Zus Buddy sticker ni, dia bagi percuma je, walau kita cuma beli secawan kopi. Bergantung kepada stok masih ada. Blogger BK, dapat masa beli mineral water je. 😊
Masih ingat dulu, edisi zus buddy sebelum ini, saya sanggup beli air sampai 3, nak bagi cukup RM25 ke atas, supaya dapat plushie buddy ni.
Kali ni, kena beli set makanan Kinda Adult Meal harga RM32.90 baru boleh dapat zus Buddy, edisi Work-in-progress. Memang tak la, ye.
Ini pun, sebab saya beli kopi untuk suami. Masa hari Isnin, beli secawan americano ais.
![]() |
| Dapat sticker Dream Edition |
Comel la. Remember your dream, let it lead you.
Keesokan harinya, beli latte ais pula, untuk suami. Rezeki, boleh dapat sticker berbeza.
![]() |
| Work Edition |
![]() |
| Koleksi sticker Zus dalam simpanan saya. |
Ada yang Butterbear, Projek Sembang Sembang (Raya) dan BB (Balang Baik) Sticker. Saya ada guna yang sticker Zus Buddy tahun lepas.
![]() |
| Tampal pada casing handphone |
Yang "No talk Me, I angy" dan "Emotionally Fragile. Please Handle with Care". Huhu... suka yang Zus Buddy sticker ni. Semua watak comel, dan ia juga mengekspresikan emosi dengan cara yang comel juga. Seolah watak itu sendiri yang bercakap dalam bahasa ia, dengan pelatnya.
Okay la. Sekian. Salam hari Sabtu, kome. Nak ke mana tu? Jaga diri, dan stay safe.
Jumpa lagi, ya. 💗




Amboi dia, siap ada koleksi sticker Zus.
BalasPadamHehe.. terkumpul secara tak sengaja.
PadamComelnya casing handphone tu, nak pegi cari jugala sticker Zus coffee
BalasPadamHehe, sila, sila, Aynora.
PadamSelalu dapat sticker Cie campak2 je. Takde peminat sticker dalam rumah ni.
BalasPadamLer.. anak pun tak minat, ye.. Boleh tampal-tampal, selain dijadikan koleksi juga. 😊
PadamLinda ada satu je sticker..yang ni, tak beli lagi..tengok la nanti..
BalasPadamDah habis stok dah, kalau tengok kat app dia.
PadamWahhh..Banyaknya sis dapat sticker ni =)
BalasPadamDua keping, Nieza. Memang dia keluarkan dua jenis je, edisi kali ini.
Padammeriah sticker zus tu
BalasPadamHasil kumpul sikit-sikit, mama tisya. 😊
Padamcomel comel semua sticker ni. kena beli zus juga la kalau macam ni.. nak sticker juga..huhuhu
BalasPadamHehe, sila, sila...
Padamwah dah macam BK kumpul sticker
BalasPadamSaya kebetulan je dapat, kak. Tak pernah niat nak mengumpul.
Padamsebab dah lama tak minum zus, so stiker zus saya yg terakhir adalah matcha cloud latte tu je.
BalasPadamtapi edisi work edition ni, teringat gakla nak beli mainan tu. cuma bukan keperluan huhu
Betul, Mazni. Bukan keperluan. 👍
PadamMenarik stickernya...nasib baik SA dah clash dengan Zus..hahaha
BalasPadamKuat la SA, clash dan tidak bersambung semula. 👍
PadamBanyak watak-watak yang comel ya dalam siri koleksi Zus.
BalasPadamYa, NA. Cute jer kita tengok. Bulat-bulat watak.
PadamComel stickers nya. Slogan setiap watak catchy. Kalau KSarie sesuai dengan sticker 'There is so much to do' dan 'This is fine. I am fine'. Maknanya setiap watak ni memang ada plushies nya ye. Mantap marketing Zus Coffee ni sebab remaja dan young adult suka kumpul plushies. Meriah koleksi stickers Zus yang Tot ada
BalasPadamHa ah. Ada plushies atau soft toy untuk setiap watak. Siapa yang dapat kumpul semua tu, memang gigih la. Saya pun kebetulan beli kopi, terselit percuma sticker, KSarie.
PadamCute nya stickers
BalasPadamComei, comei..
Padambagi yg koleksi pasti sukaaa kan... saya nih kalau kopi memang hanya suka kopinya saja... segala macam merchandise dan barang2 koleksi, biasa saya tak tertarik...:D tapi emmang bagus bentuk2 stiker zus ini
BalasPadamIya Fanny. Akak juga sama. Ini pun kebetulan dapat percuma. Jadi, terkumpul secara tak sengaja, gitu. 😁
PadamComelnya sticker. Faa masa buat journaling pakai buku sempat main2 sticker juga. Comel je buku tu jadinya.
BalasPadamPenyeri kan, sticker ni. Lagi-lagi yang gambar watak comel-comel.
Padam