Sudah lama saya tak buka laptop dan view blog. Rasa berbeza dan nampak semua besar. Sebelum ini, saya lebih kerap update dan blogwalking menggunakan handphone saja. Barulah nampak lebih jelas gambar-gambar yang kawan-kawan share di blog masing-masing. 😊 Haha.. sudah lupa seronok rasa bila pandangan lebih jelas. Barulah puas tengok.
Tapi malangnya, semenjak dua menjak ini, saya tak berkesempatan on laptop. Tambahan pula, cuaca panas. Jadi, lebih selesa buat kerja depan TV di ruang tamu yang ada aircond, banding dalam bilik kerja yang cuma ada kipas.
Sebenarnya, entri ini, saya nak tunggu sampai menjadi buah. Tapi ambil masa juga rupanya. Tak apa, kena sabar. Lagi pun, draft entri saya tak banyak yang tinggal. Yay! Itulah, tak ada agenda menarik nak diceritakan. Tidak ke mana-mana.
Sejarah tanam pokok buah naga di rumah
Jadi, entri ini saya nak cerita tentang pokok buah naga yang ada di rumah saya ini. Benihnya, adalah melalui keratan batang. Suami bawa balik dari kampung di Tumpat, Kelantan. Ada 2 batang bawa balik. Mulanya, saya cuma cucuk dalam pasu besar. Alhamdulillah, hidup subur dan membesar dengan sihat. Jadi, kami pindahkan dari pasu, ke dalam tanah.
Klik sini 👉 kalau nak baca cerita kami transfer pokok buah naga ini dari pasu ke tanah.
Entri di atas adalah pada tahun 2024. Dan kini tahun 2026, pokok ini mula berbunga dan berbuah. Alhamdulillah. Saya ada letak baja Caradex Form, Ibu Baja Thai, yang saya beli dari penjual di pasar minggu Kuala Kangsar. Saya beli paket kecil saja. Tak tahu yang baja ini bagus. Tak tahu yang sekali itu saja dapat jumpa penjual baja itu berniaga. Sejak itu, tak jumpa dah. Waktu beli baja itu, saya tertarik sebab tengok pokok cili dia tanam dalam pasu, berbuah dengan lebat dan cantik saja cilinya.
Perkembangan pokok buah naga
Saya ambil gambar tidaklah setiap hari, bila saya teringat waktu berkebun saja. Tujuan ambil gambar untuk rekod saya. Sebab ini pertama kali saya tengok kejadian pokok buah naga ini keluar bunga dan jadi buah.
Ada dua pokok buah naga di rumah. Pokok pertama, ada dua tempat keluar bunga dan berbuah. Jom tengok:
🌱 Lokasi batang tepi dinding
![]() |
| Mula keluar bunga |
Apa kesilapan saya buat dalam gambar di atas? Ya, gambar bawah kanan, saya letak pembalut buah. Sedangkan waktu itu, baru fasa berbunga. Oh jahilnya aku. 😅
Dari bantuan Gemini, memang tidak digalakkan membalut atau menutup bunga pokok buah naga yang sedang berkembang kerana ia memerlukan agen pendebunga seperti lebah, kelulut, atau kelawar untuk hinggap. Proses pemindahan debunga ini amat penting bagi memastikan bunga tersebut berjaya disenyawakan dan bertukar menjadi buah.
Fakta ringkas tentang proses pendebungaan buah naga:
🌸 Masa kembang: Bunga buah naga biasanya kembang sepenuhnya pada waktu malam.
🌸 Peranan serangga: Lebah dan serangga lain akan tertarik dengan debunga ini dan membantu pendebungaan (proses persenyawaan) antara debunga jantan dan stigma betina.
Menyedari kesilapan kami letak pembalut buah terlalu awal, saya buat carian di youtube dan jumpa cara nak bantu pendebungaan bunga buah naga. Saya attach video di sini.
![]() |
| Bunga mulai layu |
![]() |
| Mula pasang pembalut buah |
Saya tanya suami saya, macamana dia tahu itu jadi buah? Dia kata, dia picit sikit, rasa macam ada isi kat dalam. Ler... bertuah suamiku.
![]() |
| Buah semakin membesar dan membulat |
Itu sajalah perkembangan terbaru untuk batang di tepi tembok. Ada lagi satu batang, pokok yang sama, turut keluar bunga. Jom tengok...
