Monday, May 11, 2026

Mencuba

Cerita pada hari Rabu, 29 April 2026 yang lepas. 

Pagi-pagi sudah pergi jogging di padang lagi. Bulan April lepas memang mood rajin jogging. Nanti saya akan kongsi rangkuman aktiviti riadah sebulan, lepas habis cerita bulan April ni. 😁

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Langit dan awan pagi yang cantik

Kami sampai awal. Matahari pun belum keluar. Laju-laju jalan, jom. Cepat siap jogging, cepat kita boleh balik. 

Rekod aktiviti jogging menggunakan aplikasi Garmin Connect
Jogging selama 53 minit, dengan jarak 4.56 kilometer.

Saya buat hingga sampai 7 ribu langkah sahaja. Saya juga IF sampai pukul 12. Saya tak ambil sarapan. Cuma makan tengahari dan malam. 

Balik rumah, saya masak kari ayam. Goreng telur dadar juga. Suami dan anak bongsu, Sulaiman masih perlu makan. Saya je nak kurangkan nasi (carbo). 

Waktu di rumah, bolehlah kawal makan. Kalau keluar rumah nyongket, memang tidaklah, ya. Hehe...

Oat dan epal hijau
Makan tengahari saya

Saya makan oat bersama epal hijau dan chia seed. Sejak tarikh cerita ini, jika saya di rumah, saya makan oat saja untuk first meal of the day. Sebelum ini, saya biasanya makan nasi berlauk. 

Ini bukan pertama kali saya makan oat. Dulu-dulu, waktu zaman rajin, saya selalu makan overnight oat. Sekarang ni, sebab saya tak boleh ambil susu, jadi saya masak oat on the spot je bila nak makan. 

Kenapa saya makan oat:

🌻Oat mengandungi serat larut yang dipanggil beta-glucan, yang bertindak sebagai 'span' dalam usus untuk menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan sebelum ia diserap ke dalam aliran darah.

🌻Saya terbaca, ada kajian menunjukkan pengambilan 3 gram beta-glucan daripada oat setiap hari mampu menurunkan kolesterol LDL (sering disebut kolesterol jahat kerana kemampuannya membentuk plak yang menyempitkan pembuluh darah) sebanyak 7-10%.

🌻Kesan pantas: Beberapa kajian mencadangkan diet tinggi oat boleh menurunkan kolesterol dalam masa singkat, malah seawal dua hari dalam kajian intensif (ini ChatGPT cakap. Boleh jadi salah, boleh jadi betul).

🌻Cara makan: Untuk hasil terbaik, pilih rolled oats atau steel-cut oats berbanding oat segera (instant) yang terlalu diproses. Elakkan menambah gula berlebihan, sebaliknya tambah buah-buahan seperti beri atau epal.

🌻Konsistensi: Ia perlu diamalkan secara konsisten sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak tepu.

Masa beli oat di supermarket, saya tengok harganya boleh tahan. Saya pilih rolled oat dengan jenama paling murah. Okay, bagi saya, makan oat ni. Rasa badan ringan sahaja. Boleh tahan lama, perut rasa tak lapar. 

Sebab harga pun tak murah, saya akan makan sampai habis la. Lepas ni, cadangnya, tak mahu dah makan oat. Sebab bukan sedap pun. Hehe.. cuma nak makan real food saja. Insya-Allah. 

Okay. Jumpa lagi, ye. πŸ’—

39 comments:

  1. Alamaakk kena cuba jgk la makan oat... tp tu la sbb rs nya yg tasteless tu buatkan mcm x lalu nk telan hehee...πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasal kena makan dengan buah, Ako, baru boleh telan. πŸ˜…

      Delete
  2. linda memang tak boleh la makan oat.. nak try buat overnight oat...tapi, risau tak lalu pula...nak kurus juga..(tapi malas)... adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Overnight oat sedap, Linda, sebab kita campur macam². Tapi kos dia agak mahal, dengan greek yogurt-nya, berries, chia seed, susu segar, etc.

      Delete
  3. SA makan oat? macam lambert je lagi..x masuk tekak SA sebab rasa dia yang kosong tu..tu sebab SA ni x kurus2 lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nak kurus tak semestinya kena makan oat.

