Wednesday, April 15, 2026

Kasi pendek

Assalamualaikum, semua...

Cerita pada hari Jumaat, 3 April 2026 yang lepas. 

Pagi-pagi sebelum pukul 7, saya ikut suami beli sarapan nasi berlauk, di Bukit Permata. Kemudian, kami singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua kopi, americano iced dan panas, harga RM6.80. Memang jauh lebih murah dari kedai kopi sebelah.

Bulan di langit. Lampu isyarat merah. Lampu-lampu jalan.

Lepas suami pergi kerja, saya mula buat kerja menebas. Sambung kerja semalamnya.

Bulan masih ada, pukul 7 pagi

Saya jumpa lipan 5-6 ekor bila bersihkan rumput di kawasan batu bata. Selamat kena katok dan kerat oleh sabitku. Jangan risau, saya pakai but berkebun. Selamat. 

Kemudian, saya jumpa benda putih-putih kecil dalam tanah satu pasu. Saya suspek telur ulat. Boring betul. Banyak betul serangga perosak. Mood down bila banyak pokok bunga mati.

Amirul bertolak balik Dungun pukul 8 pagi. Jauh dia pandu kereta, lebih 500 kilometer. Selamat jalan, anakku. Belajar rajin-rajin dan jaga diri, ya. 🤗

Amirul ada tertinggal barang, seperti biasa. Saya kena pos minggu depan. 

Kerja siap setakat pagi tadi

Sebelum kerja-kerja menebas oleh yours truly, tak nampak langsung kawasan batu bata ini. Sudah dinaiki rumput, seperti kawasan dekat buaian dalam gambar di atas. Cadangnya, nak clearkan rumput. Biar nampak macam keadaan asal, masa mak saya masih ada. Kawasan batu bata ini panjang sampai ke hujung.
Buruk dah rumah. Retak sana sini. Kuari hari-hari dok letup bukit.
Pukul 10 pagi, saya berhenti kerja dan masuk rumah.
Sarapan nasi berlauk. 😋
Lepas makan, jalan atas walking pad, satu jam.
Mandi. Zohor. Mengaji.
Kemudian, saya masuk dapur, panaskan nasi dan lauk semalam. Sulaiman request nak makan maggi goreng. Saya pun buat mee sedap perasa asli dua bungkus, letak cheese on top dan telur mata. Nampak premium, tak sempat nak ambil gambar, Sulaiman sudah terkam dulu. 
Saya check email tapi tak sempat nak update blog, suami sudah balik kerja pukul 4 petang. Suami tanya nak keluar tak? 
Nak! Nak pi gunting rambut.
Saya punya rambut ni, sampai satu tahap panjangnya, ia akan mula gugur dengan banyak. Macam tak kuat. Tapi saya tidaklah ikat dengan kuat pun. Teringin nak ada rambut lebat, dan kuat macam rambut orang India. Orang kata, kena cuci rambut dengan santan atau minyak kelapa, seminggu sekali. Tapi biasalah, kita kan malas nak amalkan regime kecantikan ni semua.

Salon rambut nyonya

Masuk saja kedai, "Halo.. boleh gunting rambut ka?"
Nyonya tengah baring di sofa. Rasanya, dia terlelap. TV tengok dia. Tiada customer. Saya seorang. 
"Boleh, boleh. Masuk, duduk hujung."
Kipas pasang, dua biji kipas berdiri. Tiada aircond. Eh, aircond ada di dinding atas, tapi rosak. Dah bertahun tak dibaiki.
"Mau gunting macamana?"

"Kasi gunting ini macam. Kasi pendek. Tak mau ikat."

