Saturday, April 25, 2026

Pelbagai gambar makanan

Kadang tu, suka ambil gambar makanan. Saja, untuk rekod dan tak lupa makan mana sedap. Tapi, sebab sekeping saja gambarnya, jadi nak buat entri khas untuknya macam tak tahu nak tulis apa pula.

Jadi, saya rangkumkanlah banyak-banyak gambar makanan dalam entri ini.

Bukan semua saya masak di rumah. Ada yang saya beli di luar.

Nasi ayam geprek, pilih ayam bakar

Saya beli di pasar malam pada 5 April 2026. Harga RM12. Gendut kekenyangan, sebab portion yang besar. Sambal sangat pedas. Saya setakat dip dip je timun ke, tauhu dan tempe dalam sambal sikit-sikit dan makan dengan nasi. 
Harga nasi okay bagi saya memandangkan rasa agak sedap. Perapan ayam bakar pun cukup rasa.

Telor goreng masak sos, lauk 9 April 2026.

Lauk berasaskan telur adalah yang paling senang nak disediakan. Campur sayur carrot dan kacang panjang, masak dengan sos tomato, cili dan tiram sikit. 😋

Lauk 13 April 2026. Sambal telur rebus.

Lagi lauk berasaskan telur. Sambalnya, saya kisar cili kering semata, tanpa guna bawang pun. Itu pasal dalam gambar nampak merah bebenor. Berasap, makan dengan nasi. 😅

Makan tengahari 17 April 2026

Setelah sekian lama tak makan roti. Ada beli roti gardenia hijau yang wheat tu. Saya bakar dulu roti guna toaster. Roti bakar cicah asam pedas ayam je. Tak cukup dua keping. Tambah lagi dua keping roti. Nikmat sungguh, lagi pun lauk asam pedas yang dimasak hari sebelumnya. Bila panaskan, lagi bertambah kick!

Sarapan pada 18 April 2026

Roti canai 2 keping, cicah asam pedas (lagi). Ambil 2 ketul ayam asam pedas. Walaupun roti canai bungkus dari kedai telah diberi kuah dhal dan kari. Saya tetap cicah dengan kuah asam pedas masak sendiri juga. Alhamdulillah.. 😋

Sarapan 19 April 2026

Roti whole wheat. Bakar. Ada patti burger daging, telur goreng, tomato dan timun di dalam. Buat dua set. Jadi, makan 4 keping roti. Gendut. 

Sarapan 20 April

Sandwich telur dan patti daging, ada tomato dan timun. Kali ini, buat satu set saja. Habiskan roti whole wheat. Kulit roti pun makan, tak ada masalah. Ada orang, tak suka bahagian kulit roti.

Haaa.. itulah cerita gambar makanan. Nanti kot ambil lagi gambar makanan, saya akan kumpul-kumpul dan buat dalam satu entri.

Baiklah. Jumpa lagi ya. Kome makan apa hari ni? 💗

18 comments:

  1. Hari ni buat nasi lemak dengan sambal udang. Gendut seharian dok ulang pagi lunch sampai mlm.

    ReplyDelete
  2. Betul lah kadang ambil je gambar lepas tu lupa kejadiannya. Mere put dlm hp.

    ReplyDelete
  3. Wah buat 2 set roti burger ada telur lagi sangat kenyang itu.

    ReplyDelete
  4. Begitu banyak makanan yang sedap2, macam teringin nak buat juga

    ReplyDelete
  5. Sy tertarik dgn lauk telur + sayur tu... Macam nak tiru :)

    ReplyDelete
  6. gambar pertama tu yg paling menggiurkan, hehehe

    ReplyDelete
  7. Macam mana uncle nak tahan selera makan ni? Mana2 pergi orang share gambar makan....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah rezeki Allah yang tiada habis habisnya. Orang Malaysia mewah dengan makanan kan? Syukur Alhamdulilah

    ReplyDelete
  9. Hewhew, harini tak masak. Hari sabtu hari gantung kuali.. 🤭

    ReplyDelete
  10. Hari ni saya makan mee Hoon goreng Singapore untuk breakfast.. Alhamdulillah kenyang.

    ReplyDelete
  11. Gambar-gambar makanan memang mengujakan dan bikin drooling

    ReplyDelete
  12. Roti bakar cicah asam pedas tu rare.

    ReplyDelete
  13. Roti wholemeal antara yang menjadi perhatian saya...

    ReplyDelete
  14. Cie pun suka ambil gambar makanan. Penuh gambar makanan je kat hp.

    ReplyDelete
  15. SA pun sama suka amik gambar makanan...senang nak rujuk apa dah masak..apa yang boleh repeat..yg mana fav satu rumah...gituuuu

    ReplyDelete
  16. Apa saya buat begini juga yaaaa 😄. Saya banyaaaak gambar makanan yg blm sempat ditulis. Tp ada yg saya dah lupa ceritanya kak. Bahkan ada yg restorannya pun dah tutup 🤣🤣🤣.

    Tapi sayang nak buang. Bagus juga kalau saya hanya buat cerita singkat saja ttg foto2 makanan yg terlupakan 😄

    ReplyDelete
  17. Sambal telur rebus tu, kenapa rasa nak sangat sekarang 😍😍

    ReplyDelete
  18. BW pukul dua pagi ramai benor blogger post gambar makanan.. lapar sudahhh hahaha :P

    ReplyDelete