Dalam minggu lepas, banyak hari juga tidak IF (Intermittent fasting). Mode malas. Pagi-pagi sudah cari sarapan. Perut pula berkeroncong waktu pagi, minta diisi.
Fikiran baik: Perut berbunyi itu bukan lapar. Itu tanda tengah ketosis mode. Lepas 12 jam ke atas IF, simpanan glukosa dalam hati habis. Badan mula bakar lemak. Kan kita belum makan. Sila minum air. Nanti hilanglah rasa lapar itu. 😇
VS
Fikiran jahat: Jom pi mamak! 😈
Pada hari itu, fikiran jahat lebih kuat dari fikiran baik. 🙈 Tambahan pula, nanti nak pergi hantar dua anak yang pulang hujung minggu balik semula ke Ipoh. Kalau pergi mamak, boleh sarapan dan bungkus makanan sekali untuk anak-anak. Jadi pada hari itu, Ahad, 19 Julai 2026, saya ajak suami yang kerja shif petang, sarapan di mamak. Hehe... dasar seorang Tot.
Kami ke restoran mamak Biriyani Kampung Acheh.
![]() |
| Pinggan suami |
Banyak betul la suami saya ambil makanan ni. Ada banyak hidangan sudah terhidang macam mini buffet di bahagian depan mamak ini. Ceduk la sendiri, apa yang nak. Ada nasi, mee, bihun, kuetiau goreng, idli, lauk ayam goreng berempah pedas, dan lauk ayam kari ke masala, saya tidak pasti.
Suami ambil bihun dan nasi goreng serta lauk ayam goreng pedas itu.
Saya pula pesan roti bakar satu set.
![]() |
| Satu set roti bakar ada dua keping roti. |
![]() |
| Suami pesan air teh tarik halia dan air suam seorang satu. |
Tak kan makan roti bakar saja. Saya pesan juga...
![]() |
| Telur tiga suku masak. |
Kalau satu set, sepatutnya ada 2 biji telur saja. Tapi sebab telur dia saiz kecil, mamak bagi 3 biji telur. Saya lebih suka tiga suku masak dari separuh masak.
Nak tahu tak, apa yang tak ada dalam gambar? Saya pesan nescafe tarik. Apa nak jadi dengan saya ini. Macam tak betul sikit kepala semenjak dua menjak ini. Minum air manis. Lagi-lagi nak dekat temujanji doktor bulan depan, dia lagi kuat godaan minum air manis itu. Gilakah aku? Huk huk...
Siap bungkus sekali makanan untuk anak-anak di rumah iaitu nasi goreng ayam untuk budak Sulaiman dan tosei telur tiga keping untuk budak Hafizan.
Later that day, sebelum tengahari, selepas siap, saya ikut suami hantar anak-anak balik politeknik Ipoh dan terus balik Manjung semula. Kemudian suami masuk kerja sebelum pukul 4 petang. Macam kartun.
Sekian cerita pada hari tersebut.
Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.
Jumpa lagi, ya. 💗




Samalah dengan saya. Kadang terlajak-lajak melayan selera. Sata lupa sudah berumur. Juga lupa kandungan lemak dalam badan terus jadi gula dalam darah sebab saya rak rajin bakar. Nur tu bagus, rajin lari. Saya tak banyak gerak huhuhuuu.
BalasPadamWak jarang2 sangat masuk kedai mamak sebab pn is3 tak mahu.
BalasPadamBestnya kedai mamak ni ada macam² menu sarapan. Dekat tempat Sy ni kena order la kalau nak bihun goreng ke mee goreng ke...
BalasPadamSekali sekala nikmati hidup Nur hehe
KSarie juga lebih suka telur 3 suku masak sebab kuningnya lebih pejal. Mamak ni senang sebab ada banyak pilihan. Tinggal sediakan perut je
BalasPadamCie jarang jugak dah IF sekarang ni. Banyak fikiran jahat juga ni. Hahaha
BalasPadamBagus suami Nur layan apabila Nur minta makan luar.
BalasPadamHaha baru terlintas di fikiran aik takkan Nur makan roti bakar sahaja, mana kenyang. Rupanya ada pesan telur 3/4 masak. Baru tahu kedai mamak boleh buat telur begitu.
Trliur tgk telur masak 3 suku tu =)
BalasPadamlagi nak jumpa doctor lagi banyak dugaan makan....padahal doctor tu manusia jugak.
BalasPadamkadang tu lah fikiran jahat menghasut. Dah makan kita menyesal. huhu...Nak jumpa doktor tu yang lagi risau rosakkan results. Jauh juga tu nak ke Ipoh. Balik hari agak memenatkan sikit kan.
BalasPadamHaha faham sangat dugaan IF tu, part fikiran 'jahat' yang menang tu memang paling real! Sekali-sekala layan roti bakar pekena pula dengan telur tiga suku masak kat mamak memang tak boleh nak tolak, nikmat betul. Bab Nescafe tarik tu kita layan je dulu buat pengubat tekak, nanti nak dekat temujanji doktor baru kita 'picit brek' balik air manis tu, hehe.
BalasPadamkalau sabtu ahad, duduk asrama je...boleh pula IF tu.. kalau pegi kerja, lepas thumbprint je, terus beli air nescafe panas dekat kafe.. hahaha
BalasPadamHahahaha kecundang ekkk..
BalasPadammamak ni ada satu aura tau.. kadang kan lalu depannya ajerr, etrus terbayang mee goreng mamak, megi goreng, roti tampal, tosei hahahahaha
Haha part fikiran 'jahat' yang menang tu memang paling relatable! Bila perut dah berkeroncong, memang hilang terus teori ketosis tu. Nescafe tarik dengan telur 3 suku masak kat kedai mamak memang kombinasi yang tak boleh tolak, pekena pulak sebelum hantar anak balik politeknik, dikira energy booster la tu Nur! 😄
BalasPadamFirst time tengok telur 3 suku masak, selalu separuh masak je
BalasPadamHahah...ammi selalu ada berfikiran jahat itu. Patutnya IF 16 jam tapi jam ke 14 dah heboh nak makan.
BalasPadamMihun yg husband Nur makan tu nampak mcm tebal je, memula ammi ingatkan angel hair goreng
Selalu ikut fikiran jahat 🤣🤣 esok2 boleh sambung diet 😌 sama macam beli barang. Pujuk hati, esok2 boleh sambung saving 🫢
BalasPadamKaaaak, samalah kitaaa. Akhir2 ini agak susah nak disiplin makan. IF saya masih lakukan, tp begitu makan, macam tak ingat pola 😢. Makanya nak buat disiplin lagi lah nih.
BalasPadamKemarin kan saya timbang badan , dah dibawah 50 berat badan. Langsung happy. Tapi mudian, langsung makan Macam2. Ga usah heran kalau nanti naik lagi 😔