Tiba-tiba tersibuk pula dengan macam-macam hal duniawi. 🙈 Minggu lepas secara keseluruhannya, dapur saya masih kurang berasap kerana banyak urusan di luar. Juga, simbol 'M' yang sangat besar juga telah muncul dan tidak berganjak beberapa hari. Marilah kita jamu mata tengok gambar-gambar makanan yang saya teringat untuk ambil, sebelum aktiviti melantak dengan jayanya. Bagai tidak ingat dunia. Diet mode juga hilang dan tenggelam di bawa ombak laut entah ke mana.
 |
| Gambar pada 14 Jun 2026 |
Ini adalah hidangan sarapan saya pada hari tersebut, iaitu nasi berlauk ayam bakar di pasar minggu Kuala Kangsar. Lepas beli barang-barang keperluan di pasar minggu, singgah kedai Nasi Kerabu Tumis Khaiwani, isi perut yang sudah berkeroncong.
Lepas makan, saya pergi jalan-jalan tengok tudung pula, sementara suami tinggal melepak di kedai itu. Seronok tengok tudung macam-macam jenis ada. Lebih suka beli tudung offline di kedai biasa, jadi kita boleh tengok material tudung tu jarang ke, apa.
Okay, gambar seterusnya...
 |
| Pada 15 Jun 2026 |
Makan malam di sini pada hari tersebut. Nama kedai D'Royale Koey Teow Kerang, Seri Manjung, Perak. Pada pendapat saya setakat ini, kuetiau di sini paling menepati citarasa saya. Saya suka sebab cepat siap dan kuetiaunya ada rasa hangit.
Ada juga cendol dan ABC.
 |
| Cuba cendol. |
Pesan satu saja, kongsi berdua dengan suami. Okay rasa cendol dia. Boleh la.
 |
| Ini kuetiau goreng kerang. |
Saya suka lagi kuetiau goreng dari charkuetiau yang basah itu. Selain menu kuetiau goreng dan charkuetiau, kedai ini ada juga menu mi kari, laksa, menu sup, nasi goreng, fries, meatball, nuggets dan macam-macam lagi.
Tempat duduk di dalam ada. Tapi pada hari itu, kami duduk luar saja, sebab ambil angin petang, cuaca pun macam mendung.
Baik. Beralih kepada gambar makanan seterusnya...
 |
| Sarapan 16 Jun 2026 |
Ini sarapan saya pada hari tersebut. Selalu IF, tapi pada hari itu, malas nak IF. Sarapan awal pagi, you.. Saya dan suami ke Restoran Biriyani Kampung Acheh (restoran mamak). Restoran Biriyani ini ada banyak cawangan di Manjung. Yang kami pergi ini, dekat kawasan perindustrian berhampiran Pelabuhan Lumut. Situ kurang orang sikit, banding cawangan lain, selalu penuh je, parking pun susah.
Sarapan di atas, saya ambil bihun goreng yang sudah siap dimasak. Ada pilihan sarapan sudah siap dimasak dan disusun atas meja, ala buffet, boleh ambil sendiri. Kegemaran saya, bihun goreng, dan ambil lauk ayam goreng pedas beberapa ketul. Eh lupa, saya ambil bihun goreng separuh, kuetiau goreng separuh. 😋 Sedap.
Kena sampuk hantu saya hari itu. Saya pesan minuman manis, okay.
 |
| Suami pesan teh tarik halia dan saya nescafe tarik. |
Nikmat sungguh la, pekena nescafe tarik ni. Sudah bertahun-tahun tak minum la. Syorga, syorga! 😍😋
Dulu masa zaman badan saya besar, memang tiap-tiap hari saya minum nescafe tarik. Sekarang, bila hari teringin tahap gaban macam hari itu, barulah saya pesan.
 |
| Makan tengahari 16 Jun 2026 |
Ini makan di rumah. Panaskan lauk yang ada dalam peti ais. Potong timun. Celur bendi kutip di kebun miniku. Ada telur rebus juga. Letak sambal juga. Sayur salad pun ada. Dalam kari ayam, ada kentang dan kaki ayam. Alhamdulillah.
Makan di luar memang sedap. Tapi makan di rumah lebih sedap, sebab masak sendiri dan boleh kawal portion karbo dan lebihkan sayur. Cuma itulah, sindrom malas memasak sedang melanda.
Harap minggu ini, rajin itu kembali semula.
Kome hari ini makan apa? Harap hari anda pada hari ini ceria dan segala urusan anda semua dipermudahkan.
Jumpa lagi, ya. 💗
Sedap tgk kuehteow kerang tu
BalasPadamMemang paling sedap. 😋
PadamKue teow tu mmg nmpk.menarik hahaa .. saya pun suka ug kering .. klu basah kureng sket rasanya.
