Thursday, April 23, 2026

Jogging sabtu dan sarapan apa

 Cerita pada 11 April 2026 yang lepas. Pagi-pagi, pergi jogging dengan suami, di Padang Astaka, Sitiawan. 

View langit pagi yang tak jemu dipandang.

Sudah lama tak pergi jogging di padang. Asyik menebas di rumah dan kalau berjalan pun, guna walking pad saja di rumah. Kadang kala perlu keluar juga, tengok pemandangan, tengok orang. 

Kuat suara deme ni menyembang.. 

Ada benda yang saya nampak, buat rasa tenteram dan damai di hati. Salah satunya, ada uncle cina dan uncle India ini, borak dalam Bahasa Malaysia. Kuat deme ni bersembang. Boleh dengar dengan jelas, dia orang cerita tentang perang di Iran, minyak, dan lain-lain lagi. Tapi bukan butiran bualan tu yang saya nak cakap, tapi dia orang cakap melayu fasih sangat. 

Sengaja saya perlahankan langkah saya, supaya group uncle-uncle ni boleh potong. Bila dia orang potong, barulah boleh nampak, oh, cina dengan india yang bercakap. Elok betul bahasa dia orang. Benda macam ni, jarang-jarang boleh nampak. πŸ₯°

Perkara kedua, ada seorang bapa ini, bawa motor, ada 3 anak kecil. Dia bawa motor masuk padang sampai ke tengah, kemudian berhenti. Si bapa dukung yang baby, pegang tangan anak yang tengah. Jalan tengah padang. Anak paling sulung masih duduk atas motor. Si bapa ajak si abang sulung turun, join jalan-jalan di padang. 

Anaknya pun turun dari motor. Dia orang empat beranak jalan-jalan di tengah. Jauh dari laluan orang yang mengelilingi padang. Tapi saya masih boleh nampak. Anak kedua sangat happy, berlari-larian. Anak-anak kecil memang mudah terhibur, kan. πŸ₯°

Sempat berlarian selama 1 jam 16 minit, dengan jarak 7.02 km.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat sihat. Dapat release tension juga, bila keluar berjalan-jalan, hirup udara segar pagi-pagi. 

Lepas jogging, apa lagi... kami cari sarapan la. Hehe..

Beberapa hari lepas, saya ada up entri suami bungkus makanan nasi kerabu dan nasi berlauk, kan. Kami tuju ke kedai itu, berdekatan Marina Island, dekat Teluk Batik.

Nasi berlauk untuk saya.

Kalau saya kena makan nasi berlauk setiap hari, saya okay je. Lagi-lagi gulai dia tu, guna rempah dari Kelantan. Tak sama macam kita masak kari guna rempah Adabi ke, Baba's ke, memang tak sama. Ada pula sambal lada dan ulam timun, memang ngam sangat! πŸ˜‹

Sudah tahu nama kedai.

Gambar dari google Maps

Ramai orang hari tu, pada hari Sabtu. Jadi kita pun segan nak ambil gambar. Tapi ada banyak tempat duduk. Cuma agak panas makan di kedai, kena duduk dekat tempat yang ada kipas. Jumpa dah, kedai nasi sedap dengan harga berpatutan. 

Orait. Jumpa lagi, ye.πŸ’—

17 comments:

  1. Antara nikmat dan rezeki dapat tengok orang bahagia macam ayah yang bawa anak-anak berjalan di padang, orang India dan Cina berborak dalam bahasa Kebangsaan, dsb. Terima kasih kongsi tentang kedai makan Selera Kito di Lumut. Kalau tersinggah di sana nanti boleh cari nanti. Take care Tot

    ReplyDelete
  2. Menikmati pagi yg indah, bersama insan tersayang alhamdulillah nikmat yg mahal

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok gelagat orang.

    ReplyDelete
  4. Sedap betul mbak jogging pagi, sampai 7 kilometer pula tu. Luar biasa.
    Saya kalau jogging pagi, mepet sama waktu berangkat kerja. Jadi bisa tembus 3 Km saja sudah bersyukur sekali rasanya, hihihi

    ReplyDelete
  5. Sesekali tengok dunia luar sambil hirup udara segar, ditemani oleh lagat orang sekitar memang menyeronokkan dan menghiburkan hati.
    Banyak benda kita boleh belajar dari dunia luar. Seronok perhati sekeliling, terkadang ada pengajaran hidup drpd Tuhan yang ingin disampaikan 😊

    ReplyDelete
  6. Patutnya kena ajar budak bermain dengan alam bukannya hadap gajet.

    ReplyDelete
  7. Jarang dengar India Dan China bersembang cakap melayu selalunya bahasa inggeris. Bagus depa ni duduk Malaysia fasih dengan bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
  8. Wah dah ada port makan murah Dan sedap ni

    ReplyDelete
  9. Padang ni kira 1Malaysia lah... Melayu Cina India ada....

    ReplyDelete
  10. kalau guna rempah kelantan memang lain rasanya tu.

    ReplyDelete
  11. Lain kan feel healing waktu pagi berbanding waktu lain. Rasa tenang dia on top!

    ReplyDelete
  12. saya pulak pernah jumpa orang india sembang dgn kawan indian guna bahasa melayu. selalu kalau sesama bangsa ni, dorang mesti nk sembang guna bahasa dorang kan

    ReplyDelete
  13. Kalau rempah best, mesti sedap lauk tu.

    ReplyDelete
  14. Dania dah start jogging..SA ni x tau la bila nak start

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Saya justru jaraaaaang sangat kalau dengar Orang2 cina di sini bicara BHS china 🀣🀣. Krn memang sejak zaman pak Soeharto (presiden kedua) , semua orang china, wajib bicara pakai BHS Indonesia. Ga boleh pakai BHS mereka. Jadinya semua orang china trutama yg tua2 lancar dan sangat Indonesia aksennya. Bahkan yg di pulau Jawa, mereka fasih BHS Jawa juga. Pernah saya tanya ke teman2 saya yg Chinese, 1 pun tak ada yg bisa mandarin πŸ˜‚πŸ˜‚. Krn di keluarga mereka semua bicara Indonesia.

    Sebenarnya itu bertujuan, supaya semua orang Indonesia disatukan dalam 1 bahasa, sehingga tak ada perbedaan dan salah paham bahasa. Nak bicara Mandarin dan inggris, boleeeh saja, tp Indonesia wajib lancar. Dan di sekolah China pun, BHS pengantar utama Indonesia.

    Uwaaah nasi berlauk tuh sedapnya kaaaaak 😍😍😍. Saya memang wajib banyak jalaaaan dan sempatkan brisk walk di KL nanti, supaya bisa makan banyak 🀣

    ReplyDelete