Monday, May 4, 2026

Malam-malam makan kuetiau

Cerita pada 21 April yang lepas. Tiba-tiba teringin nak makan kuetiau goreng. Penyakit mudah berjangkit. Bila tengok ada rakan blogger makan kuetiau, kita pun jadi teringin juga. 😁

Saya jarang-jarang keluar malam pergi makan. Biasanya, makan malam sebelum pukul 7. Tapi sesekali enjoy apa salahnya, ye dak. Lama tak keluar malam, tengok lampu-lampu. 

Saya google kuetiau goreng sedap di daerah saya, dan kedai berikut antara yang terkeluar dalam senarai. Ada tempat yang saya familiar. Tapi, pada malam itu, kami ambil keputusan untuk pergi tempat yang kami tak pernah pergi lagi. Ater... jom!

Cafe Empat Tujuh
Suamiku laju jer jalan.

Cafe Empat Tujuh. Ada perasan akan kewujudan cafe ini. Tapi tidaklah pernah kami menyinggah. Baca review, orang kata, kuetiau dan makanan western cafe ini sedap-sedap, jadi, kami pun pergilah.

Tempat duduk makan selesa. Ada aircond. Ada satu keluarga sedang menikmati juadah masa kami baru masuk. Ada adik datang bawa menu. Kita kena tulis pilihan makanan pada borang pesanan.

Antara menu yang ada termasuklah menu western seperti spaghetti, lamb grill, mix platter, smash burger, meatball, chicken chop dan sebagainya. 

Jika kurang suka menu western, ada menu nasi juga dan mee, kuetiau, nasi goreng, nasi ayam gepuk, dan nasi lemak. Lain kali datang, macam nak cuba mee kari special dia.

Minuman pula, ada jus dan pelbagai jenis minuman orang muda sekarang, seperti blue lagoon, kopi ada pelbagai jenis, matcha pun ada, dan macam-macam lagi.

Coffee dia macam kopi dekat kedai kopi popular, contohnya ada buttercream latte, matcha strawberry, dark forest latte pun ada. 

Latte dan hazelnut latte.
Latte dan hazelnut latte.

Suami saya biasanya minum kopi ais. Tapi malam itu, dia pesan kopi panas. Malam-malam minum kopi boleh tidur ke? Boleh jer... bagi saya. Saya kan tukang kebun. Badan memang penat. Letak kepala jer, hanyut. Tiada masalah tidur.

Kuetiau goreng
Kuetiau goreng.

Alhamdulillah. Lega dapat makan kuetiau goreng. Boleh tahan rasanya. 😋

Roti bakar
Roti bakar.

Eh, suami saya sudah ambil roti bakar separuh. Dia celup kopi. Itu yang ambil gambar atas, tinggal separuh. 

Seperti biasa, kami makan kongsi-kongsi, hidangan yang ada. Alhamdulillah.

Harga makanan kami pesan:

Kuetiau goreng harga RM8.

Roti bakar kaya RM6

Latte panas RM9

Spanish latte panas RM9

Makanan dan kopi sedap. Kopi dia buat kurang manis. Baguslah. Boleh datang lagi ke cafe ini, lain kali.

Butiran restoran:

Cafe Empat Tujuh

47, Persiaran PM 3/5, Pusat Bandar Seri Manjung, Seri Manjung, Perak.

Selasa hingga Ahad, 9 pagi hingga 10.30 malam

Tutup setiap Isnin.

Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗

38 comments:

  1. Judul tu macam permualaan pantun pulak... Uncle sambung ye....

    Malam-malam makan kuetiau,
    Duduk santai tepi lampu,
    Kalau hati rasa kacau,
    Jom baca blog Tot dulu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo... Sedapnya pantun uncle. Mekasih, uncle. Saya tak reti jawap, tapi saya hargai sangat.

      Delete
  2. Cantik kuetiau gorengnya tu Nur.
    Teringat kawan saya kata, dia minum bapak kopi malam-malam.pun tetap boleh tidur. Lain orang kain peel tidurnya kan Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kak Amie. Sedap juga. Alhamdulillah.
      Betul, kak. Rezeki masing-masing, tak sama.

      Delete
  3. Ok saya sambung pantun Uncle Gedek..

