Saturday, May 9, 2026

Ros jingga

Di rumah saya ini, ada beberapa jenis pokok bunga ros. Dalam entri ini, saya nak kongsikan gambar sekuntum bunga ros jingga atau oren, dari mula ia mengembang sehingga ia hampir layu. 

Warnanya berubah juga. Nak katakan bunganya berwarna jingga sepenuhnya, tidak juga. Ia lebih kepada campuran warna jingga, kuning dan sedikit merah jambu.

Ros jingga selalu dikaitkan dengan simbol tenaga, semangat dan keghairahan.

Pokok ros ini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk berbunga dengan lebat. 

Ros oren waktu mula mengembang
Gambar diambil pada 18 April 2026

Pokok ros juga perlukan medium tanah yang tidak menakung air dan perlu disiram setiap hari, jika cuaca panas.

Ros jingga mulai bertukar kekuningan
Gambar diambil 19 April

Kalau kita perhatikan, kejadian atau riwayat sekuntum bunga ros ini, banyak punya persamaan dengan kitaran hidup manusia.
Waktu bunga sedang mekar sempurna, ia melambangkan puncak kehidupan, iaitu cantik, kuat, tenaga muda dan berjaya. Bau pun harum mewangi.

Ros jingga mulai pudar warna
Gambar diambil pada 20 April

Semakin meningkat usia dari hari ke hari, warna semakin pudar. Bau harum pun mulai hilang. Dalam hidup manusia pun lebih kurang sama. Tenaga semakin berkurang.

Warna ros oren semakin pudar
Gambar diambil 21 April 2026

Kalau perhatikan dari atas, warna ros yang mulanya oren terang dan gelap, mulai pudar.

Ros jingga semakin pudar warnanya
Gambar 22 April

Kecantikan tidak kekal. Satu peringatan pada kita yang setiap yang bernyawa akan merasai mati dan tiada yang kekal di dunia ini.

Ros jingga semakin layu
Gambar 27 April

Hampir jadi warna putih sepenuhnya dalam gambar di atas, kecuali di hujung kelopak, ada merah-merah sedikit.

Hidup ini singkat. Oleh itu, hargailah masa mekar (sihat dan muda) sebelum datangnya waktu layu (tua dan sakit).
Tapi, kita tak perlu takut dalam menghadapi tua. Terima perubahan fizikal dan mental sambil terus menyayangi diri sendiri. 
Selagi diizinkan, kita boleh terus kekal aktif dan berfikiran positif. Hargai setiap nafas, rezeki, ujian, yang telah diterima sepanjang hidup.

Selamat berehat di hujung minggu.
Jumpa lagi, ya. 💗

30 comments:

  1. Bila baru mula berkembang nampak serinya, bila layu seri pun pudar.. Ya itulah lumrah kehidupan seperti apa yang Tot kongsi di sini..

    ReplyDelete
  2. Tiada makhluk yang kekal abadi. Tq atas ingatan.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya, tapi tangan saya tak serasi nak tanam bunga ros. Asyik mati je, last2 saya tanam je pokok yg takde bunga sangat. hehe..

    ReplyDelete
  4. Cantik betul ros jingga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, PH. Allah jadikan cantik. Suka tengok sebab yang ini jarang keluar bunga.

      Delete
  5. Cantiknyaaaaa ! Nak tahu tak, dulu mama ajar rebus bunga ros ni pastu tapis air dia buat minum. Wangi badan luar dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bunga ros merah, kan. Ke, ros warna lain pun boleh? Mekasih share petua tu, Faa.

      Delete
  6. Teringat lagu 'insan dan bunga' nyanyian tiar ramon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiii.. lagu lama tu, Wak. Saya sampai cari kat youtube lagunya. 😁

      Delete
  7. Bunga ros gini kalau petik letak dalam rumah, semerbak tak baunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang oren ni, kena cium dekat. Kalau ros merah tu, lebih semerbak bau.

      Delete
  8. Cantik.. namun benarlah bunga itu akan layu. Tiada apa pon yg kekal di dunia ini. Masa itu emas. Selagi bernyawa, maka manfaatkan sebaiknya masa yg ada.

    ReplyDelete
  9. Cantik warnanya tu. Dulu arwah mak selalu tanam. Warna merah atau putih. Sedap je cium baunya wangi.

    ReplyDelete
  10. Ako tak suka bunga sbb bau dia bole buat kepala sakit tp ako suka tgk bunga. Haha camne tu kan. Tengok dari jauh tp x mengharap dpt bunga sbb kalau dpt rs mcm rugi sbb tak bole makan 😅😅

    Sbb tu slalu pesan kawan² kalau nk bg hafdah tlg jgn bg bunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Ada ngeye juga. Masing² punya citarasa. 😊

      Delete
  11. rupanya, bila nak layu, warna nya berubah.. tak tahu pula linda

    ReplyDelete
  12. Untung tangan Nur sejuk...tangan SA...erm...tanam apa pun mati...hahaha...suka baca entry ni..sebalik penceritaan diselitkan ayat2 yang puitis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki, Allah yang jadikan hidup. Saya tanam je. Terima kasih, SA. Sudi baca cerita saya. 🤗

      Delete
  13. Terima kasih di atas pesanan tentang kehidupan dan kematian yang diulas molek dengan ros jingga. Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kita di jalan yang benar dan lurus sehingga akhirnya ye Tot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. 🤲 mudah-mudahan ya, KSarie. 🤗

      Delete
  14. Saya nih kurang eksplor ttg bunga rose. Yg pernah saya lihat langsung cuma yg merah saja. Warna2 rose yg lain, sekedar melihat di majalah atau internet.

    Cantiiik sangat warnanya.

    Betuuul lah, hidup manusia bisa diibaratkan dengan bunga rose. Awalnya cantik, mekar, yg melihat pun pasti senang hati. Tp semakin lama, warna akan semakin memudar , kelopaknya keriput, macam manusia juga.

    Saya sempat kemarin2 tuh merasa takut menjadi tua. Sedih pun juga. Tp dipikir, semua manusia akan mengalami. Drpd saya stress Krn menjadi tua, better saya nikmati kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Fanny. Betul, hadapi dengan gembira dan tenang² saja. 😊

      Delete