduri pun okay, kan.

      Padam
  5. Baju kurung Cuya pon dah siap guna kain kak Notie bagi haritu. Tapi Cuya belum up lagi entri. Tengok la nanti

    BalasPadam
  6. Baju cie pun dah siap buat nanti baru nak share kat blog bila dah pakai.

    BalasPadam
  7. Nur, kena la kaler ni dengan awakkk. 👏

    BalasPadam
  8. Ooooo.... dari arwah mak lagi ke? Mesti dia maintain cara jahit tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, uncle. Tempat mak saya hantar baju dulu.

      Padam
  9. Warna kain hampir sama dengan bunga tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, yek. Hehe.. akak pun baru perasan.

      Padam
  10. Waah cantik betul mbak. Saking cantiknya sampai tak hafal yang mana ya. kalau kata orang indonesia, Pangling, hihihi.
    Saya suka modelnya mbak, nampak simpel, tapi nyaman dipakai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pangling. Hehe.. belajar perkataan baru hari ni. Alhamdulillah, kainnya selesa dipakai.

      Padam
  11. Besar juga lace dia tapi cuma 1.5 meter ja. Comelnya nur nampak lain dari biasa. Alhamdulillah Aamiin doanya

    BalasPadam
  12. Boleh la untuk guna raya nanti...raya haji yg terdekat

    BalasPadam
  13. Wah...Nur dah siap tempah..SA blom tempahlagi..susah nak jumpa tailor kat Seremban ni...nanti nak tanya sepupu boleh buatkan x...

    BalasPadam
  14. Wah…cantik baju digayakan oleh model muslimah kita 😀
    Warna baju lembut. Saya panggil pink salmon berdasarkan warna gambar kat luar rumah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu...
      Betul juga tu, Ujie, pink salmon.

      Padam
  15. Wah cantik sangat 👍🏻
    Sesuai warna ni dgn Nur .

    BalasPadam
  16. linda pun dah siap baju nya...tapi, tak sempat nak pakai..tengok la nanti masa raya haji...insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita ya, Linda, pakai masa raya haji nanti.

      Padam
  17. Waa... dah siap ya bajunya... sy belum hantar lg sebab tak tahu kat sini siapa tukang jahitnya... Cantik dan simple...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena jalan² cari tailor juga, Nurul. Alhamdulillah.

      Padam
  18. Cantiiiiiiik kak 😍. Warna pun lembuuuuut. Renda nya memang pas diletak bawah bagian depan 👍👍.

    Saya nih lagi sukaaa juga pakai jubah kak. Tapi beli jadi lah. Kemarin baru tambah 1 jubah lagi. Nak dipakai saat traveling. Macam dah malas pakai baju yg biasa 😄😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Makasih, Fanny.
      Pakai jubah lebih senang sebenarnya banding pakai seluar, bagi akak. 😊

      Padam
  19. Cantiknya dah jadi jubah. Warna pun cantik.

    BalasPadam
  20. cantik jubah berlace...jubah color putih mmg cpt kotor...nasibaik masa pi umrah aritu ada sepasang je...sbb tahu putih jrg sgt nk pki...selebihnya jubah hitam...nanti bole la tmbh koleksi jubah yg bercolor plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula, lagi satu, segan pakai warna putih. Betul, mamatisya, sekarang banyak pilihan jubah.

      Padam
  21. Alhamdulillah dpt pemberian dari sahabat blogger dan dah cantik kejadian kain nya :D

    BalasPadam
  22. Cantik kaler ni, sesuai dgn akak!
    Boleh buat baju raya haji nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekacih, Mazni. Alhamdulillah. Betul, baju raya haji.

      Padam