Saya dalam proses membaik pulih blog saya ini. Cuba untuk perbaiki mana yang patut.
Blog saya ini tidak diindeks oleh google. Sebenarnya, saya rasa agak malas untuk buat juga. Lebih senang update blog untuk suka-suka, tanpa ambil tahu hal-hal teknikal di belakang sebuah blog.
Tapi, rasa kurang best bila orang buat carian blog kita, tapi blog kita tidak tersenarai di google. Saya pun tak pasti apa sebabnya.
Boleh jumpa blog saya, tapi melalui blog orang lain.
Masa mula saya buat blog ini, saya ada kacau setting asal. Mungkin sebab itu, kot. Atau juga kandungan entri yang terlalu ringkas, mungkin.
Tapi sekarang saya dalam progress untuk belajar selok-belok blog ini. Kalau anda singgah dan nampak lain macam sikit, atau lari paparan, minta maaf ya. π
Orang kata, tak ada kerja, cari kerja. Kerja berlambak, tapi saja tambah kerja bagi serabut lagi. Hehe..
Saya cuba perbaiki entri lama, dan hantar request untuk diindeks, melalui Google Search Console. Baru testing satu entri. Saya rancang untuk buat hari-hari, jika punya waktu.
Kemaskini entri lama, dan publish entri baru. Boleh ke? Entah. Saya cubalah ya.
![]() |
| Pokok buah naga keluar buah sulung. |
Suka bila pokok kita tanam keluar buah atau bunga. π
Kenapa saya kemaskini entri lama
10 entri evergreen, yang topik orang selalu cari, adalah lebih bagus dari 100 entri diari harian. Kenalah cuba perbaiki mana yang kurang dan salah. Cuba dan ikhtiar.
Saya ingin tingkatkan pendapatan melalui Google Adsense. Sekarang ada, tapi nak cerita ke? Malulah!
Hehe... Okaylah. Sebulan pendapatan blog saya ini cuma 1 dolar saja. π
Ye la, blog ini pun masih baru.
Belajar Ilmu Baru Dunia Blog
Cara kita menulis entri pun main peranan juga. Kena guna keyword yang orang selalu cari. Bukan senang, ya. Sebab selama ini, saya cuma menulis ikut suka hati. Suka-suka, mengisi masa lapang.
Niche Blog dan Cabaran Berblogging
Saya rasa, blog saya ini lebih kepada diari seorang surirumah yang suka berkebun πΉ, kopi ☕ dan bersenam π. Saya ingin tambah entri tentang berkebun, tapi saya sendiri kurang ilmu berkebun. Masih belajar. Saya bukan pakar. Apa yang saya kongsikan, adalah pengalaman saya sendiri. Tidak pernah ambil kursus tanaman dan sebagainya.
Tapi sebagaimana memasak, saya juga rasa berkebun ini, semua orang boleh buat. Lagi-lagi zaman sekarang, semua maklumat di hujung jari. Cuma mungkin kena dengan minat kita atau tak, itu saja. Nak atau tak nak.
Lagi satu cabaran, kurang masa menghadap blog. Banyak betul kerja rumahtangga yang perlu buat dulu.
Jadi, memang akan ambil masa untuk perbaiki blog ini. Insya-Allah, saya buat bila punya waktu. Sikit-sikit. Kalau satu hari, dapat perbaiki satu entri lama, okay lah tu, kot.
Nanti saya blogwalking slow-slow ya, ke rumah kawan-kawan.
Jumpa lagi. π

Chaiyok3 - dah boleh dah ni, cara tulis entry tu pun bagus cuma levelkan dia dengan heading, subheading, minor heading dan seterusnya. Semoga berjaya
BalasPadamTerima kasih, Aynora. π€ Saya cuba, Insya-Allah.
PadamCuya pon tak pandai bab ni . Sebab baru lagi mohon Google Adsense.
BalasPadamKita pakai hentam jer. Amik tips daripada chatgpt hahaha
Hehe.. kita belasah saja, Cuya. Yang boleh ikut, kita cuba ikut. Yang lain kita tulis ikut sesedap rasa, boleh? π
PadamSemangat terus ye Totπͺπͺ. Semoga terus success untuk tambahbaik blognya dan terus update blognya ye. KSarie kena cari masa juga untuk tengok entry lama-lama sebab tulis asal boleh. Berkebun + Mengopi + Bersenam adalah kombinasi yang mantap untuk blog Tot ini. In sya Allah semoga dipermudahkan semuanya ye.
BalasPadamTerima kasih, KSarie. Saya dah stop repair entri lama. Sebab banyak draft blog belum publish lagi ni. Hehe..
