Tuesday, June 16, 2026

Hadiah dari Cuya

Petang semalam, waktu saya dan suami nak keluar rumah, nampak ada bungkusan di tembok pagar. Hadiah dari Cuya sudah sampai. Alhamdulillah. Saya pun ambil dan bawa masuk ke kereta, dan terus keluar.  

Saya adalah salah seorang pemenang Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 di blog Cuya. Boleh klik sini 👉 Untuk senarai pemenang.

Nama pertama pula tu, yang diumumkan. 😁 Terus kembang lubang hidung.

Bungkusan Skynet
Bungkusan Skynet

Waktu suami pergi bayar kad kredit di bank, saya pun ambil kesempatan untuk buka bungkusan, dalam kereta. 

Hadiah dari blogger Cuya
Lawanya ribbon

Dibalut dengan bubble wrap, dan di dalamnya ada selapis kotak kadbod untuk melindungi sampul raya.

Surat dari blogger Cuya
Utusan Diraja dari Permaisuri Cuya

Watikah pelantikan ke apa ni.. eh, tak. Utusan Diraja dari Permaisuri Cuya Adinda Padil Wal Kelapa.

Surat yang comel dari blogger Cuya
Alaaa... kenapa comel sangat ni?

Tulisan tangan dari Permaisuri Cuya. Antara intipati utusan diraja di atas, adalah untuk menzahirkan tahniah dan penghargaan atas penglibatan saya dalam giveaway tersebut. 😊 

Tiada masalah. Seronok dapat sertai giveaway teman-teman blogger semua, sebagai tanda sokongan. Menang atau kalah, tolak tepi dulu. Alhamdulillah. Nama saya terpilih. Hehe... jom tengok hadiah sampul raya yang saya terima.

Sampul raya Anime dan sampul raya Labubu
Ada dua bungkusan, yang kiri sampul raya Anime, dan yang kanan, sampul raya Labubu.

Walaupun musim perayaan sudah berlalu, tapi boleh digunakan untuk raya akan datang, Insya-Allah. Sebenarnya, walaupun bukan musim raya, saya ada simpan satu sampul raya di dalam beg tangan setiap kali saya keluar. Saya guna untuk asingkan duit saya dengan duit dapur. Jadi, memang saya guna sampul raya sepanjang tahun. Bila terkoyak ke, saya akan gantikan yang baru. 

Jom kita tengok lebih dekat sampul raya pemberian Cuya.

Sampul raya Labubu
Sampul raya Labubu

Sampul raya Labubu ni, unik sikit bentuknya, sebab mengikut badan Labubu. Apa itu Labubu?

Karakter Labubu dicipta pada tahun 2015 oleh seniman Hong Kong, Kasing Lung. Ia adalah karakter boneka yang punya telinga panjang dan hujungnya runcing, suka senyum dan punya deretan gigi tajam yang menonjol keluar dari mulutnya.

Labubu ini melonjak popular bila salah seorang anggota kumpulan K-Pop, Blackpink, iaitu Lisa, ambil gambar dengan boneka Labubu.

Mula-mula saya musykil juga apakah ini sampul raya? Sebab ia bukan bersegi empat tepat macam sampul raya biasa. Ia berbentuk badan Labubu itu. Adakah saya perlu lipat atau macamana, untuk jadikan ia sampul? Setelah dibelek-belek, barulah saya jumpa satu potongan di belakang sampul, untuk saya masukkan duit, seperti gambar di atas, saya tunjuk dengan anak panah hijau. Hahaha... Acik mana tahu, ada fesyen sampul raya begini. Okay... budak-budak sukalah ni, kalau bagi sampul Labubu.

Ada 9 keping sampul raya Labubu dalam plastik tersebut. 

Sampul raya Anime
Sampul raya Anime

Sampul raya Anime pula, ada 8 keping, seperti gambar di atas. Ada tulisan Selamat Hari Raya pada beberapa sampul. Ada watak anime Dragonball Z, One Piece, Demon Slayer, Naruto, dan Pokemon.

Comel, comel, comel. 

Terima kasih kepada Cuya. Semoga Cuya murah rezeki, sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah. 🤲

Pada yang belum mengenali blogger Cuya yang comel ini, silalah berkunjung ke blog beliau 👉 Drawing the Words.

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

🌸 Baca doa akhir tahun sebanyak 3 kali selepas waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

🌸 Baca doa awal tahun sebanyak 3 kali selepas masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram.

Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun


18 comments:

  1. Lama dah tak dapat perutusan tulisan tangan macam cuya tulis tu. Unik sekali kan

    ReplyDelete
  2. dah awal muharram erk., aminn

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, Cuya nih totalitas sangat yaaaa. Sampai tulis tangan ucapannya, panjang pula tuh. Saya nih tangan dah kaku Krn dah tak pernah menulis manual, semua ketik saja 🤣🤣.

    Cantik2 amplop raya nya. Ini tahun depan, anak2 yg terima duit raya dari kakak pasti happy mereka 😄

    ReplyDelete
  4. labubunya lucu banget ya kak hehehehe :D

    ReplyDelete
  5. Tahniah akak! Terima kasih sekali lagi atas kesudian akak untuk memeriahkan suasana giveaway Cuya 💕

    ReplyDelete
  6. Tahniah Nur.
    Salami Awal Muharram 1448H.

    ReplyDelete
  7. Tahniah..dapat juga nanti free time baru tulis entri:)

    ReplyDelete
  8. Salam Maal Hijrah Nur.
    Tahniah dapat hadiah cute miut hehe ... Sy pun guna sistem sampul utk asingkan perbelanjaan bulanan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Hadiah sempena awal Muharram 1448H.

    ReplyDelete
  10. Uniknya sampul Labubu itu. Betullah mesti budak-budak suka dengan sampul vegitu

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak tot! Menarik sampulnya tu. Boleh guna raya tahun depan.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah Tot. Sampul raya yang unik. Budak-budak paling happy kalau dapat sampul raya macam ni

    ReplyDelete
  13. tahniah kak! heloknya cuya bungkus parcel :D
    teringat last year menang sampul raya dari cuya jugak. banyak gila sampai sekarang tak habis2 lagi haha

    ReplyDelete
  14. Uish!! Comel betul sampul rayanya.. Tahniah sis..

    ReplyDelete
  15. Tahniaaah mbak Nur. Saya ikut senang melihatnya, apalagi dapat sampul raya anime yang bermacam rupa. Bahkan ada One piece juga :D Mantaaaap!

    ReplyDelete