    Malam gelap ada cahaya,
    Nampak indah suasana romantis,
    Roti bakar cicah gula,
    Blog Tot dah masuk bloglist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweetnya, pandai Aiza berpantun. Terima kasih, add blog saya dalam bloglist Aiza. 🤗

      Delete
  4. Kuetiau kalau pandai goreng memang sedap, selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  5. Hebatnya uncle Dan sis Aiza berpantun.. terkesima kita membacanya..

    Linda suka kuetiau goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Linda. Sedap pantun Uncle Gedek dan sis Aiza.
      Sama kita.

      Delete
  6. nampak sedap la kuetiau tu. kopi pun menarik siap ada art.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap, Cie. Boleh repeat kedai ni. Kopi pun okay.

      Delete
  7. Banyak tempat menarik di Sitiawan dan Manjung yang KSarie baru tahu hasil perkongsian Tot di blog. Semoga ada rezeki KSarie nak makan-makan di kedua daerah ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, kalau KSarie datang sini, dah ada port mana nak lepak. 😊

      Delete
  8. Pandai Nur cari kedai. Alhamdulillah kuetiau sedap. Kitorangpun malam tidak keluar cari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuba je, mana yang belum pernah pergi. Mana tahu, kot ada hidden gems belum ditemui. Alhamdulillah.
      Ye la, NA, selalu malam-malam letih kan, nak keluar.

      Delete
  9. Dah lama SA x lepak kedai malam- malam..dulu rajin...maybe faktor umur kot..malam kul 9pm je dah ngantuk...waakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. samalah kita. Tapi kalau hujung minggu, okay juga, saja tengok lampu, kan.

      Delete
  10. Kwetiau ini memang salah satu menu favorit saya kalau mendadak lapar di malam hari.
    Teksturnya tu unik, dan rasanya lebih mengenyangkan. Sedap betul nampaknya kwetiau yang mbak tot beli.
    Wah, apa malam ini saya beli kwetiau juga ya? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ka.. memang enak kuetiau ya, Mas Fajar.
      Sila, sila, Mas. Kalau teringin, haruslah mencari. Kikiki....

      Delete
  11. kalau dah sedap dan harga pun affordable...apa lagi bolehlah lock for next trip pulak

    ReplyDelete
  12. mcm sedap. sesekali mlm lewat sikit tak pe.

    ReplyDelete
  13. Adeh teracun la pulak...
    Sy suka kalau dapat keluar berdua makan ringan² gini dgn suami. Tapi itulah, handbag kecik tu ada, weekdays kena tidur awal dia sekolah 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      Takpe la, PH, handbag kecik buat peneman. 😁 Later-later, Insya-Allah, ada peluang dating berdua dengan suami.

      Delete
  14. Lamanya tak makan Kuetiaw ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulan pun hari tu masak kuetiau, kan. Hehe.. 😋

      Delete
  15. Saya teringat kwetiaw goreng di kampus saya dulu, di Penang . Sedaaaap sangat . aroma smokeynya dapat. Itu yg saya suka.

    Tak nak lagi minum kopi malam.

    Kemarin tuh, ajak uncle gedek ngopi di jakarta, trus malamnya saya tak bisa tidur 🤣🤣🤣. Padahal esok pagi kami nak ke bandung. Memang JD zombie lah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuetiau di Penang memang terbaik, Fanny. Akak pun suka bila ada aroma smokey tu.
      Haha.. adeh.. ye la, lain kali mengopi before 4 pm ya, to be safe.

      Delete
  16. not bad cafe ni. ada menu western, kopi latter art. harga pun okay dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Mazni. Memang elok cafenya. Menu pun pelbagai.

      Delete
  17. Buttercream latte tu my favv! maneh let-ting. Tapi tak banyak kedai jual. Depa ada yang latte biasa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. betul, Faa. Bukan semua cafe ada buttercream latte.

      Delete
  18. Malam-malam saya suka minum kopi cair. Tak ganggu tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu. Buat cair kopinya, daripada bancuh macam biasa.

      Delete
  19. Cuya kalau minum kopi kadang2 tak tidur, kadang2 boleh lak tidur. Entah tak faham Cuya badan Cuya fungsi cane. Heheh

    Sedapnya kuey teaw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itu biasa. Mungkin kadang boleh tidur sebab badan letih sangat kot.
      Memang sedap kuetiaunya, Cuya, boleh repeat.

      Delete