Pagi-pagi keluar rumah sepatutnya hirup udara segar. Tapi pagi itu, tanggal 6 Mei 2026, bau sungguhlah busuk, bau taik kucing. Eh, itu ejaan pasar. Tahi atau najis kucing. Baru bunyi lebih sopan.
Kucing zaman sekarang, tidak macam kucing zaman dulu. Kalau berak, mesti di pasir dan kambus tutup taiknya. Tapi kucing sekarang, atas rumput pun boleh melepas.
Bukan kucing saya. Saya tak bela kucing. Kucing jiran tetangga.
Tengoklah bagaimana keadaan taik kucing itu. Kalau elok kejadiannya, boleh diambil guna cangkul, dan buang ke kawasan luar rumah. Tapi kalau taik cirit, bau dia memang kuat la... mencemar betul dan buat mood rasa nak marah je.
Saya biasanya ambil tanah di dalam longkang, dan kambus taik itu. Ini boleh menghilangkan bau taik serta- merta. Kita juga boleh nampak lebih jauh dan tak lah terpijak bila kita melalui kawasan tersebut.
![]() |
| Kawasan onar |
Dekat pokok limau kasturi, ada beberapa buah yang gugur ke tanah. Saya ambil buah limau kasturi itu dan kupas kulitnya, dan tabur di sekeliling kawasan taik kucing itu, untuk hilangkan bau kalau kucing datang lagi ke kawasan itu dan cuba buat onar lagi di kawasan yang sama. Inilah langkah paling pantas untuk saya. Macamana pun, di sini saya kongsikan hasil carian saya untuk mengatasi masalah taik kucing di rumah kita.
Minta maaf kalau entri ini banyak bahasa pasar dan perkataan kurang sopan yang anda bayangkan, jadi imej yang kurang enak.
Cara atasi kucing berak atas rumput
π Untuk menghalang kucing berak atas rumput, cuci kawasan tersebut untuk menghilangkan bau, kemudian gunakan bahan berbau kuat seperti campuran cuka/air, serai, bawang putih, atau kopi yang tidak disukai kucing.
π Cara fizikal seperti botol air merah, pagar penghadang, atau menanam pokok berduri juga berkesan.
π Hilangkan bau terlebih dahulu. Kucing akan kembali ke tempat sama jika ada bau lama. Cuci kawasan tersebut dengan sabun atau bahan pencuci enzim.
π Semburan DIY: Campur cuka, air dan sabun. Kemudian sembur di keliling perimeter rumah.
![]() |
| Yang disyaki |
π Serai dan bawang putih: Kisar 2 labu bawang putih dan 3-4 batang serai, campur air dan tapis. Sembur air tapisan di kawasan kucing berak.
π Tabur serbuk kopi atau kulit limau kasturi/nipis yang berbau tajam pada rumput.
π Tabur sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah pada kawasan tumpuan.
π Botol air merah: Isi botol plastik lutsinar dengan air dan sirap merah (atau pewarna makanan), susun di sekeliling rumput.
π Pasang pagar rendah atau cat spike mat (tikar berduri plastik) di atas tanah.
π Tabur sedikit makanan kucing di kawasan tersebut (kucing tidak berak di tempat makan).
π Hidung kucing 14 kali lebih kuat derianya berbanding hidung manusia. Bau citrus yang wangi pada kita, sebenarnya menjadi 'Biohazard Area' pada kucing. Tabur kulit lemon atau buah oren di kawasan sepatutnya.
π 'Scaredy cat plant' atau 'Coleus canina' adalah tumbuhan yang mengeluarkan bau yang kucing tidak suka, tetapi tidak berbau apa-apa bagi manusia. Silalah cari tumbuhan ini.
π Tabur serbuk kopi yang sudah digunakan. Serbuk kopi adalah baja yang bagus tapi baunya sangat menyengat bagi kucing. Baiklah. Lain kali saya brew kopi atas dapur, saya akan ingat untuk simpan serdak kopinya.
Untuk hasil terbaik, pastikan anda menggunakan bahan-bahan di atas secara konsisten, terutamanya selepas hujan.
Botol air sirap berkesankah?
Saya selalu nampak orang letak botol air sirap di tembok antara rumah. Berkesan ke kaedah botol air sirap itu?
![]() |
| Gambar dari carian google |
Memang tak berkesan pun! Ceh! π Mitos semata-mata. Saya buat kajian sikit lebih mendalam dan berikut info yang saya dapat.
