Kisah pada 27 April 2026 yang lepas. Suami off kerja. Waktu pagi, kami pergi jogging di Padang Astaka, Sitiwan.
![]() |
| Ada macam kabus nipis atas padang nun sana. |
![]() |
| Jogging selama 1 jam 8 minit, dengan jarak 5.94 kilometer. |
Banyak itu sajalah jam saya sempat record aktiviti sebelum ia off dengan sendirinya. Selesai jogging, kami balik rumah. Mandi, dan kemudian pergi nyongket la, apa lagi, laki tak kerja, kan.
Pergi Taiping. Pandu kereta ikut jalan lama, Pantai Remis. Kami tuju ke Aeon Mall Taiping. Saya Masih ber-IF dari rumah. Makan pukul 1 petang, first meal of the day, di food court.
![]() |
| Nasi ayam. |
Saya beli nasi ayam. Supnya sedap, cukup rasa. Ayam roasted. Harga termasuk air. Tapi saya tak ambil air, sebab air manis. Saya ada tanya adik tu, tak boleh ganti dengan air suam ke. Tergelak dia. Tak boleh. Tanya jer. Hehe..
Kami tak beli apa-apa pun. Jalan-jalan, dalam mall. Food court di Aras 1 ditutup, renovation. Sebelum beransur, kami bungkus Hokkaido baked cheese tart dan pizza beef prata untuk Sulaiman di rumah.
Lokasi nyongket seterusnya? Kami pergi Kuala Kangsar. Ikut jalan lama, melalui Bukit Gantang dan Padang Rengas.
Dulu, di tepi sungai dekat Kuala Kangsar itu, ada bazar kraftangan yang jual produk anyaman, barang-barang tembaga contohnya acuan kuih muih, peralatan dapur, dan macam-macam la. Tapi waktu kami pergi, sudah tak meriah macam dulu. Banyak kedai tutup. Kraf anyaman saja yang banyak, seperti bakul, beg, tudung salji, labu sayong dan lain-lain. Kedai yang jual barang logam dan periuk belanga sudah banyak ditutup. Ke sebab kami sampai sudah waktu petang? Bila kami lalu saja menyusuri kedai yang dibuka, orang kedai tengok je. Ada yang panggil masuk, tengok barang.
Saya memang nak cari periuk. Tapi, tak ada seperti yang saya nak. Jadi, kami pun lepak di Laksa and Cendol Food Court di tepi sungai tu.
![]() |
| Cendol biasa |
Lama sangat saya tak makan cendol. Ada sekali pernah makan cendol di sini dulu, long time ago, masa tu datang Kuala Kangsar dan tinggal di homestay sebab masuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Sekejap, ya, nak cari gambar lama. Mengimbau kenangan silam pula, sebab datang sini. Haa... ni dia..
![]() |
| Gambar tahun 2017 |
Hehe... gemuknya saya dulu. Saya mula masuk event larian masa badan saya masih obese. Saja, suka-suka. Seronok, bila sekali masuk, lepas tu, rasa nak daftar lagi. Eh, ini cerita pasal sejarah berlari ke, jalan di Kuala Kangsar, ni. Ok, ok, sambung cerita cendol.
Cendol dia rasa biasa je. Kalau dia letak lebih sirap gula melaka tu, mesti lagi sedap. Tapi okay la ni. Alhamdulillah.
![]() |
| Suami pesan cendol pulut |
Sini pun suasana agak sendu. Tidak ramai pelanggan. Selain kami, ada satu lagi keluarga yang makan cendol, tidak jauh dari tempat kami. Hirup cendol yang sejuk sungguhlah menyegarkan. Kami duduk di tempat salah. Bila perhati sekeliling, ada gerai cendol paling hujung yang ada menu goreng-goreng seperti mee goreng mamak. Alamak... tak apalah. Kita pesan makanan lain.
![]() |
| Pasembor |
Okay la, rasa pasembor dia. Tapi kalau cucur dia tu digoreng lebih rangup, mesti lagi sedap. Hehe.. Alhamdulillah. Lepas perut kenyang, kami turun sebentar, jalan di tepi sungai, tengok suasana dan pemandangan selepas hujan.
![]() |
| Cantik kan, bukit dan sungai di belakang. |
Apehe pakcik itu, bersembunyi di sebalik kepala orang. Satu hari juga kami berjalan-jalan. Petang baru sampai rumah.
Alhamdulillah. Seronok bila dapat menyongket. Jalan-jalan cara orang tua. Huhu..
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗








kat sini jb pon hari2 musim hujan., huhu
ReplyDeleteBest hujan ye Wak, sejuk sikit.