🌱 Lokasi batang di bahagian tengah pokok
Comel je waktu bunga mula-mula keluar.
![]() |
| Bunga waktu mula keluar |
Kadang tu terkejut juga, sebab pertumbuhan agak cepat. Dari cikenit je, tiba-tiba jadi panjang.
![]() |
| Bunga semakin panjang |
Mula kembang. Entah bila dia kembang, tak sedar. Ada hari hujan, ada hari kami sibuk ada urusan luar, tak sempat nak jenguk pokok.
![]() |
| Sudah kembang dan mulai layu |
Yang ini, kami biar saja, tidak letak pembalut buah lagi. Saja nak tengok.
![]() |
| Sudah mula membentuk buah |
Itulah perkembangan pada pokok pertama. Kita tengok pokok kedua pula.
🌱 Pokok kedua
Tiba-tiba saya perasan ada bunga mula berputik, dan hari demi hari, ia sudah kembang pada waktu malam. Esoknya, saya sempat ambil gambar.
![]() |
| Gambar 4 Jun |
![]() |
| Gambar dari tepi |
Saya berserah pada Allah saja. Kalau ada rezeki, dapatlah kami merasa. Ye la, kome pun tahu akan keadaan rumah saya ini yang sering diganggu beruk liar. Oh, sebelum itu, saya nak kongsi sedikit info lagi tentang buah naga, hasil carian dengan Gemini.
Buah naga bermula dengan warna hijau dan bertukar menjadi merah (atau merah jambu/kuning bergantung pada jenis) apabila ia matang.
Untuk mengetahui bila ia betul-betul sedia untuk dipetik dari pokok, anda boleh perhatikan empat tanda utama ini:
🍓 Perubahan warna kulit: Kulitnya sudah bertukar merah sekata dan tiada lagi tompokan hijau.
🍓 Keadaan sisik (Duri): Sisik pada buah naga akan kelihatan layu sedikit, layur, dan hujungnya bertukar warna kekuningan atau hijau pudar.
🍓 Tekstur buah: Apabila ditekan perlahan, buah terasa sedikit lembut (tidak terlalu keras atau lembik)
🍓 Garis lekuk: Buah naga yang sudah matang dan manis biasanya mempunyai garis lekuk yang lebih rata pada badannya.
Semoga dapat merasa buah naga dari pokok tanam sendiri ni. 🤲
Kome suka makan buah naga tak?
Selamat hari Ahad, kome. Jalan-jalan pergi mana tu? Ke, berehat di rumah saja?
Jumpa lagi, ya. 💗










Cie memang guna hp je berblog. Malas nak on laptop sebab rumah takde wifi. Pakai hp sambil baring pun boleh menulis blog. Cantik la pulak bunga pokok buah naga ni. Patut la dipanggil naga memang macam naga.
ReplyDeleteOh, gitu. Orang muda macam Cie takpe. Akak rabun makin teruk kot, bila guna laptop baru rasa puas berblog.
DeleteKan.. dia punya sisik pada bunga tu, macam naga.
Dulu² tak reti makan buah naga..sebab ada biji kecik² tu..tapi, sekarang dah suka.. sebab buah paling senang nak makan..hihi .
ReplyDeleteMoga jadi helok, dan merasa la akak makan buah nya
Sedap kan, Linda.
DeleteDukacita dimaklumkan, semalam beruk dah ambil dua² buah akak tunjuk di entri ni. Melepas. Tak ada rezeki. 🥹
lamanya saya tak bercucuk tanam. malas tu sangat besar. Semoga makin banyak lah buah naganya.. sedap terasa di tekak. Kita suka buah naga yang isi dalamnya putih
ReplyDeleteAminn.. 🤲 terima kasih, Aida.
DeleteYang isi putih, jarang nak jumpa.
Belum nampak buahnya tu, nnti kalau ada buahnya share la kat blog
ReplyDeleteSudah kena curi dek beruk semalam, Aynora. 😢
DeleteSy admire betul dgn pokok buah naga ni. Kagum tengok bunga & buah yg terbit dari dahan pokok tu. Macam out of nowhere tiba² berbunga/berbuah di situ. Macam kaktus pun iya
ReplyDeleteHa ah, memang agak pelik, sebab bunga dan buah dia jadi di tengah batang. Betul, PH, ada persamaan antara pokok buah naga ni dengan kaktus. Nak tahu tak PH, semalam beruk serang rumah saya. Buah naga hilang. Kaktus saya pun terbalik, terkeluar dari pasu. Beruk ingat buah gamaknya. Saya sedih, PH. Semalam takdak rumah, keluar cari barang Sulaiman waktu petang.
