Selasa, 28 Julai 2026

Makan apa minggu lepas

 Tiba giliran entri memuatkan gambar makanan saja untuk minggu ini. 😊 Seperti biasa, ada hari masak. Ada hari, malas, jadi makan di luar atau beli bungkus dan makan di rumah. 

Jom tengok, jom...

Nasi goreng banyak sayur dan cendawan
20 Julai 2026

Gambar di atas sebenarnya adalah nasi goreng. Tapi tak nampak macam nasi goreng pun. Nampak macam sayur campur saja. Ini adalah kerana nasinya sikit saja. Kurang dari separuh pinggan. Tapi tetap sayang. Makan hari sebelumnya, nasi campur beli di mamak, tidak habis. Simpan juga nasi putih walau secoet dalam peti ais. Kemudian saya masak seperti biasa masak nasi goreng. Saya tambah sayur dengan banyaknya. Brokoli besar-besar, campak sekali. Cendawan pula ada dua jenis. Pecah telur juga. Jadilah hidangan nasi goreng ciput sayur banyak. Makan berdua dengan suamiku.

Buah dokong
Buah dokong

Beli buah dokong ini di pasar minggu Batu 10, Lekir. Harga RM10. Elok kejadian buahnya. Kome suka buah dokong tak? 

Pucuk paku goreng bersama ayam bakar dan telur rebus
17 Julai 2026

Ayam panggang, tumis pucuk paku yang dimasak oleh suamiku dan telur rebus. Makan lauk saja, no nasi. Ayam panggang beli di Aeon.

Nasi lemak sambal sotong bersama telur mata
21 Julai 2026

Memang rancangnya, tak mahu makan nasi, makan lauk saja. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Gambar di atas adalah nasi lemak sambal sotong bersama telur mata. Suami bawa balik dari ofisnya. Dia ada seminar bersama SPRM. 

Nasi minyak bersama ayam masak merah, acar dan papadom
21 Julai 2026

Ini pula nasi minyak bersama ayam masak merah, acar dan papadom. Juga suami bawa balik dari ofis. Kedua-dua hidangan di atas, kami makan waktu petang, first meal of the day selepas zohor. Kami kongsi makan nasi lemak sambal sotong dan nasi minyak di atas separuh-separuh, sama-sama dapat merasa.

Mamee Chef Tomyam
21 Julai 2026

Ingat kan sudah makan nasi minyak dan minyak, boleh bertahan sampai malam. Nan ado... gatal makan mamee chef tomyam. Saya seorang makan mamee cup ini, suami kerja shif petang. Duduk seorang saja di rumah, layan TV sambil pekena maggi. Enjoying my me time. 

Ayam bakar, telur rebus dan sayur campur
24 Julai, first meal of the day, pukul 12 tengahari

Kali ini, ayam bakar masak sendiri di rumah. Perap ayam dengan kicap manis, sos tiram dan madu. Letak herba kering seperti thyme, rosemary dan parsley. Telur rebus sebiji. Sayur campur ada timun, cendawan tiram dan telur kasi pecah.

Tidaklah diet yang begitu ketat. Kalau ada rezeki nasi depan mata, makan saja. Kalau tiada, barulah masak lauk protein dan sayur. 

Makanan proses seperti mamee cup itu selera makan, sampai hirup kuah. Kalau ayam bakar dalam oven, kunyah perlahan-lahan saja, kurang selera nak makan. 

Tak ada pula ambil gambar makanan setiap hari. Bila ingat saja. Alhamdulillah atas rezeki dariNya.

Hari ni, kome makan apa?

Jumpa lagi, ya. 💗

17 ulasan:

  1. Itu biasa kak Nur. Masak kadang ikut mood dan selera juga. Sayur terlebih tenggelam terus nasi. hihi..Selaku pencinta sayur, suka nasi goreng banyak sayur.
    Saya suka buah dokong. Manis manis masam tapi tak kelat mmacam buah langsat.
    Hihi..kadang kalah juga dengan nasi kan. Hentam sajalah, janji perut tak lapar.

    BalasPadam
  2. Dokong memang kesukaran saya, dan tahniah rajin masak walau simple² je

    BalasPadam
  3. Tenggelam nasinya. Nampak brokoli je. Sedapnya dokong tu lama tak makan.

    BalasPadam
  4. Begitulah, kadang kita nak diet tapi ada rezeki Allah bagi kita nikmati saja. Dekat tempat Sy ada macam² buah tempatan dijual. Tunggu anak² balik hujung minggu ni nak borong rambutan, pulasan dan dokong. Durian pun nak pergi cari juga kalau masih ada

    BalasPadam
  5. Wahh...Bestnya dpt mkn lauk saje..Sy x kuat...hahaha

    BalasPadam
  6. Ya nikmati makanan yang ada.
    Me time saya petang ini dan esok serta hujung minggu ini. Insya Allah. Ya Allah berilah saya keikhlasan untuk khidmat ibubapa.

    BalasPadam
  7. bila saya nak mula ni.. hahaha...
    moga tahun depan berat turun sikit.. (berangan je)

    BalasPadam
  8. Haha biasa tu Nur, merancang nak kurangkan nasi tapi bila ada rezeki depan mata, nikmati saja dulu! Paling suka tengok nasi goreng sayur banyak tu, nampak segar dan tak rasa bersalah sangat bila makan 😄

    BalasPadam
  9. Samalah sini, masak kalau rasa nak makan, kalau rasa malas, beli jerr.. tapi lauk Tot semua sedap-sedap.. janji ada benda nak makan, alhamdulilah

    BalasPadam
  10. Hampir tiap minggu suami beli dokong, musim kan memang banyak sekarang

    BalasPadam
  11. Kalau duduk sorang dirumah mmg makan semua pun kelaut kadang2. Makan je apa yg ada asalkan tak lapar

    BalasPadam
  12. 🤤🤤🤤 nasi lemak sambal sotong 🤤🤤🤤 kalau boleh keluar pinggan dalam skrin Faa dah sua pinggan dah 🤭

    BalasPadam
  13. menu sayur lg byk dr nasi..mmg tk nmpk nasi gorengnya

    BalasPadam
  14. Hahahahahah tetep makan mie cup ya kak 🤣. Saya jadi termotivasi juga utk makan protein dan sayur, less Karbo kayak dulu. Itulah, terkadang dah plan tp sering tak sesuai kenyataannya 🤣

    BalasPadam
  15. Wah dah musim dokong ya. Bestnya. Sayur banyak le best.

    BalasPadam
  16. Gambar first tu kalau tak baca Ai ingatkan ayam bakar goreng dengan brokoli and mushroom.

    BalasPadam