Deletesatu hal yang belum bisa saya kerjakan saat ini adalah olahraga
ReplyDeletepadahal niatnya udah ada, tapi pelaksanaannya 0
Tak apa, Mas Rezky, bila punya waktu, bolehlah diusahakan, ya. Contoh di hujung minggu.
DeleteSA kalau nak menyongket ni kena amik cuti sesama...hehehe...best la jenjalan Taiping dan Kuala Kangsar...Mak Mertua x jadi SA dulu duduk di Taman Dinding Setiawan..la ni dua2 dah xde..meninggal dah..xde jodoh jadi mertua...but kami baik sampai ke akhir hayatnya
ReplyDeleteOh ye ke... tak jauh la, dari tempat saya. Ada la tu hikmahnya ya, SA. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
DeleteEh gambar akak masuk larian tu tahun bila kak? Jauh beza ya muka.. tu zaman muda ya?
ReplyDeleteSeronok ya akak jalan2, sesekali amik angin kan seronok juga..
Tahun 2017. Masa umur akak 39 tahun, Cuya. Sekarang umur akak 47. Event 9 tahun yang lepas.
DeleteHehe.. lain ke muka? Sebab dulu akak belum rabun, tak pakai spek.
Alhamdulillah. Memang seronok, jalan-jalan.
Alhamdulillah rezeki menyongket bersama suami JJCM. Seronok JJCM di kawasan macam ni. Ada alam semulajadi, ada makanan yang ada rasa, dsb. Rasa hendak berjimbaan ke belah sana juga la 1 hari nanti yang entah bila tu ye
ReplyDeleteHehe.. Insya-Allah. Bila ada cuti, bolehlah KSarie jalan-jalan Kuale dan Tepeng.
Deletealhamdulillah...moga sihat2 selalu... teringat masa arwah FIL ada dulu, teringin nak makan dekat RnR Sg Perak katanya.. p la depe suami isteri naik hgway... hihihi.. moga di hari tua linda pun begini juga.. aamin
ReplyDeleteAminn... 🤲 terima kasih, Linda. Insya-Allah, panjang umur, adalah tu kesempatan untuk Linda dan suami jalan-jalan juga, makan angin, explore tempat menarik di Perak.
Deletea ah la, akak tak masuk lagi ke larian Sultan Nazrin tu.. teringin pula nak cuba..
ReplyDeleteAkak dah pencen, Linda, masuk event larian. Lutut akak kan dah terpeleot. 😁
DeleteKalau Linda nak cuba, Linda kena follow rapat page event tu di FB. Bila notifikasi pendaftaran dibuka je, kena pantas daftar. Sebab Larian Sultan Nazrin ni, tiap-tiap tahun tak sampai sejam dibuka, habis slot dia. Hot selling. Hehe..
Saya pun seriiiiing lupa charge smartwatch 🤣. Kdg nak pakai, eh battery tinggal 2%. LGS mati baru beberapa menit gerak 😂.
ReplyDeleteCendol sedapnyaaa. Tp memang kalau gula merahnya tak pas, macam hambar pula ya
Pasembur nih saya antara suka dan tidak 😅. Pernah dpt yg sedap, tp pernah juga dpt yg tak sedap saat makan di gurney. Susah juga cari yg sesuai selera
Kann... selalu lupa nak charge jam sukan.
DeleteBetul, Fanny, jadi tawar bila kurang gula melakanya.
Oh, gitu ya. Akak ingat pasembor di Penang tu, sedap-sedap belaka. Sana lagi banyak pilihan bahan boleh dimasuk.
rasanya dulu saya pernah makan laksa dan cendol kat warung tepi sungai kuala kangsar.. entah2 kedai yg sama kak nur singgah ni
ReplyDeleteAgaknya la kan, Mazni. Sekarang sudah banyak kedai cendol dalam satu food court tu. Tapi semua warung niaga cendol, cuma makanan saja berbeza.
DeleteLain rupa Nur tidak pakai cermin mata.
ReplyDeleteSeronoknya dapat jalan-jalan cari makan. Hehe alhamdulillah ada suami yang suka berjalan/menyongket.
Ha ah, dulu mata elok, belum rabun.
DeleteMemang feveret NA, jjcm ni, lagi-lagi hari dia off kerja. Bila lagi peluang nak berjalan. 😁
Terasa ada kat sana. Rindu nak JJCM sana lagi. Larian KK tu laju betul tutup registration nya. Suami dah bertahun2 cuba tak dapat2.
ReplyDeleteSelalunya sebelum dia buka pendaftaran, dia akan suruh followers standby. Jadi memang kena letak first priority notification event page larian tu di FB. Tak sampai sejam, memang akan full dah. Runners pun tiap² tahun nak masuk, tak pernah nak kasi peluang kat orang lain, kan. Hehe..
Delete