Isnin, 29 Jun 2026

Jalan pagi Khamis dan sarapan apa

 Cerita pada 25 Jun 2026 yang lepas. Pergi jalan pagi di padang. Cuaca baik. Agak panas juga. Orang pun ramai. 

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Langit pagi

Masih tak dapat jalan setiap hari. Ada hari, saya rasa nak duduk rumah saja, berkebun dan siram pokok. Malas nak bawa kereta pagi-pagi, nak kena bersesak dengan orang yang nak hantar anak sekolah. Kalau suami tak kerja, barulah pergi berjalan pagi, sebab dia yang drive. 😁

Bangau putih di tengah padang
Bangau putih di tengah padang

Berjalan pagi selama 57 minit. 

Dapat jarak 4.56 kilometer. Okay ler tu. 

Lepas tu, rasa macam sudah lama tak makan di makcik cucur bawah pokok, atau nama sebenar tempatnya adalah Kantin JPS Sitiawan. Oleh itu, kami pun singgah sarapan. Dekat dengan padang saja.

Cucur yang rangup dan sedap di Kantin JPS Sitiawan.
Cucur yang rangup dan sedap!

Cucur biasa je, bukan cucur udang pun. Tapi cukup rasa dan sungguh menyelerakan. Suami pesan cucur, RM4.

Close-up cucur Kantin JPS Sitiawan
Close-up sikit cucur.

Ada tauge dan kucai je, dalam cucur makcik. Cucurnya rangup di luar, lembut di dalam. Cicah dengan kuah kacang. Saya makan cucur je.

Sup untuk nasi lemak dan kuah kacang
Sup untuk nasi lemak dan kuah kacang

Suami makan nasi lemak lauk telur mata. Kongsi juga makan cucur sebab banyak.

Nasi lemak Kantin JPS Sitiawan
Nasi lemak telur mata

Telur rebus separuh turut diberi. Kami dua-dua minum air suam. Harga sarapan kami pada hari itu adalah RM8. Murah tak? Alhamdulillah. πŸ˜‹ Nasi lemak sedap, cucur pun sedap. 

Lepas makan, kami jalan santai-santai sekejap.

Jalan sekejap selepas sarapan
Jalan lepas makan

Sambil-sambil bungkus capati kuah sardin dekat pasar Sitiawan. Lokasi dekat saja. Masa ini, anak kedua, Hafizan, masih cuti lepas habis semester pendek. Sekarang dia sudah pulang ke sarang.

Alhamdulillah. Saya masih memikir-mikir aktiviti bila sudah tinggal berdua saja dengan suami di rumah ini. Kalau saya keluar berjalan setiap hari, takut pokok pula terabai. Sebenarnya, di rumah saja sudah banyak kerja boleh buat. Masa berkebun waktu pagi memang tidak cukup dan rasa cepat berlalu sebab kita sedang sibuk. Kalau tidak membaja, menebas. Hari ini menebas kawasan kanan, esok lusa menebas kawasan belah kiri rumah pula. Kadang tidak sempat menebas, baru top-up tanah pada pokok dan cabut rumput dalam pasu, sudah pukul 9 pagi. Pukul 9 pagi, bahang panas memang sudah terasa. 

Ada juga terfikir untuk berjalan waktu pagi, dan berkebun waktu petang lepas Asar. Tapi, cuaca yang panas buat saya rasa malas sungguh nak keluar rumah waktu petang. Entahlah. Tengoklah dulu macamana mood itu. 

Baiklah. Jumpa lagi, ya. πŸ’—

42 ulasan:

  1. Cuaca tak menentu. Ada panas terik waktu petang. Rutin kena bertukar baru tak bosan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cakap Cie. Cuaca main peranan penting juga, dalam menentukan aktiviti kita.

      Padam
  2. Memang murah sarapan rm8 nasilemak dan cucur ..

    Teringin gak nak berjalan keliling rumah tapi blk² keje je mood dah kelautπŸ˜…πŸ˜… nak kemas rumah pun kena amek mood wiken je..harap mood mengemas cepat la dtg.. bila badan jarang digunakan mmg rs berat sgt kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Ako. Kalau tak jalan exercise, dapat buat kerja rumah pun dah okay sangat tu, keluar peluh juga. Semoga semangat bersenam itu datanglah pada kita berdua, ya.

      Padam
  3. Salam kenalan dari Sis..
    Sama laa di Johor, panas berdentinggg.. kalau hujan, hujann lebat.. kalau panas, kering .. Sis pun tinggal berdua kadang, keluar hujung minggu aja, hari lain duduk rumah layan Tv dan pokok hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, Sis Lin. Terima kasih, sudi singgah blog saya ni.
      Best kan, duduk rumah, layan TV dan pokok. Sama kita. 😁

      Padam
  4. Berkebun memang boleh memenuhkan aktiviti hujung minggu. Kadang tak sedar dah 2 jam mengerjakan pokok².. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Aynora. Cuma sekarang bahang panas tu terasa. Jadi, tak dapat duduk luar berkebun lama-lama.

