Selasa, 30 Jun 2026

Nasi kandar tepeng

 Fakta dari kajian menggunakan google map, 

Jarak dari rumah saya ke kampus anak-anak bertuah di Ipoh, 84.7 kilometer atau 1 jam 52 minit (bergantung trafik semasa), manakala

jarak dari rumah saya ke Nasi Kandar 786 Taiping adalah 91.5 kilometer atau 1 jam 22 minit.

Kenapa pergi Ipoh yang jaraknya lebih pendek sedikit berbanding pergi Taiping, tetapi ambil masa lebih lama?

Sebab, trafik light! 🚦 Hahaha....

Kalau pergi Taiping, masuk lebuhraya WCE, laju je boleh sampai, sebab straight je, tak ada trafik light.

Hehe... bilalah dia orang ni nak buat highway pergi Ipoh. Tak pun, semua trafik light dibuang, gantikan dengan fly-over atau buat u-turn saja sepanjang jalan. Entah, apasal pula saya berfikir pasal benda ini. Kita serahkan sajalah pada perancang bandar kawasan terbabit. Tapi seriously, bila kita pergi daerah lain, dan buat perbandingan dengan daerah kita, boleh nampak mana lebih bagus. Tak mahulah komen lebih-lebih. Huhu..

Eh, panjang betul mukadimah. Padahal nak cerita pada 22 Jun 2026 yang lepas, saya dan suami pergi makan tengahari di Nasi Kandar 786 Taiping. Buat pertama kalinya. Kalau Nasi Kandar 786 Kampar, sudah banyak kali.

Ajom tengok...

Nasi Kandar 786 Taiping
Yahh... itu dia...

Apa yang sedap sangat nasi kandar 786 ni? Entah. Suami saya la, suka. Tapi ayam gorengnya bagi saya, sedap, berbanding kedai nasi kandar lain yang saya pernah rasa. 

Waktu kami sampai, ada awan mendung macam nak hujan di langit, tetapi agak panas ketika itu, sampai kecik-kecil biji mata, silau.

Pemandangan di Taiping
Lawanya pemandangan di Taiping

Saya suka betul kawasan yang ada bukit-bukit dan penuh kehijauan ni. Saya boleh berdiri tengok bukit lama, macam saya duduk tengok laut atau tasik juga. Hati rasa tenang dan aman tenteram melihat kejadian Allah yang cantik tiada tolok bandingnya. Subhanallah... πŸ₯°

Jom la makan nasi. Perut sudah berbunyi.

Penuh la, walaupun waktu itu sudah lepas waktu makan tengahari. Tempat di dalam penuh. Jadi, kami duduk di meja luar. Ada khemah didirikan depan kedai, tempat tambahan untuk pengunjung makan.

Nasi lauk ayam goreng Nasi Kandar 786 Taiping
Nasi saya

Saya ambil nasi separuh. Kuah sikit je, cakap kat dia. (Banding suami saya, dia ambil kuah banjir). Sayur kobis. Telur masin. Ayam goreng. Sedap! Perapan ayam goreng dia sama macam cawangan di Kampar. Kulit ayam rangup. Isi ayam dimasak sempurna. Tidak kering pun. 

Bila saya mengintai ruangan dia goreng ayam, rupanya, ada pasang timer pada tempat dia goreng ayam itu. Ooo... patutlah. Rahsia ayam goreng sempurna. 

Lupalah nak ambil gambar pinggan nasi suami saya. Dia ambil nasi penuh, lauk ikan. Eh, dah mengadap nasi sendiri ni, memang tak toleh kiri kanan dah. Alhamdulillah... πŸ˜‹

Secara keseluruhan, okay. Cuma dari segi lokasi, saya prefer cawangan Kampar lagi, sebab sana, ruang makan di dalam kedai lebih besar dan aircond kuat. Sangat selesa makan di tempat berhawa dingin, jadi tak panas. Banding cawangan Taiping, ruang makan di dalam sangat terhad. Yang lain, semua okay. Walaupun ramai orang beratur nak ambil nasi, barisan bergerak dengan cepat kerana ramai pekerja yang in charge di bahagian nasi sama ada untuk makan dan bungkus.