Kucing sebenarnya rabun warna, dan tidak dapat melihat warna merah dengan jelas. Walaupun begitu, ramai yang masih menggunakan petua botol air sirap ini kerana dipercayai pantulan cahaya daripada air dalam botol tersebut boleh menakutkan kucing, terutamanya pada waktu malam.
Selain isi botol dengan air sirap, ramai pengguna mendapati botol berisi air kosong tanpa label juga berkesan kerana ia memantulkan imej kucing itu sendiri, membuatkan mereka berasa terancam.
Kaedah penghalang fizikal seperti tikar berduri plastik (cat spike mat) atau susun batu-batu kecil/kerikil di atas rumput juga didapati lebih berkesan. Kucing tidak suka memijak permukaan yang tidak rata atau tajam untuk berak.
Penyembur air automatik juga salah satu alternatif jika kita punyai bajet lebih. Cuba pasang motion-activated sprinkler yang akan menyembur air secara automatik apabila mengesan pergerakan kucing.
Cerita saya
Ada satu hari tu, saya sudah siap menggembur tanah untuk semai benih sayur sawi. Bila kita nak tanam sayur kan, kita buat macam batas. Kita semai biji benih atas batas itu. Nak dijadikan cerita, esoknya, saya dapati ada taik kucing atas batas sayur saya. Gila betul! Kurang ajor punya kucing! Sebab tanah yang digembur kan lembut. Tapi kucing tu berak tak kambus, elok taik terletak atas batas sayur.
Suami saya pun ambil taik tu dan buang luar rumah. Saya tutup batas sayur saya dengan pagar hiasan kecil yang saya pernah beli dari Daiso. Ia supaya kawasan semaian masih boleh disiram tapi kucing tak boleh pijak. Saya juga tabur kulit limau kasturi di sekeliling tempat kejadian.
Begitulah ujian bercucuk-tanam di rumah saya ini. Selain beruk yang curi buah, kucing pun selalu buat onar juga. Hmmm.. sabar je la.
Sekian perkongsian.
Selamat berpuasa pada yang puasa sunat.
Jumpa lagi, ye. π



SA tahun lepas tanam rose jepun dalam pasu...tapi kena kencing ngan si mommy...Brown x buat kerja macam ni sebab Brown kalau membuang samada dia balik rumah owner lama dia atau dia pi membuang jauh2...kucing lain yang datang kat rumah cuba tanda kawasan..memang kena pekik ngan PZ..tak berani dah diorang datang..kalau datang pun sebab si Brown bawak datang rumah...Brown tu kan main lagi...
ReplyDeleteWaiyak.. saya pun naik seram kalau dengar orang tua pekik. Kucing boleh faham kita marah.
DeleteYa Allah..memang geram sungguhlah, kita dah semangat nak menanam dia pulak buat onar.
ReplyDeleteSaya hadap masalah najis kucing ni semasa di rumah NS jenis rumah taman, depan rumah ada pasir. Tak boleh buat apa kecuali scoop buang, lepas tu saya spray Ridsect ke apa bagi bau tak sedap untuk kucing. Saya pasang jugak plastik yang ada macam duri letak di tembok tempat biasa kucing lalu.
Rumah sekarang setakat ni takde masalah sebab jenis kawasan kampung tanah luas, kucing berak pun tak perasan mana entah.
Itulah Ujie, sabor je la banyak².
DeleteHa ah, lumrah rumah di taman perumahan macam ni la. Kucing jiran tetangga. Itulah yang bagus duduk kawasan kampung, tanah lebih luas.
Muka pesalah tidak bersalah
ReplyDeleteKucing comel, tapi bab berak merata ni memang masalah besar!
Haha..
DeleteBetul, Cuya. Ujian.
Ini masalah turun temurun ni. Kucing jiran membuang di kawasan kita. Hmmmm....kadang-kadang bisa mengundang rasa nak jadi raksasaπ Terima kasih Tot berkongsi tips
ReplyDeleteItulah. Bak kata KSarie, mengundang rasukan ablasa. π Sama². Untuk rujukan saya juga, itu saya kongsikan di sini.
DeleteTerima kasih dah info nak selesaikan isu kucing berak bersepah. Tapi rumah kami dah lama takde kucing datang, mungkin sebab takde geng kat rumah kami
ReplyDeleteBaguslah kalau tak ada kucing datang rumah. Selamat pokok².
DeleteAdoi memang potong mood la :(
ReplyDeleteSy pernah letak air sirap dlm botol tu, mmg tak menjadi pun huhu...
Itula.. apa nak buat, sabor je la.
DeleteHehe.. kan, tapi ramai yang buat petua tu.
