Rabu, 24 Jun 2026

Gambar makanan lagi

 Tiba-tiba tersibuk pula dengan macam-macam hal duniawi. 🙈 Minggu lepas secara keseluruhannya, dapur saya masih kurang berasap kerana banyak urusan di luar. Juga, simbol 'M' yang sangat besar juga telah muncul dan tidak berganjak beberapa hari. Marilah kita jamu mata tengok gambar-gambar makanan yang saya teringat untuk ambil, sebelum aktiviti melantak dengan jayanya. Bagai tidak ingat dunia. Diet mode juga hilang dan tenggelam di bawa ombak laut entah ke mana. 

Nasi berlauk ayam bakar
Gambar pada 14 Jun 2026

Ini adalah hidangan sarapan saya pada hari tersebut, iaitu nasi berlauk ayam bakar di pasar minggu Kuala Kangsar. Lepas beli barang-barang keperluan di pasar minggu, singgah kedai Nasi Kerabu Tumis Khaiwani, isi perut yang sudah berkeroncong. 

Lepas makan, saya pergi jalan-jalan tengok tudung pula, sementara suami tinggal melepak di kedai itu. Seronok tengok tudung macam-macam jenis ada. Lebih suka beli tudung offline di kedai biasa, jadi kita boleh tengok material tudung tu jarang ke, apa. 

Okay, gambar seterusnya...

D'Royale Koey Teow Kerang, Manjung, Perak
Pada 15 Jun 2026
Makan malam di sini pada hari tersebut. Nama kedai D'Royale Koey Teow Kerang, Seri Manjung, Perak. Pada pendapat saya setakat ini, kuetiau di sini paling menepati citarasa saya. Saya suka sebab cepat siap dan kuetiaunya ada rasa hangit. 
Ada juga cendol dan ABC. 
Cendol di D'Royale Koey Teow Kerang, Manjung.
Cuba cendol.
Pesan satu saja, kongsi berdua dengan suami. Okay rasa cendol dia. Boleh la. 

Kuetiau goreng kerang di D'Royale Koey Teow Kerang, Manjung.
Ini kuetiau goreng kerang.
Saya suka lagi kuetiau goreng dari charkuetiau yang basah itu. Selain menu kuetiau goreng dan charkuetiau, kedai ini ada juga menu mi kari, laksa, menu sup, nasi goreng, fries, meatball, nuggets dan macam-macam lagi.
Tempat duduk di dalam ada. Tapi pada hari itu, kami duduk luar saja, sebab ambil angin petang, cuaca pun macam mendung.
Baik. Beralih kepada gambar makanan seterusnya...

Bihun goreng dan kuetiau goreng dengan ayam goreng di Restoran Biriyani Kampung Acheh
Sarapan 16 Jun 2026
Ini sarapan saya pada hari tersebut. Selalu IF, tapi pada hari itu, malas nak IF. Sarapan awal pagi, you.. Saya dan suami ke Restoran Biriyani Kampung Acheh (restoran mamak). Restoran Biriyani ini ada banyak cawangan di Manjung. Yang kami pergi ini, dekat kawasan perindustrian berhampiran Pelabuhan Lumut. Situ kurang orang sikit, banding cawangan lain, selalu penuh je, parking pun susah.
Sarapan di atas, saya ambil bihun goreng yang sudah siap dimasak. Ada pilihan sarapan sudah siap dimasak dan disusun atas meja, ala buffet, boleh ambil sendiri. Kegemaran saya, bihun goreng, dan ambil lauk ayam goreng pedas beberapa ketul. Eh lupa, saya ambil bihun goreng separuh, kuetiau goreng separuh. 😋 Sedap. 
Kena sampuk hantu saya hari itu. Saya pesan minuman manis, okay.

Teh tarik halia dan nescafe tarik di Restoran Biriyani Kampung Acheh
Suami pesan teh tarik halia dan saya nescafe tarik.
Nikmat sungguh la, pekena nescafe tarik ni. Sudah bertahun-tahun tak minum la. Syorga, syorga! 😍😋 
Dulu masa zaman badan saya besar, memang tiap-tiap hari saya minum nescafe tarik. Sekarang, bila hari teringin tahap gaban macam hari itu, barulah saya pesan. 

Makan tengahari 16 Jun 2026
Ini makan di rumah. Panaskan lauk yang ada dalam peti ais. Potong timun. Celur bendi kutip di kebun miniku. Ada telur rebus juga. Letak sambal juga. Sayur salad pun ada. Dalam kari ayam, ada kentang dan kaki ayam. Alhamdulillah. 
Makan di luar memang sedap. Tapi makan di rumah lebih sedap, sebab masak sendiri dan boleh kawal portion karbo dan lebihkan sayur. Cuma itulah, sindrom malas memasak sedang melanda. 
Harap minggu ini, rajin itu kembali semula. 
Kome hari ini makan apa? Harap hari anda pada hari ini ceria dan segala urusan anda semua dipermudahkan.
Jumpa lagi, ya. 💗

40 ulasan:

  1. Kue teow tu mmg nmpk.menarik hahaa .. saya pun suka ug kering .. klu basah kureng sket rasanya.

    BalasPadam
  2. Nescafe tarik Hari2 fuyoooo Susu pekat banyak gula wwooo. Sesekali pekena boleh lah. Akak pun kdg campur sebab nak rasa keduanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu, saya tak tahu, kak. Yang saya tahu, sedap. Hehe..