Senang tunjuk gambar hair style camana kita nak. Kalau kita terangkan, boleh jadi menjadi macam yang kita nak, boleh jadi tak jadi. 50-50 peluang. 
Zas zup zas zup, siap!
Macam trim pokok, nyonya ni gunting rambut. Tapi saya suka, sebab pantas dan tidak buang masa.
Lega saya, rambut sudah pendek. Saya rasa, cara hidup saya yang banyak berkebun, berjalan, berpeluh, memang tidak sesuai berambut panjang. Ringan sikit kepala. Jimat sikit syampoo.
Sudah naik harga. Dulu potong rambut, RM10. Sekarang RM12.
"Aiyaak.. sudah naik harga?", saya cakap.
Nyonya senyum.
Tak boleh nak kata apa. Semua benda naik harga. 
Okaylah. Sekian cerita pada hari tersebut.
Jumpa lagi, ye. 💗

13 comments:

  1. RM12 tu masih murah kak.. Linda tak pernah dapat harga RM12.. lepas tu. Dah lama juga tak potong rambut dekat kedai.. duduk depan cermin, potong sendiri, ikut suka hati..janji pendek.. hahaha

    ReplyDelete
  2. gunting rambut rm12 kategori murah lagi tu kak...sy tak pernah jumpa lagi harga tu tiap kali pergi salon mau 20 keatas...

    ReplyDelete
  3. Wahhh, RM12 ya harga potong rambut skrg. Dah lama tak potong rambut, bila rasa dah rimas, sy ambil gunting dan kerat sendiri. Bukan sebab jimat tapi malas nak ke kedai. Rasa macam dah tak pandai sekarang, hahah. Sy teringin pulak la nak beli walking pad tu. Sy ni kalau lepas makan, sebelum makan, memang duduk aje, macam mana nak turun berat, hai.. entahlahhh.

    ReplyDelete
  4. RM12 murah ler kak...Dkt plaza idaman ni dah nk rapat ke RM40. Part lipan tu..Ate byk benor jumpanya yong =D

    ReplyDelete
  5. Selalu tunjuk gambar tak pernah menjadi seperti diharapkan. Just bagitau je nak paras mana senang. Tak mengaku tak pandai. Ok ke jawabnya kita pun ingat menjadi. Sekali ermmm jauh betul rupa.

    ReplyDelete
  6. Sekarang harga memang serba naik ya mbak tot.
    Dulu pas masih sekolah, saya kalau potong rambut itu kisaran 1,15RM je. Eh sekarang tau-tau sudah melambung jadi 4,6RM. Sungguh berkali-kali lipat.

    Ah kangen rasanya minum kopi di 7-eleven. Sedih, sebab di Indonesia sini 7-eleven sudah takde. Sudah bangkrut punya.

    ReplyDelete
  7. Ini cerita potong rumput dan rambut.
    Panjang mana rambut Nur? Murah itu RM12. Saya kena RM38 lepas 6 bulan tak gunting rambut tapi puas hati cara dia gunting.

    ReplyDelete
  8. Benda yang uncle paling takut dalam dunia adalah potong rambut lah... Ni tengah simpan kekuatan nak gunting.... (azam yg bertahun2 umurnya)

    ReplyDelete
  9. Lawanya style rambut tu hihi ...
    Baru tadi baca berita orang kena sengat dgn lipan di dapur :(

    ReplyDelete
  10. saya suka baca cerita harian kak nur yg produktif. jalan pagi2, berkebun. rutin cmni dibawa sampai tua confirm jadi warga emas yg sihat! mcm atok sedara saya muda2 rajin bergerak sana sini, skrg umurnya 88 tahun masih steady jalan tegak je.

    bestnya duduk luar bandar, harga gunting rambut masih murah lagi tu. tmpt saya dah rm20 lebih haha

    ReplyDelete
  11. SA nyer rambut gitu la...dulu panjang sampai ke pinggang...dah bertudung kerat sampai bawah bahu...hari tu rimas, panas..kerat lagi pendek gitu ler...senang..jimat shampoo

    ReplyDelete
  12. best juga ada cerita macam-macam ...boleh legakan fikiran daripada fikir perkara yang serius

    ReplyDelete
  13. Cuya dah lama simpan rambut, ibu dah suruh potong dah . Tapi Cuya duk tangguh2 je sebab tahun ni la first time simpan rambut.
    Macam sayang nak potong.

    Akak potong tu kira murahlah tu. Kalau salon maunya mahal.

    Cuya suka lagi potong kat kedai drpd potong sendiri sebab tukang gunting lagi pandai potong dan fashionable. Kita as perempuan walaupun pakai tudung tetap la nak nampak cantik kan depan cermin? Hehe 😂

    ReplyDelete