Okay. Itu saja cerita makan di Nasi Kandar 786 Taiping. Kome suka makan nasi kandar tak?

Baiklah. Jumpa lagi, ya. πŸ’—

50 ulasan:

  1. Kita yg dekat ni pun tak sampai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. itu biasa. Tempat dekat memang susah sikit nak pergi. 😁

      Padam
  2. Makanan yang jarang Sis makan adalah Nasi Kandar, bukan tak suka tapi takde geng nak gi makan .. Suami suka Nasi padang, anak-anak pun kureng, so nak makan kena tunggu geng..

    BalasPadam
  3. Wah, sempat intai ruangan goreng ayam ye Nur. Patutlah ada istilah terlebih atau terkuar masak. Macam bak belajarlah goreng ayam guna timer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia goreng ayam kat depan kaunter lauk pauk je, kak Amie. Itu yang saya boleh tengok. Hehe.. betul. Skill goreng ayam sempurna ni, susah juga, kena jaga masa.

      Padam
  4. Restoran Nasi kandar dekat dgn rumah ada 3. Tapi baru pegi satu tempat je.. sebab anak2 & suami kurang suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu. Kita sorang je yang suka, tak ada geng pula ya, nak mencuba.

      Padam
  5. Merah menyalah ayam tu. Sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam mamak kan, selalu warna merah. Macam letak pewarna je.

      Padam
  6. Ayam goreng sekali tengok macam ayam tandori.

    BalasPadam
  7. KSarie pernah makan Nasi Kandar 786 Taiping ni tapi sudah lupa rasanya macam mana. Nampaknya kena pergi makan lagi gamaknya yeπŸ˜…Tengok pemandangan semulajadi gunung, laut, sungai segala memang boleh ralit dan buat nyaman je hati kan😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, sila, sila, KSarie.
      Ya, KSarie, rasa tenang tengok gunung ganang ni. Sukalah, suasana dekat Taiping tu, sebab banyak pokok besar.

      Padam
  8. Wow...Menarik nmpk nasi tu sis. Nasib sy dh breakfast pagi ni =D

    BalasPadam
  9. kita kalo mkn nasi kandar pasti lauk ayam ..bkn penggemas nasi kandar tp bole la mkn...husband kita suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh gang la dengan suami saya, suami mama Tisya. Suka nasi kandar. 😊

      Padam
  10. Tiap kali balik Taiping, tak sempat2 nak ke nasi kandar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. lain kali singgah Lake Garden, boleh singgah nasi kandar 786 ni ya, Mulan.

      Padam
  11. Nasi kandar kureng tapi tenguk ayam goreng dia kecur weiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam goreng dia, ada letak bawang goreng. Sedap, kak.

      Padam
  12. nanti nak cuba yang dekat kampar tu... yang dekat Taiping pun tak pernah sampai.. hahaha..area mana ni kak.. sebab kalau kita balik Taiping, tak lalu dalam pekan..kecuali memang niat nak cari apa2.. kalau tak, terus jelah lalu jalan luar p Kamunting terus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Area lake garden, Linda. Tepi KFC. Oh, gitew. Akak pun jarang masuk pekan Taiping, kecuali nak jalan tengok pokok besor kat lake garden.

      Padam
  13. Wah, patutlah ayam goreng dia masak sempurna dan rangup, rupanya ada rahsia pakai timer eh! Bijak Nur sempat intai dapur dia. Nanti kalau SA sampai area Taiping atau Kampar, memang wajib kena singgah cuba Nasi Kandar 786 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia goreng di depan tempat lauk pauk tu je, SA. Itu yang kita boleh nampak. Rasanya dekat KL pun ada cawangan Nasi Kandar 786 ni, SA.

      Padam
  14. Tu la baru nak ckp..jauh bebenor smp ke tepen kamu ya haha.. pape pun kalau rajin tu ada , smp penang pun tak mustahil kan 🀣😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. ada ngeye. Eh, ada orang kan, saya pernah baca, teringin punya pasal, sampai sanggup pergi Kelantan, naik flight sarapan kat sana. Hahaha..