      Delete
  4. Oat is a good carbs. GI rendah. Memang sesuai untuk diet rendah carbs. Semoga sihat selalu 🩷

    ReplyDelete
    Replies
    1. But we are Malaysian, kita perlukan nasik πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
    2. Aminn.. terima kasih, Syafiqa. Betul, memang kena makan nasi, cuma saya nak kurangkan saja. 😊

      Delete
  5. Dulu masa Cuya diet pon makan rolled oat.
    Lebih baik diet makan nasi 3 sudu drpd makan oat yg kosong ni. Dia sedap makan dgn buah je.

    Cuya punya habit makan 3-4 sudu nasi boleh dibawa sampai sekarang. Jadi sekarang Cuya makan nasi sikit je. Tapi protein mesti amik lebih supaya kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Oat sedap makan dengan buah. Betul cakap Cuya. Protein buat kita kenyang. Bagus Cuya, boleh konsisten makan nasi sikit.

      Delete
  6. Sy pernah juga amal overnight oats ni. Tapi lama² jemu juga huhu ... Oat ni boleh buat lempeng, tengok Dato' Siti makan masa berpantang. Kot la Nur nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, bagi idea, lempeng oat ya, PH. 😊

      Delete
  7. Kalau uncle makan tengahari cam tu... komfom tak cukup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya pun tak cukup. Kena tambah telur rebus.

      Delete
  8. Semoga usaha berhasil, istiqamah mengambil makanan yang seimbang. Saya pun sekarang dah kurangkan portion nasi, lebihkan protein dan sayuran hijau. Dapat turun 4kg dalam sebulan. Ok la.. πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya turun, tahniah ya! πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺ

      Delete
  9. Semoga terus istiqamah Tot di dalam misi makan makanan seimbang. KSarie ni ha entah bila hendak mula eat clean dan bersenam. Macam tak nampak cahaya di hujung terowong ni huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie. Hehe.. KSarie pun boleh juga, kita mula slow² je.

      Delete
  10. Wahhh..Good job sis. Sy x mampu lg mkn oat je =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la makan oat je, Nieza. Only for lunch. Nasi masih makan. 😊

      Delete
  11. kita payah nk mkn oat camni tp yg mcm drinkt ada oat tu pernh cuba sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang oatside tu ke? Boleh tahan harga tu, kan.

      Delete
  12. Wah keren mbak tot, sudah melakukan jogging, tetap bertahan intermitten fasting juga. Saya salut dengan konsistensinya :D
    Oya mbak, saya pun pernah coba makan oats, tapi sepertinya belum cocok ya. Sy malah agak kurang suka rasanya, padahal bagus sekali lho untuk menahan lapar tanpa banyak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Mas Fajar. Akak cuba. Akak ni pun makan oat, untuk kesihatan saja. Lepas habis sebungkus ni, cukuplah. Ngakk mau beli lagi. Hehe..

      Delete
  13. Adui, sy kalau makan oat aje, rasa nak makan orang pulak lepas tu, Tot.

    ReplyDelete
  14. Alamak...saya juga sudah lama tak makan oat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru mula semula ni, Encik Hanafi.

      Delete
  15. Kalau pandai meraciknya, oat nih sedap. Tapi saya memang tak pandai racik meracik nih. Jadi biasa cepat bosan makan oat πŸ˜….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oat bila makan dengan buah, memang sedap. Tukar² buah, supaya boleh rasa pelbagai dan buat perbandingan mana sedap. 😊

      Delete
  16. Dah cuba dulu makan oat tapi habis je takdak le ulang. Memang tak sedap. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga cadang camtu juga, kak. πŸ˜… Dah beli, tak elok membazir.

      Delete
  17. oat tu akak makan mentah2 camtu ke? saya pernah buat overnight oats, pastu buat oat berlauk je. sedap! tapi tula, tak konsisten sampaikan oat tu jadi tak elok, ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak masak dulu la Mazni. Itu rolled oat, bukan instant oat. Memang rasa dia not bad, tengok bahan sampingan macam buah yang kita gunakan.

      Delete
  18. Tidak pasti saya dahulu makan oat apa tapi jenama Quaker Oat itu. Lama tidak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Instant oat la tu. Dulu tak ada banyak pilihan macam sekarang. Quaker Oat tu paling famous, kan.

      Delete
  19. Oat memang ada di rumah sebab kalau nak makan yang ringan2 saja untuk dinner. maka oat adalah antara sasarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya! Senang nak disediakan juga, kan.

      Delete