Friday, May 1, 2026

Tag Berantai: Jom Berkenalan

Saya ada blogwalking sikit tadi, dan saya perasan, ramai yang sudah buat entri tag berantai ni. Dulu, zaman-zaman blog di puncak, memang selalu kena tag dek orang, kan.. Lepas tu, rasa alamak, kena tag, dah kena buat. Hehe..

Saya telah ditagged oleh blogger SK. Siapa yang mula-mula wujudkan semula idea tag berantai ni ha? Siap kena guna ChatGPT lagi. Amboi... Baiklah. 

Cara menyiapkan tugasan adalah:

  1. Login akaun ChatGPT anda.
  2. Upload gambar anda.
  3. Taip "Knowing everything you know about me from my blog (Taip nama blog anda), make an infographic of me, in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
  4. Tekan ENTER untuk menjana imej
  5. Save gambar dan post di blog anda.
  6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.
Berikut imej janaan ChatGPT mengenai saya.

Infographic Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Ulasan saya mengenai imej di atas:

🌼Tagline paling atas. Penulis Blog, Pencinta Hidup, Pengumpul Cerita. 
 Pencinta hidup? Apekah... πŸ˜‚

🌼 Apa Yang Saya Tulis? πŸ‘‰ ✅ Okay la. Betul, betul.

🌼 Apa Yang Saya Suka πŸ‘‰ ✅ Boleh la. Betul juga.

🌼 Impian dan Matlamat πŸ‘‰ ✅ Okay juga. Betul.

🌼 Jom Connect πŸ‘‰ ❌ Email tu, tak betul, ya. Saya tak ada alamat email seperti tertera. Entah mana dia dapat tu. Padahal di page Contact blog saya, ada saya tulis alamat email betul.

🌼 Misi πŸ‘‰✅ Okay. Betul juga.

🌼 Motto Hidup πŸ‘‰ ✅ Saya suka ni. Pandai juga si ChatGPT ni. "Hidup bukan tentang menunggu ribut berlalu, tapi belajar menari dalam hujan."

🌼 Kehidupan Seharian πŸ‘‰ ✅ Kuang ajor, dia cakap saya Perancang, tapi kadang ikut mood. Heee... tapi betul juga. Mana dia tahu, yek? Ish ish...

🌼 Identiti Diri πŸ‘‰ ✅ Dia kata saya seorang dreamer (Pemimpi). Banyak kot saya cakap pasal angan-angan. Emosi pun, iya juga. Adeh...

🌼 Tentang Saya πŸ‘‰ ✅ Betul!

Rumusan

Sekarang anda sudah tahu pasal saya. Bagilah saya kenal anda pula. 
Sebab saya tengok ramai yang sudah kena tag, saya rasa, saya nak tag kawan blogger yang tak ada idea nak tulis entri apa. Haa.. silalah jawab tag ini, ya. 😊

Baiklah. Selamat bercuti panjang dan beristeri rehat di rumah, bak kata Wak Warisan Petani

Jumpa lagi. πŸ’—

30 comments:

  1. Yeayyyy sedikit sebanyak kita kenal siapa Tot versi ChatGPT..

    ReplyDelete
  2. Pandai ChatGPT korek pasal Tot tapi ada pulak yang tak masuk perangkap, hihi. Tq Tot kerana menyambung rantaian ini.

    ReplyDelete
  3. Entah hape-hape ye yang ChatGPT tulis... tak apalah, suka-suka saja kan Nur.

    ReplyDelete
  4. Wha, saya mau coba tulis lah seputar saya. Makasih infonya mbak tot

    ReplyDelete
  5. Nampak cantik & tersusun infogratik tu, namun ada yg bole dipercayai atau sebaliknya, kan.. kita suka² je. Anyway nice info

    ReplyDelete
  6. Esaiment tagging ni belum siap lagi entrynyaa. Betul2 hidupkan dunia blogging zaman ni

    ReplyDelete
  7. Cuya punya prompt chatgpt jauh lari. Orang suruh cerita pasal blog, dia pergi cerita pasal perbualan Cuya dgn chatgpt yang penuh imaginasi. Kacauuu 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. macam² si ChatGPT ni ye, Cuya.

      Delete
  8. Nur dah buat. Haha saya berkira-kira. Sebenarnya malas campur kurang arif guna chatgpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, NA. Bila kita selalu guna, chatGPT kenal kita banyak. Kalau jarang guna, itu yang jadi lari dari prompt yang kita masukkan.

      Delete
  9. KakMim pencetus ni semua buat seronok juga. Macam Cie punya pun ada je tak betul taktau la chatgpt cedok info dari mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. haha.. kann.. suka hati je si ChatGPT ni.

      Delete
  10. saya pun terjebak dengan program ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. suka² ye, Encik. Sekali-sekala, layan tag.

      Delete
  11. alolo...comel je.. motto hidup tu, linda suka baca...menarik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan, Linda. Ada kena dengan kita, ada yang merapu juga chatgpt ni.

      Delete
  12. Menarik maklumatnya. Manis aje kejadiannya. Kalau tanya KSarie Tot adalah seorang yang optimistik dan semangat waja, suka memasak, berkebun, briskwalking dan mengopi. Ini berdasarkan apa yang KSarie baca blog Tot sejak kita mula berkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie, atas maklum balas. Malu pula saya. Alhamdulillah. Thank you juga, sebab KSarie selalu baca cerita saya. πŸ€—

      Delete
  13. Eh Nur..semalam friedversary kita kat Tik Tok kan? ke Nur lain..hahahaha...apapun bagus buat entry ni sebab orang tahu tentang kita kan walau ada yang betul dan ada yang tak tepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur lain rasanya, SA. 😁 Ye, ye, betul. Bolehlah pembaca tahu roughly tentang kita dan blog.

      Delete
  14. Replies
    1. Hehe.. takpe, Mulan. Macam NA dan Cuya di atas pun komen tak jadi juga.

      Delete
  15. obviously email tu dah ada kat blog kita, nak juga digunanya email yg tak betul. aduhaii cik GPT ni hehe

    ReplyDelete