      Padam
  15. Bukan suka lagi kak, tapi AMAT SANGAT SUKAAAAA πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜„. Menyesaaaaal sungguh di KL kemarin tak sempat makan nasi kandar. Cuma makan roti telur di kedai mamak saja. 4 tahun di Penang, saya jadi sukaaa dengan nasi kandar.makanan hari2 pun πŸ˜„. Itu yg bikin selalu balik tiap tahun 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. lain kali datang Malaysia, jangan lupa pekena nasi kandar ya, Fanny. 😁

      Padam
  16. Lama x g Tepeng...dulu sblm balik semanggol mesti singgah Tepeng...singgah beli popia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha.. popia Tepeng pun orang kata sedap juga kan, selain yongtaufu bomba tu.

      Padam
  17. Kok jadi makin penasaran yaaa sama nasi kandar, hihihi. Deket stasiun LRT di rumahku, ada yang jual nasi kandar jugaa. namun sayangnye sampai sekarang saya belum coba. nanti Insya Allah akan saya masukkan ke list wajib coba ah, lalu saya tulisan di blog juga :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, idea yang bernas itu, Mas Fajar. Penasaran juga mahu lihat nasi kandar di Jakarta rupanya gimana. 😊

      Padam
  18. Saya kurang suka nasi kandar, tapi masih boleh makan dengan syarat tak mau kuah banjir. Beza dengan suami dia suka nasi kandar kuah banjir.

    Dengan cuaca panas memang lebih selesa makan di kedai yang ada aircond kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula, sebab kadang kalau letak kuah banjir, boleh jadi pedas pula.
      Betul Ujie. Kalau diberi pilihan, memang akan pilih tempat ada aircond time cuaca macam sekarang.

      Padam
  19. sy jarang makan nasi kandar sbb di kelate ni jarang bebenor terjumpa kedai nasi kandar. jika x de pilihan lain barulah makan nasi kandar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sana, makan nasi berlauk la, lagi sedak kan, Abe Kie.

      Padam
  20. Tentu ada SOP goreng ayam dan menu² lain sebab 786 ni ada cawangan, kan. Sy pernah makan cawangan Butterworth. Jauh kan dari tempat Tot nak ke Ipoh sebab lalu jalan biasa. Ikut WCE tu walau lagi jauh tapi laju membelah lebuhraya. Tu la tu kadang sy sakit hati orang selalu komplen nak keluar Johor jauh. Depa tak tahu dari Tanjung Malim nak sampai ke Ipoh pun jauh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, SK. Saya macam pernah baca, di KL pun ada cawangannya.
      Betul, SK, kalau lalu jalan biasa, dengan sesaknya lagi, banyak traffik light. Huii... ambil masa juga.

      Padam
  21. sedapnya kak..bila la saya nak jalan2 ke utara makan nasi kandar ni..dia punya rasa tu memang tak jumpa di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak ada ye, nasi kandar sedap di Kuantan. Baru tahu ni. Boleh la Afzan cuti-cuti ke Penang, pekena nasi kandaq utara.

      Padam
  22. Akak kalau dah tak ada pilihan baru pilih Nasi Kandar sebab kurang gemar dengan kari yang kuat.. Boleh je makan sesekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... lain orang, lain citarasanya, ya.

      Padam
  23. saya bukanlah penggemar tegar nasi kandar, tpi okay je telan. cumanya tak suka kuah banjir.
    kobis goreng nasi kandar saya suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, akak pun kurang suka kuah banjir.
      Sedap kan Mazni. πŸ˜‹

      Padam
  24. pernah gi yang kt taman melawati...ada highway, perjalanan lbh mudah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, sana pun ada cawangannya ya, kak.
      Betul, betul.

      Padam
  25. UIsh, tang ni dapat kuah banjir memang buat2 tak tahu la dengan jaga kalori dan diet 🀭

    BalasPadam