Hi...😊
Ini cerita pada hari Ahad, 29 Mac 2026, bersamaan 9 Syawal yang lepas.
Awal pagi, sebelum subuh, hujan turun dengan lebat dan kilat sabung menyabung. Saya tersedar sebab bunyi hujan yang kuat. Saya perasan juga macam kipas tak hidup. Tapi saya tak peduli sangat, sebab tak rasa panas pun. Malas nak bangun.
Tiba-tiba pintu bilik tidur kami terbuka. Sulaiman naik atas, cakap takde elektrik. Rupanya, kilat sambar dekat rumah, sampai tendang elektrik kat rumah. Blackout.
Suami ada rumah. Bila reda sikit bunyi guruh, suami flip semula suis utama untuk hidupkan semula bekalan elektrik. Lama juga tak terjadi macam ni. Sejuk sikit suasana. Alhamdulillah.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan akan berterusan sehingga Mei depan. Angin lemah dari pelbagai arah menggalakkan pembentukan awan ribut petir menyebabkan hujan lebat dan angin kencang. Sekian laporan cuaca. 😁
Lepas subuh, saya masuk dapur.
![]() |
| Masak nasi goreng. |
Saya tumis bawang merah, bawang putih, cili api dua tiga biji dan ikan masin bulu ayam digoreng yang saya tumbuk dulu, guna lesung. Harum semerbak bila tumis rencah. Saya letak juga potongan kacang panjang dalam nasi goreng. 😋 Sikit je nasi goreng. Jadi, saya masak nasi baru juga.
Selain itu, ada lebihan lauk semalam dalam peti ais. Saya modify ikan goreng..
![]() |
| ..jadikan ikan goreng berlada. |
Amirul masih kelas online. Jadi dia balik Dungun lewat seminggu.
Orait. Jumpa lagi, ye. Saya cuba blogwalking slow-slow. Ini pun update entri malam-malam. 💗


Sejuk sikit bila hujan...alhamdulillah..
ReplyDeleteLinda pun suka nasi goreng letak kacang panjang
Kan, Linda.. macam nasi goreng orang tua dulu masak, selalu letak potongan kacang panjang.
DeleteSini hujan manja² je ...
ReplyDeleteSedap, nasi goreng kacang panjang. Sy pun suka
Sama kita ya, PH.
Deletearwah mak dulu suka potong kecil2 kacang panjang tu masuk dalam nasi goreng.
ReplyDeleteHa.. betul, Cie. Saya pun potong kecil². Sebab dulu masa kelas Kemahiran Hidup, cikgu ajor macam tu la, potong kecik² kacangnya.
DeleteWah sudah lama rasanya saya tak masak fried rice.
ReplyDeleteBiasanya kalau ada nasi sisa di rice cooker, saya akan masak nasi goreng dan masukkan bahan sisa seadanya. Potongan ayam, sosis, nugget, aatau apapun itu saya masukkan semua,hahaha
Betul tu, Mas Fajar. Haruslah gunakan baki makanan tidak habis semalamnya, ya, bila masak nasi goreng.
DeleteAlhamdulillah hujan, sejuk sikit bumi. Sedapnya nasi goreng kacang panjang, lama pulak tak buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteHehe.. sila, sila, Mulan.
ni dah beberapa hari x hujan di Seremban....hari tu hujan sejuk sikit bumi tuhan kan...
ReplyDeleteBetul, SA. Nyaman sikit suasana bila hujan.
Deletelama tk makan ikan sambal
ReplyDeleteBoleh minta chef husband buatkan. Hehe..
DeleteAduhai, dh lama x mkn ikan goreng brlada =D
ReplyDeleteBoleh masak nanti, Nieza. 😊
Deletesuka nasi goreng buh kacang panjang..krup krap kcg pjg...ikan goreng semlm mmg selalu dimasak sambal atau masak kicap..sedap..
ReplyDeleteBetul, betul.
DeleteMasak kicap pun sedap juga, kalau ikan goreng semalamnya tak habis. 😋
Sy suka kalau ada kacang panjang potong dalam nasi goreng, rasa rangup krup krap krup krap tapi orang lain pulak tak suka. Macam tu kena tumpang nasi goreng Nur aje la, hihi.
ReplyDeleteHaha... Susah nak ikut selera semua orang ya, SK. Meh meh, datang rumah, saya buat nasi goreng kacang panjang. 😋
DeleteMoga2 june saya ke KL, cuaca lebih bersahabat yaaa 😄. Plan saya nak wisata kuliner 5 hari, susah juga kalau hujan berterusan 😁
ReplyDeleteInsya-Allah, mudah-mudahan cuaca baik² saja waktu Fanny datang ke Malaysia.
DeleteKacang panjang okay. Tapi kalau nasi goreng yg ada mixed veggies tu saya cukup anti hahaha!
ReplyDeleteHaha.. boleh gang dengan anak² akak, Mazni ni.
DeleteOk sini sudah ada hujan. Alhamdulillah.
ReplyDeleteBagus makanan Nur masak semua sedap.
Alhamdulillah.
DeleteBoleh la NA, buat makan famili sendiri.
Cuba Tot bagi tips untuk rajin memasak macam Tot. Sokmo masakannya buat rasa lapar. KSarie adalah orang yang tidak makan sangat sayur. Jadi nasi goreng KSarie selalu tanpa sayuran hehehehe.
ReplyDeleteSaya tak selalu rajin memasak, KSarie. Tapi kalau ada makanan semalam tak habis, dia jadi auto nak masak atau modify supaya habis.
DeleteHehe.. boleh kawan dengan anak² saya ni, suka nasi goreng kosong je.
nasi goreng kacang pendek ada tak. hehe
ReplyDeleteNasi goreng kacang pendek tahun depan saya buat, kak. 😂
Delete