Masa untuk entri memuatkan gambar makanan saja. Berikut adalah koleksi gambar makanan yang saya sempat ambil baru-baru ini. Campur-campur, ada yang saya masak di rumah, ada juga yang saya makan di luar. Jom tengok... π
 |
| 26 Jun 2026 |
Bersamaan dengan 10 Muharram. Hari Asyura. Tapi saya tak puasa. Adeh.. teruk betul, kan. Pada hari itu, saya masak nasi goreng.
Tapi saya boleh pula IF, makan pukul 11 pagi. Dasar hantu betul.
 |
| First meal of the day |
Saya ambil nasi goreng sikit, bersama sup petola suhun yang saya
masak hari sebelumnya dan saya panaskan. Tak cukup telur dalam sup, ada buat telur separuh masak, juga saya pecahkan dalam pinggan yang sama.
 |
| Makan malam hari yang sama |
Ini, makan luar, di Restoran Mek Kelate. Saya makan nasi berlauk daging kerutuk. Sedap juga. Daging lembut. Sambal lada je sedikit pedas. Berpeluh-peluh makan dalam kedai.
Lepas makan malam nasi berlauk, suami ajak cari durian.
 |
| Durian black thorn |
Akhirnya, lepas keinginan untuk makan durian. Kami makan dua tiga ulas di tempat jual durian itu. Lepas tu baki durian, minta dia letak dalam bekas dan bawa balik, makan di rumah. Campur-campur, beli durian black thorn dan musang king. Dekat sini, durian black thorn harga RM20 sekilo dan musang king pula RM15 sekilo. Alhamdulillah. Isi durian yang kuning, memang sedap betul.
 |
| 27 Jun 2026 |
Beli nasi goreng ikan rebus di
Pasar Pagi Bota Kanan. Ini beli dari orang yang masak dalam kuali besar tu. Nasi goreng saja ada dua jenis, satu seperti yang saya beli di atas, satu lagi warna merah sikit nasi gorengnya. Selain itu, ada juga mee, bihun dan kuetiau goreng kuali besar.
Nasi goreng ikan rebus yang saya beli, sedap rasanya. Ada diberi sambal belacan sekali. Kenyang sampai ke petang.
 |
| Ini apam Perak |
Beli di pasar Bota juga. Apam Perak atau juga dikenali sebagai apam Kuala Kangsar, mempunyai tekstur gebu, manis berlemak, dan dihidangkan bersama kelapa parut kukus.
 |
| Putu Perak |
Putu Perak ni, ada dua jenis. Yang saya beli di atas, dalamnya inti gula merah. Satu jenis lagi, inti kelapa manis. Cara masak, macam putu piring juga, iaitu dikukus. Satu ketul, harga 50 sen.
 |
| 28 Jun 2026 |
Saya masak bihun goreng. Masak sebungkus, dan habis. Sulaiman balik, lepas selesai orientasi. Mula-mula dia tak pasti nak balik atau tidak minggu itu. Tapi dia kata, roommates dia semua balik, dia pun balik ler. Juga, Hafizan pun balik. Saya bekalkan bihun goreng untuk anak-anak bawa balik makan di poli. Seronok sebab bila masak, semua habis, tak ada makanan disimpan bila anak-anak ada. Baru berbaloi mama masuk dapur.
Bila tinggal berdua dengan bapa budak, kita pun jadi malas masak. Itu yang keluar
one pot meal itu. Makan itu saja, tak masak nasi pun.
 |
| Sarapan pukul 10 pagi, 2 Julai |
Sarapan dengan suami di Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai. Saya ambil ikan keli masak berlada dan sayur acar.
Lepas makan sarapan, pergi mengopi pula, di tempat biasa.
 |
| Mengopi lepas sarapan |
Mana lagi, kalau tak 989 Kopi Lumut. Suami minum latte panas, saya americano panas. Dua-dua kopi tanpa gula. Ambil brownie sepotong dan scones. Sedap! Menikmati kopi panas sambil termenung. Kita tengok dia, dia tengok handphone. Tengok laut. Tengok pokok. Tengok playground yang tiada seorang pun. Ye la, pergi hari orang bekerja.
Okay. Sekian rangkuman gambar makanan yang saya sempat ambil minggu ini. Alhamdulillah, rezeki dariNya, dapat makan sedap-sedap. π
Salam hujung minggu untuk semua pembaca sekalian.
Jumpa lagi, ya. π
I love your photos. Boiled fish fried rice sounds delicious!
BalasPadamIt sure was. π
PadamThanks, Linda.
Sama kat Lipis black thorn rm20. Sedap BT ni Cie suka.
BalasPadamKan.. rasa sungguh creamy.
