Hari ini sudah masuk bulan Mei. Selamat bercuti kepada semua pembaca sekalian. Hari cuti umum, Hari Buruh, 1 Mei.
Tadi pagi, saya dan suami ada berjalan-jalan ke pekan Lumut. Tapi, banyak jalan ditutup. Ada Hari Terbuka Armada 2026, sempena ulang tahun TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) ke-92. Tempatnya, di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Tapi pekan Lumut turut terlibat. Masa kami pusing naik kereta dua tiga hari lepas, ada pentas utama di depan hotel berdekatan jeti Lumut nak ke Pangkor. Event ini berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026. Bila dikatakan hari terbuka itu, makna kita boleh masuk ke dalam navy base lah, ya. Selalu kalau nak masuk, kena tinggalkan IC. Ini, semua dijemput untuk merasai pengalaman dunia tentera laut secara dekat. Acara ini turut menampilkan lebih 13 buah kapal TLDM, pameran aset pertahanan, dan banyak lagi aktiviti menarik. Saya? Hehe.. saya kurang berminat sikit untuk libatkan diri dalam event ramai orang ini. Baik saya duduk rumah diam-diam. Sejenis introvert yang lebih suka terbongkang di rumah daripada terlibat dalam kesesakan di luar. 🙈
Tudiaaa... panjangnya mukadimah entri ini. Padahal saya cuma nak cerita apa saya masak pada hari Isnin, 20 April 2026 yang lepas. Jom tengok...
![]() |
| Paru masak hitam. |
Ada terbeli paru di kedai Ayam Ori. Mula-mula fikir, nak buat sambal paru. Tapi, tukar saat akhir. Saya masak paru hitam.
Ada saya pernah kongsikan resepi paru masak hitam ini dalam entri bulan puasa lepas. Kalau berminat, boleh klik di sini.
Walaupun yang ada di rumah cuma tiga beranak, saya, suami dan Sulaiman. Lauk ini tetap best seller. 😁 Sedap dan selera makan. Tapi saya masak pun guna paru yang tidak sampai sekilo, jadi cepatlah habis. Alhamdulillah.
![]() |
| Telur dadar dilupa jangan. |
Goreng juga telur dadar. Ada ulam timun, tapi lupa ambil gambar. Alhamdulillah. Rezeki pada hari itu. Hari ni, kome makan lauk apa?
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗


sedapnya menu paru tu...fav tp biasa masak paru berlado or sambal paru or rendang paru
BalasPadamRendang paru, tak pernah cuba masak. Mesti sedap.
PadamSemalam makan nasi dapat daripada masjid, kongsi dengan ibu.
BalasPadamRumah ni kalau dapur tak berasap memang kami pandai bawa diri. Makan roti saja pon takpe 😂
Alhamdulillah, rezeki dari masjid. Senang macam tu, makan roti pun boleh.
PadamPenah makan paru sambal je. Paru hitam 1st time tahu.
BalasPadamLauk orang lama, Faa.
PadamLamanya tak beli paru. Cie suka yang sambal paru garing.
BalasPadamSusah nak buat tu, Cie. Masa goreng paru tu, meletup-letup minyak.
Padam1 Mei makan nasi tomato yang dapat daripada surau.
BalasPadamHehe saya suka sambal paru. Lauk masak hitam tiada pula yang buat di sini.
Sedap tu, NA, nasi tomato. Memang jarang orang buat masak hitam. Sambal paru pun sedap juga.
PadamSedapnyaaaa menu paru masak hitam. Kalau KSarie mau menambah nasi 2 pinggan lauk macam ni😅
BalasPadamHa ah, memang menahan diri dari tambah nasi juga. Sabor, sabor. Hehe..
PadamSA x try lagi paru masak hitam Nur ajar entry sebelum ni...ntah bila la SA ni tak bz...banyak benda di busy kan nih...
BalasPadamHehe.. leceh nak masak lauk ni, SA, nak rebus paru, pastu goreng pulak.
PadamDuuuuh kalau paru ini saya memang sukaa kak. Di masak apapun sedap. 😍😍😍. Tp tak pandai masak nya. Dulu saat ada asisten yg tugas masak, memang dia sering buat paru balado.
BalasPadamSkr kalau kepengin memang beli jadinya 😅
Sedap kan Fanny, paru berlado. Beli la, lebih senang.
Padamkawan saya pergi hari terbuka Armada kat Lumut tu, menarik betul show yg parachute landing kat bot tu.
BalasPadamwahh sedapnya paru masak hitam!
Wow, gigih ya, kawan Mazni pergi tengok.
PadamAlhamdulillah, sedap.