BalasPadamSama taste kita ye. 😊
PadamNescafe tarik Hari2 fuyoooo Susu pekat banyak gula wwooo. Sesekali pekena boleh lah. Akak pun kdg campur sebab nak rasa keduanya.
BalasPadamMasa tu, saya tak tahu, kak. Yang saya tahu, sedap. Hehe..
PadamBestnya, cendol.. Kena pulak tima musim panas begini.
BalasPadamKan.. memang nikmat.
PadamKalau uncle suka kwetiau yang berkuah tu... Ada terlur kuning lembik pulak! Perfect!
BalasPadamWah... Siap ada telur mata kuning cair tuuu... 😋
PadamThe presentations are lovely and the food looks very tasty! Thank you so much for sharing. I also want to thank you for your visit and kind comment on my blog, and for the information you gave me on how to identify a flower using my browser or cellphone. It may take me a bit of time to figure this out, but I very much appreciate your kindness and will work on trying this out!
BalasPadamYes, Linda.
PadamMy pleasure. 😊
Makan dekat rumah jugak yg sedap...
BalasPadamBetul, betul.
PadamApa pun sedap masakan di rumah kita boleh tambah sayur banyak2 cuma kadang jemu memasak kena masak kat luar juga.
BalasPadamBetul, kak. Kadang² memang bosan makan hasil air tangan sendiri ni. Teringin orang masak untuk kita pula. Hehe...
PadamSemua menu buat sy trliur =D
BalasPadamHehe..
PadamKuew tiow kerang tu menggoda SA sebab ada cili jeruk..
BalasPadamSedap, SA.
PadamMasalahnya terliur tengok semua menu tu.
BalasPadamHehehe...
PadamUihh nampak Kuetiaw lama nya tak makan
BalasPadamSila, sila, Mulan. 😊
PadamSuka char kuetiau. Hehe selera tidak sama.
BalasPadamYa mesti Sulaiman tiada malas masak kan?🤗
Ada hari kena masak juga NA, sebab takmo membazir ada makanan dalam peti ais.
PadamSy pun suka kue tiau goreng yg ada rasa hangit² tu . ..
BalasPadamSy pun sama Nur, malas nak masuk dapur sehari dua ni. Kena restock barang basah dulu kot, baru ada mood nak masak
Kann.. itu yang buat sedap tu.
PadamBetul juga, bila dah beli bahan mentah, dah tentu terpaksa memasak walau malas. 😁
ammi pun lebih prefer kueh tiow yg macam Nur punya tu banding dengan yang basah. tp susah nak jumpa yang sedap...
BalasPadamBetul, Ammi. Kena cuba beberapa tempat la, barulah kita boleh banding mana paling sedap.
PadamAduhhhhh.....langsung KSarie kelaparan ni. Lagi-lagi nampak kaki ayam di gambar terakhir. Favourite KSarie tu. Betul la kata Tot. Bila masak sendiri boleh kawal apa yang kita letak dalam masakan. Tapi itu la ye. KSarie ni bab masak ke laut dalam sungguh😅
BalasPadamOoo.. KSarie suka kaki ayam rupanya. Hehe.. takpe, KSarie kan korje, kot hari cuti, boleh la masak sendiri di rumah.
PadamNescafe tu pun, Linda hari² juga..cuma Kdg ada hari yg beli, ada yang bancuh sendiri...Emm, risau juga sebenarnya, tu yang paksa diri briswalk juga.. sedap sikit rasa hati..hihihi
BalasPadamBaguslah Linda, at least balance di situ, aktiviti briskwalk Linda dan minum air manis. Takpe, Linda muda lagi. Akak ni dah tua-tua pun, masih kadang minum juga. Sebab sedap kan, Linda. Hehe..
Padamchar kwe tiaw di sana fav sayaaaa... sukaaaa laah... dah lama tak makan... apalagi yg ada aroma smokey ya kak... memang sedap ... sayaaaang kemarin di KL tak jumpa kwe tiaw pula :p
BalasPadamkalau minuman yg ditarik2, ntah itu teh tarik, kopi tarik, memang best malaysia punya.... makanya kemarin saya hampir tiap hari lah nih cheating minum manis hahahahaha
Laa.. ye ke.. lain kali ya, Fanny. Boleh rasa kuetiau.
PadamHehe.. tak apa Fanny, sekali-sekala. Bila lagi nak merasa, kan. 😁
sekali sekala minum manis, apa salahnya kan :p
BalasPadammungkin sbb akak duduk berdua je dgn suami sekarang. so kalau masak tu banyak lebihan sebab takde orang makan...
Harap-harap begitulah Mazni, sekali-sekala. Hik hik!
PadamBetul, itu yang jadi malas masak, sebab tinggal berdua saja. Kalau anak-anak balik, boleh juga layan selera dia orang. 😊
Faa suka char kuey tiaw yang berkuah. Tambah ada telur, kerang dengan udang. Yummsss.
BalasPadamWah, ramai peminat charkuetiau berkuah ni.
Padam