PadamAminn... π€² terima kasih sekali lagi. π€
Rajinnya kemaskini pos kama. Semoga berjaya.
BalasPadamSaya macam tidak ambil kisah sangat. Kemaskini sebab hendak tambah maklumat sahaja.
Terima kasih, NA. Saya stop dulu perbaiki entri lama, sebab nak publish draft entri dari cerita bulan April, tak habis-habis lagi ni, NA. π
PadamNA punya blog simple. Baguslah. Bukan kejarkan pulangan, lebih kepada kepuasan menulis. π
Wahh all the best kak! Saya rasa niche blog ni banyak citer pasal berkebun dan bersenam. Mungkin kena fokus pada dua tu
BalasPadamTerima kasih, Mazni. Itulah, kadang akak ni, campur jer semua benda. Menulis ikut suka hati je. Hehe..
PadamSemoga blog ini terus cemerlang dan dapat kumpul income yang banyak daripada GA.
BalasPadamAminn... π€² mekasih, Wak.
PadamGood luck kak Nur..Linda bab ni, memang tak reti dan malas nak pening kepala...hahaha..
BalasPadamMekasih, Linda. Akak pun malas juga sebenarnya, Linda. Macam nak tergendala je, usaha repair post lama ni. Huhu..
PadamSaya tak pandai juga bab ini
BalasPadamJadi biarkan jer asalkan tak pening :)
Hehe... betul tu, kita tenang-tenang saja. π Malas nak serabut repair benda dah lepas.
PadamSaya pun tak reti, berblog pun belajar sendiri je. Content nya pula sekadar utk catatan kenangan.
BalasPadamOkay dah tu, PH. PH rajin update blog. Jadi, banyak kunjungan dari kawan-kawan nak baca cerita terbaru. π
Padamdulu2 sy belajar gak ttg SEO ni. Tp akhir2 ini sy siarkan je mana2 entri yg sy rasa bermanfaat kpd pembaca. Kalau x terindeks tu nasib la.
BalasPadamItu la, saya ada juga rasa macam Abe Kie rasa. Lagi pun, kurang masa nak perbaiki entri lama-lama.
PadamSaya pun sekadar tulis dan post jer cerita yg saya tulis... Tak tahu pun psl indeks apa bagai tu huhuu.. entry lama ada saya renovate utk dijadikan lebih mersa kepada pembaca tapi tak tahu la dri segi indeks tu ada kesan atau tidak..
BalasPadamKalau nak tahu page indeks ke tak, boleh try check di Google Search Console, Encik.
PadamAt least, mahu menambah baik. Sy ni, lagi malas nak copy paste coding² tu semua. Sy biar jer macam tu, cuma post content asal boleh aje. Ni, nak bagi kerja utk Nur, jika sudi, hihihi.
BalasPadamhttps://sariyusa.blogspot.com/2026/05/tag-berantai-jom-berkenalan.html?m=1
Hehe.. okay je tu, SK. Blog SK dah establish, sebab banyak share tempat makan sedap-sedap. π Sudah siap kerja tu, awal-awal lagi dah submit haritu. π
PadamBlog Faa pun baru sangat, tak sampai setahun pun. Belum masa rasanya nak guna GA. Maybe dah rajin nanti boleh la try2.
BalasPadamBoleh cuba apply, Faa, kalau entri lebih 80 ke atas.
PadamSA lagi malas nak amik tau...hahaha....banyak benda nak kena hadap..SA selesa blogging aje..jadikan macam diary harian tapi secara online...dulu masa serius cari duit melalui blog dengan review dan event...memang belajar jugak la coding2 i semua..sekarang dah malas...
BalasPadamHehe... blog SA dah lama, sudah established, macam blog SK. Jadi, tak ada masalah. Lagi pun, pakai domain sendiri ni, lagi banyak views.
PadamEh tapi kalau saya cari blog kakak di google, saya ketik "hidup tot ", itu LGS kluar kok. Atau tulis secawan kopi sekebon cerita, itupun kluar. JD saya rasa terindeks lah oleh google.
BalasPadamPelan2 coba perbaiki kak, kalau memang ada waktu. . Saya sendiri pun malas memperbaiki tulisan lama π€£π€£. Krn memang tak ada tujuan monetize samasekali.
Oh, ye ke, Fanny? Rasa lega akak baca komen Fanny. Akak buat carian, keluar profile blogger akak je. Dan hasil dari AI.
PadamBlog Fanny sudah bagus, banyak sharing travelling around the world, dan banyak isi dalam setiap entri juga. π