      Padam
  3. Bestnya, cendol.. Kena pulak tima musim panas begini.

    BalasPadam
  4. Kalau uncle suka kwetiau yang berkuah tu... Ada terlur kuning lembik pulak! Perfect!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah... Siap ada telur mata kuning cair tuuu... 😋

      Padam
  5. The presentations are lovely and the food looks very tasty! Thank you so much for sharing. I also want to thank you for your visit and kind comment on my blog, and for the information you gave me on how to identify a flower using my browser or cellphone. It may take me a bit of time to figure this out, but I very much appreciate your kindness and will work on trying this out!

    BalasPadam
  6. Makan dekat rumah jugak yg sedap...

    BalasPadam
  7. Apa pun sedap masakan di rumah kita boleh tambah sayur banyak2 cuma kadang jemu memasak kena masak kat luar juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Kadang² memang bosan makan hasil air tangan sendiri ni. Teringin orang masak untuk kita pula. Hehe...

      Padam
  8. Kuew tiow kerang tu menggoda SA sebab ada cili jeruk..

    BalasPadam
  9. Masalahnya terliur tengok semua menu tu.

    BalasPadam
  10. Uihh nampak Kuetiaw lama nya tak makan

    BalasPadam
  11. Suka char kuetiau. Hehe selera tidak sama.
    Ya mesti Sulaiman tiada malas masak kan?🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hari kena masak juga NA, sebab takmo membazir ada makanan dalam peti ais.

      Padam
  12. Sy pun suka kue tiau goreng yg ada rasa hangit² tu . ..
    Sy pun sama Nur, malas nak masuk dapur sehari dua ni. Kena restock barang basah dulu kot, baru ada mood nak masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. itu yang buat sedap tu.
      Betul juga, bila dah beli bahan mentah, dah tentu terpaksa memasak walau malas. 😁

      Padam
  13. ammi pun lebih prefer kueh tiow yg macam Nur punya tu banding dengan yang basah. tp susah nak jumpa yang sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Ammi. Kena cuba beberapa tempat la, barulah kita boleh banding mana paling sedap.

      Padam
  14. Aduhhhhh.....langsung KSarie kelaparan ni. Lagi-lagi nampak kaki ayam di gambar terakhir. Favourite KSarie tu. Betul la kata Tot. Bila masak sendiri boleh kawal apa yang kita letak dalam masakan. Tapi itu la ye. KSarie ni bab masak ke laut dalam sungguh😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. KSarie suka kaki ayam rupanya. Hehe.. takpe, KSarie kan korje, kot hari cuti, boleh la masak sendiri di rumah.

      Padam
  15. Nescafe tu pun, Linda hari² juga..cuma Kdg ada hari yg beli, ada yang bancuh sendiri...Emm, risau juga sebenarnya, tu yang paksa diri briswalk juga.. sedap sikit rasa hati..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah Linda, at least balance di situ, aktiviti briskwalk Linda dan minum air manis. Takpe, Linda muda lagi. Akak ni dah tua-tua pun, masih kadang minum juga. Sebab sedap kan, Linda. Hehe..

      Padam
  16. char kwe tiaw di sana fav sayaaaa... sukaaaa laah... dah lama tak makan... apalagi yg ada aroma smokey ya kak... memang sedap ... sayaaaang kemarin di KL tak jumpa kwe tiaw pula :p

    kalau minuman yg ditarik2, ntah itu teh tarik, kopi tarik, memang best malaysia punya.... makanya kemarin saya hampir tiap hari lah nih cheating minum manis hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa.. ye ke.. lain kali ya, Fanny. Boleh rasa kuetiau.
      Hehe.. tak apa Fanny, sekali-sekala. Bila lagi nak merasa, kan. 😁

      Padam
  17. sekali sekala minum manis, apa salahnya kan :p
    mungkin sbb akak duduk berdua je dgn suami sekarang. so kalau masak tu banyak lebihan sebab takde orang makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-harap begitulah Mazni, sekali-sekala. Hik hik!
      Betul, itu yang jadi malas masak, sebab tinggal berdua saja. Kalau anak-anak balik, boleh juga layan selera dia orang. 😊

      Padam
  18. Faa suka char kuey tiaw yang berkuah. Tambah ada telur, kerang dengan udang. Yummsss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, ramai peminat charkuetiau berkuah ni.

      Padam