I live in Montreal in a 6th floor apartment! I have had cats most of my life. They were all spayed or neutered and strictly indoor cats! So I never had any problems with them spraying to mark territory and no fleas or ticks, either! Thank goodness! I love the flowers you have on your blog, it looks so pretty!
ReplyDeleteGood for you. My family used to have cats too, and we kept them indoor. I just don't get it when people just let their cats ruined other people's garden.
DeleteThanks, Linda.
Wahh..bagus cara ni sis.Tp sy dh xde kucing dah. =(
ReplyDeleteSekadar info bila diperlukan. π
Deletepenat buang taik kucing. kadang bawah kereta, tepi kasut tu belum kisah dia kencing merata tu. kadang terpijak kencing tepi pintu bagai. Kalau kat rumput akak curah minyak masak baki goreng ayam tu.haha. kadang air sabun. elok la tak berak lagi situ tapi mati la rumput tu.
ReplyDeleteada satu hari kucing bunting datang minta makan dan bila bagi makan dia beranak sini. kami bela anak nya bila maknya dah keluar cari pakwe baru. Rupanya bila ada kucing , mereka jadi pak guard. tak bagi kucing ain datang. memang akan bercakaran kalau kucing lain datang. Kucing kami berak di pasir yg disediakan. letak box pasir tu tepi rumah memang ajar dia cakar pasir tu kalau nak berak masa dia kecik kecik dulu. Ikan bilis pun pernah kena curi ngan kucing jiran dia masuk ikut tingkap dapur sebelum kami bela kucing. stress ooo
Bapak.. saya pun pernah alami macam tu. Faham.
DeleteKalau sampai masuk rumah curi makan, memanglah stress. Adeh...
kat rumah ni pun banyak stray cat.....bersepah dia berak dekat tepi-tepi tempat kami parking, kdg kala terpijak jugak...
ReplyDeleteAllahuakbar.. kena sabor banyak², kan..
DeleteJalan depan rumah Cie memang banyak taik kucing ni. Lagi2 kalau ada pasir sikit memang ada jela taik kucing ni.
ReplyDeleteKena jalan tengok² bawah la ye, camtu. Takut terpijak.
DeleteSaya pernah coba pakai botol plastik isi air bening. Dan hasilnya ajaib, kucing langsung tidak mampir lagi! Sepertinya karena takut melihat bayangannya sendiri ya, hihihi.
ReplyDeleteDulu pernah juga menghadapi kucing yang buang air sembarang macam ni. Menyebalkan memang, apalagi beraknya di atas semen, yang notabene takde pasirnya.
Wah, berkesan ya, Mas Fajar. Baguslah!
DeleteAduh.. kalau di atas simen, kena cuci bersihlah dengan sabun.
Tahi kucing nih, apalagi stray cat memang menyebalkan lah. Kalau kucing saya terlatih, mereka selalu poop di pasir yg sudah saya sediakan dalam box. Dan lagi tahi mereka tidak berbau sebab makanan mereka bukan sembarangan, JD sangat mempengaruhi bau kotoran.
ReplyDeleteCuma kalau kucing liar yg suka menumpang makan di tempat saya, memang tak pernah buang kotoran, mungkin Krn tak ada halaman tanah di rumah saya ππ. JD mereka pun cari tempat lain
Ooo.. rumah tiada halaman tanah. Ada kebaikannya, ya.
DeleteAdoi, tak beruk buat onar, kucing! Memang geram lagi2 yg buat tu pulak kucing orang.
ReplyDeleteCobaannn... Bak kata Bujang Lapok. Hehe..
Deletewaduh taik dia atas batas sayur emmm memang terus layu lah sebab taik atau kencing dia panas. Kena sabau banyak dengan kucing ni sebab dia sahabat Rasulullah.
ReplyDeleteBaik, kak Notie. Insya-Allah.
DeleteSabar sahaja. Tidak boleh marah pula kucing ini walaupun kadang-kadang kita rasa bengang. Moga Allah beri pahala pada Nur atas kesusahan yang dialami.
ReplyDeleteAminn.. terima kasih, NA. Ye, sabor je, banyak².
Deletekucing mmng pantang nampak tanah, habis dia berak kat situ.
ReplyDeletekalau kat daiso ada palet yg dijual dalam paket utk halau kucing. katanya bau palet tu kucing tak suka. mungkin boleh try
Takde tanah, atas rumput pun dia melepas, Mazni. Terima kasih atas cadangan Mazni. Akak dah pernah cuba, memang busuk bau benda tu, akak pernah campak atas siling sebab kucing berak situ. Satu rumah bau. π
Delete