DeleteBesar cantik bunganya. Moga ada rezeki Nur merasa hasil buahnya nanti.
ReplyDeleteBerbelas tahun lalu, saya pernah bagi benih pokok naga kepada kakak di Melaka. Ajaibnya sampai sekarang masih berbuah. Tipsnya, tanam tempat kurang kena air. Pokok naga ni spesis kaktus, kalau terlebih air jadi lembik batang, mati.
Betul Ujie, bunga dia memang cantik. Tak ada rezeki, Ujie. Beruk sudah curi, semalam.
DeleteTerima kasih, share tips tu, Ujie. No wonder la ada persamaan dengan kaktus. No wonder la pokok lagi satu, buah macam tak jadi, sebab dekat kawasan tanah lembab. Baik, baik. Fahamlah saya sekarang. Thank you, Ujie.
wah Nur... lepas ni kalau dah berbuah banyak boleh buat jus naga hehehe
ReplyDeleteTak sempat, Ako. Syedih... beruks dah curi, semalam. 😢
DeleteWow..Good sharing ni sis.1st time tgk proses tumbesaran pokok buah fevret sy ni =)
ReplyDeleteMekasih. Kita sama² berkongsi ilmu. Ooo.. buah feveret Nieza. Sedap, kan.
Deletewah bestnya. Dulu pernah tanam tapi tak menjadi akhirnya mati. Yang ni baru nampak proses kejadian dia dari berbunga akhirnya ada buah. Tak sabar nak menunggu hasilnya.
ReplyDeleteSudah hilang buahnya, kak notie. Semalam beruks ambik.
DeleteCantik rupanya bunga buah naga ni. Ada bau ke bunganya? Lengkap maklumat Tot kongsikan tanaman pokok buah naga ni. Tangan Tot dan suami ni memang jenis sejuk tanam apa menjadi semuanya. Suka KSarie baca perkongsian pasal pokok-pokoknya. Nanti kalau udah berbuah pokok buah naga ni Tot cerita ye
ReplyDeleteTak ada bau, KSarie. Tak ada rezeki, KSarie. Udah kena curi buahnya dek beruks semalam. 🥹
DeleteMenarik tengok perkembangan pokok buah naga ni. Memang seronok bila tanaman yang dijaga dari kecil makin membesar dan sihat. Semoga cepat berbuah lebat dan dapat menikmati hasilnya nanti.
ReplyDeleteAmin, YRA. Terima kasih.
DeleteJarang tgk org tanam pokok naga.. Suka buah naga yg isi merah
ReplyDeleteHaha.. orang bagi benih dulu, itu yang cucuk je. Tak sangka panjang umur pokoknya. Sebab jauh amik, dari Tumpat.
DeleteSedap kan, yang isi merah.
Pokok pertama buah naga sekali tengok macam ada sayap.
ReplyDeleteSaya suka makan buah naga sebab senang hendak kupas, rasapun sedap.
Haha.. itulah buah pertama, lain macam jadinya.
DeleteSedap dan senang buang air, bila makan, kan.
excited pulak tengok proses tumbesaran dia! buah naga sedappp, semoga ada rezeki hasilnya dpat dimakan
ReplyDeleteAminn, YRA. Terima kasih, Mazni. Dah melepas batch kali ni, Mazni. Harap yang next berbuah la, moga ada rezeki.
Deleteaiiiih tak sabar pula melihat dia berbuah... ^o^ jadi tahu saya bentuk pohon buah naga kak.. selama ini beli saja... bunganya ternyata cantiiiik yaaa.
ReplyDeletesaya kalau ditanya suka, tak lah suka sangaaat.. tp masih mau makan buah naga, sebab bagus untuk pencernaan kan
Ya, Fanny, memang cantik bunganya.
DeleteBetul, bila makan buah naga itu, senang nak membuang air. 😊
1st time tengok bunga pokok naga. Buah naga pun memang bagus, kaya fibre.
ReplyDelete