PadamMenggodanya rupa black thorn durian tu. First time KSarie tau kewujudan Apam Perak. Macam kena buat siasatan nanti ni. Kalau KSarie ke Lumut nanti in sya Allah memang hendak singgah Kopi Lumut 989 sebab sokmo Tot cerita pasal cafe yang satu ini. Langsung masuk bucketlist. Tengok post aneka makanan di waktu pagi di kala cubaan untuk mengganti puasa ini memang mendebarkanπ
BalasPadamHehe.. itulah, padahal ada je cafe lain, tapi yang itu juga yang selalu singgah. Bagusnya, KSarie puasa. Selamat mengganti puasa ya, KSarie.
PadamOh nom nom.. sy rasa ni macam satu nama game kan. Sy pun jadi oh nom nom bila nampak banyak makanan dalam ni, dari atas sampai bawah semua memikat selera.
BalasPadamHarga MK tu sama harga kat sini.
Pasal game tu, saya tak tahu. Cuma original om nom nom dari cookie monster (sesame street). π Hehe.. agaknya deme meeting harga MK tu standardize satu negara gitu yek.
PadamIngatkan tajuk tu menu Om Ali, rupamya nom nom nom hahahaha.. menu semua menyelekrakannn
BalasPadamSaya google apa itu Om Ali, oh.. hidangan dari Timur Tengah. Kalau Sis Lin tak sebut, saya pun tak tahu.
Padamkena cuba nie kopi 989 lumut ni...
BalasPadambila la free nak ke sana...
Mai la, jalan-jalan Lumut, bila Linda cuti, naa..
Padamnasi berlauk daging kerutuk sedap tu
BalasPadamHa ah, mama tisya, memang sedap. Portion besor, memang gendut bila makan kat kedai Mek Kelate tu.
PadamSy peminat setia putu perak tu sis =q
BalasPadamWah, sama lah kita. Panjang jumpa orang jual kan, mesti mau beli. π
PadamApa maksud tajuk entry ni Nur? Sy suka betul tengok bihun goreng tu, favourite sokmo.
BalasPadamOm nom nom tu, seperti kita sedang mengunyah atau menikmati makanan dengan penuh selera, PH. πAsalnya, dari watak Cookie Monster dalam rancangan kanak-kanak Sesame Street, bila makan biskut, dia suka buat bunyi nom nom bom.
PadamSamalah feveret kita PH, bihun goreng, always and forever. π
Apam Perak tu seingatnya tak pernah jumpa/makan.
BalasPadamPutu Perak pernah makan yang inti kelapa.
Jarang jumpa orang jual apam perak ni, Ujie. Sini dekat Bota dan Kuala Kangsar saja saya pernah jumpa.
PadamSeronok juga pergi pasar pagi, kat sini paling dekat kat Stadium Shah Alam tapi rasa jauh pula nak ke sana.
BalasPadamAkak pun baru belajar beli nasi goreng kuali kat pasar malam, sedap rupanya. Biasa beli sebungkus je boleh makan ramai-ramai sebab banyak.
Betul tu, kak. Memang sebukit nasi dia. Harga pun tak la mahal mana.
PadamSweet betul bab 'kita tengok dia, dia tengok handphone' tu, tapi yang penting dapat layan kopi tanpa gula dengan brownie sambil tengok laut. Healing habis!Sama macam blogger lain, SA pun first time dengar pasal Apam Perak/Apam Kuale ni..nampak menarik...
BalasPadamHehe.. itu ler, nyampah, kan.. huhu...
PadamHaha.. kot SA mai sini, bolehlah try beli.
sedap pulak nasi goreng ikan rebus tu
BalasPadamSedap, sedap! π
PadamHari Asyura tu pun saya lupa puasa...
BalasPadamHehe.. faktor usia, ya. Tak apa, Sueann sibuk menjaga orang tua.
PadamKita sahut yummy..
BalasPadamHehe.. π
PadamMurahnya durian BT itu yaaaa πππ. Datanglah suami tak dapat ikut saat saya Juni kemarin ke KL dan Johor. Berharapnya December, kami akan ke KL lagi, semoga msh ada durian π. Memang teringin makan dengan suami
BalasPadamWah... Fanny repeat datang Disember ya. Semoga masih ada duriannya. π
PadamSelamat menjamu selera, Nur. Murah betul durian sekarang eh. Rezeki utk semua dapat merasa. Mama balik dari sabah terus craving durian saje.
BalasPadamTerima kasih, Faa. Betul, time dulu harga mahal, kena fikir 10 kali untuk membeli.
PadamHehe.. harap Mama Faa sudah jumpa durian.
Sedap kan sesekali pekena kuih traditional. Kuih lama. Nom nom nom mata memandang tekak meragam nak. Hahaha
BalasPadamGambar makanan cukup menyelerakan
BalasPadamDurian black thorn, scones..... Sedapnya
BalasPadamHehe saya makan durian kampung sahaja.
BalasPadamKebanyakan nasi yang Nur makan banyak dari Kelantan.
Petang-petang ni tengok gambar makanan jadi lapar semula. Mulalah rasa nak makan itu ini. hihi...
BalasPadamBaru tahu ada putu perak juga ye.