      Padam
  5. SAtu lagi yang penting kat cucur ni adalah sos dia... kalau sos kureng... memang potong la... kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, uncle. Tapi saya suka cucur cicah kuah kacang. πŸ˜‹

      Padam
  6. Sedapnya tengok cucur tu .... Sy suka cucur letak kucai.
    Sy pun ikutkan malas nak keluar rumah tapi tetap kena keluar ambil Adik balik sekolah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. memang sedap.
      Tanggungjawab seorang ibu ya, jadi supir. Semangat, PH! πŸ’ͺ

      Padam
  7. seronok berkebun.. tapi itu lah pukul 9 kadang-kadang dah bahang.. petang pula kadang-kadang hujan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul. Kena masuk awal. Kalau lama duduk luar sekarang, badan kita pun rasa panas jer. Saya baru alami hari tu. Memang dasyat bahang panas sekarang.

      Padam
  8. Cucur tu sy suka cicah dgn kuah kacang =D

    BalasPadam
  9. sedapnya cucur tu, nampak crispyy.
    sekarang pukul 8 pagi pun dah terik betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rangup di luar, lembut di dalam, Mazni. πŸ˜‹
      Kann... bahang cepat terasa.

      Padam
  10. Alhamdulillah, dua2 sedap...cucur bilis cicah kuah kacang mmg layan...maknanya nasi lemak tu harga RM4 lah kan..oklah telur rebus separuh + telur mata...capati cicah sardin, sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, kak, nasi lemak telur mata harga RM4.

      Padam
  11. lain dari yang lain tu kak makan nasi lemak dengan sup...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kedai ni, kalau order nasi lemak, diberi sup. Sedap, Afzan, hirup sup panas makcik ni.

      Padam
  12. Sedapnya nampak cucur makcik tu, nampak garing betul di luar! Makan pula dengan kuah kacang memang gandingan mantap. Murah betul sarapan berdua baru RM8, siap dapat nasi lemak telur mata + telur rebus separuh lagi. Berbaloi sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Itulah, memang murah, makan dekat kedai makcik bawah pokok ni, dan sedap juga.

      Padam
  13. Haah cuaca panas sangat.
    Tabiklah sesiapa rajin bersenam walaupun panas berdenting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... kita tengok pun memang respek la, orang yang berlari atau briskwalk petang yang panas tu.

      Padam
  14. Sedap nampak cucur itu. Langsung lapar jadinya. Cuaca sekarang ni panas dia memang mengundang buka aircond semedang. Lepas tuh ngeri tengok bil elektrik nya. Semua aktiviti Tot keluarkan peluh briskwalking dan berkebun. Patut kekal comel lote Tot ni😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, KSarie. Haruslah on aircond tak off off. Hujung bulan kita pejam mata jer la, bayor. Ala, janganlah camtu. Seminggu sekali je kot bersenam. πŸ˜…

      Padam
  15. Nampak cucur memang tak tahan lah, sedap.

    BalasPadam
  16. Murah ya. Cecah cili sos sedapnya nampak cruncy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, kak. Cucur rangup, sat jer habis, makan berdua.

      Padam
  17. Cucur sayur begitu saya sukaaa juga.makan dengan cabe rawit atau saus kacang memang best kak.

    Itulah, kalau dah berdua saja dengan suami, macam ingin mencari kegiatan lebih kan. Saya memang belum merasakan, Krn anak2 masih di rumah. Tapi tiap mereka pergi saja, saya dah bingung nak melakukan apa πŸ˜…. Makanya selalu cari banyak kesibukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann, Fanny. πŸ˜‹
      Iya la, harus diisi dengan aktiviti yang patut. Nanti masa itu akan tiba buat Fanny juga, Insya-Allah.

      Padam
  18. nampak sedap cucur tu. terliur akak

    BalasPadam
  19. Haaa...bagus berjalan pagi keluarkan peluh. Seronoknya kalau boleh buat setiap hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Malangnya, tak pernah nak konsisten berjalan setiap hari.

      Padam
  20. Bestkan brisk walk pagi2. Faa suka bangun pagi2, dapat brisk walk je rope jumping sebelum mulakan keje. Rasa healthy betul diri tu. Tapi routine dah bertukar. Brisk walk kat tempat keje je sekarang , hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay tu, Faa. Dapat buat sekejap pun jadi.

      Padam