Sabtu, 25 Julai 2026

Pergi Pasar Sehari Lambor Kanan

Hari Sabtu, hari ni. Kome pergi nyongket mana tu? Apa khabor? Saya tak ke mana. Suami kerja pula, siap over time sampai ke malam. Maka, di rumahlah saya, buat kerja apa patut. 

Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang pengalaman pertama kali saya pergi pasar pagi Lambor Kanan, Perak Tengah. Saya panggil pasar pagi, sebab pasar ini sampai pukul 10 pagi saja, setiap hari Khamis. Tapi, penduduk tempatan biasanya menggelar pasar mingguan begini sebagai Pasar Sehari atau Pekan Khamis. 

Kami pergi ke sana pada 16 Julai 2026 yang lepas. Biasalah, bila hari suami off kerja saja, memang suka nyongket ke mana-mana tempat yang ada pasar pagi. One stop centre gitu. Boleh beli makan, boleh beli barang dapur juga seperti bawang, telur ke apa, yang telah habis. 

Pasar Sehari Lambor Kanan ini bermula seawal jam 7 pagi hingga 10 atau 11 pagi. Lokasinya adalah di Batu 17, Kampung Lambor Kanan, Perak Tengah. 

Suasana di Pasar Sehari Lambor Kanan
Suasana di Pasar Sehari Lambor Kanan.

Keunikan pasar ini

Pasar luar bandar ini mempunyai suasana kampung yang sangat tenang. Antara barangan popular yang sering dicari oleh pengunjung termasuklah:

🌸 Hasil sungai dan kampung: Ikan sungai segar, rebung, jering muda, dan cendawan sisir.

🌸 Makanan tradisional: Kuih apam nasi (apam beras) Tok Yang serta jeruk maman.

Macam-macam ada, kome. Saya terbeli cendawan tiram. Geram tengok, besar-besar. Saya rasa yang jual itu, adalah pengusaha cendawan sendiri. Selain cendawan tiram, peniaga yang sama ada juga jual cendawan sisir. Cendawan yang halus itu. Arwah Mak saya dulu, bila beli cendawan sisir tu, selalu buat masak lemak. Peh... sedap, wei! 

Hasil membeli-belah di pasar sehari
Hasil membeli-belah di pasar sehari

Itu tangan saya. Kome belum tengok lagi, tangan suami saya, jinjing beg plastik berapa banyak. 😁 Plastik merah paling besar itu, ada kerepek pisang tanduk. Hehe..

Saya dan suami suka pergi ke pasar minggu atau pasar pagi begini. Ini satu cara kami menyumbang kepada produk ekonomi tempatan dan membantu usahawan kecil di kampung-kampung. Kadang kita tengok tak ada siapa beli apam balik orang itu. Kami pun pergilah beli apam balik besar sekeping. Lepas kita beli, ada je orang ikut beli apam balik peniaga yang sama. Kome selalu jadi macam itu tak? Kita bawa orang, orang kata. 

Parkir kereta di tepi jalan saja
Parkir di tepi jalan saja

Pasar sehari Lambor Kanan ini, lokasinya di hadapan sekolah menengah. Ramai pengunjung parkir kereta di tepi jalan saja.

Pokok-pokok pun ada dijual. Anak pokok durian ada, macam-macam lah. Saya menahan diri dari membeli pokok. Pokok di rumah itu pun sudah banyak, tak larat nak jaga semua. 

Kami beli makanan. Keropok lekor yang keping-keping dan rangup itu, kami habiskan dalam kereta, makan dalam perjalanan balik ke Manjung. 

Kuetiau goreng, beli di Pasar Sehari Lambor Kanan, Perak Tengah
Sarapan saya, beli di pasar sehari.

Masa lalu di pasar sehari itu, ada peniaga goreng kuetiau di situ. Bukan yang kuali besar. Dia buat bila orang pesan, goreng sikit-sikit mengikut pesanan orang. Bau sedap, iaitu bau hangit masakan dimasak menggunakan kuali wok dengan api yang besar. Itu yang kami menyinggah beli, kuetiau goreng. Letak sekali jeruk cili. Alhamdulillah. Sedap. 😋

Nasi lemak daun pisang, beli di Pasar Sehari Lambor Kanan, Perak Tengah
Sarapan suami, nasi lemak daun pisang.

Telur rebus potongan kecil. Di rumah saya memang ada rebus telur, tambah telur rebus sendiri dalam nasi lemak dibeli. Nasi lemak dan sambal cukup rasa, Alhamdulillah. 

Okaylah. Sekian cerita membeli-belah di Pasar Sehari Lambor Kanan, Perak Tengah. 

Selamat beristirehat di hujung minggu kepada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, ya. 💗

23 ulasan:

  1. Kalau ke pasar pagi memang tak cukup tangan kanan kiri. Saya aritu siap bawa beg Ikea biru senang semua sumbat situ, suami la yang sakit bahu bawak beg 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. paham². Senang letak semua dalam shopping bag. 👍

      Padam
  2. Jauh sikit Cie berjalan hari ni sampai ke Gua Musang. Sedap pulak nengok kuetiau dengan cili jeruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tudiaa.. pi kelate, jauh tu...
      Sedap, Cie. Alhamdulillah.

      Padam
  3. Hari ini saya ke ladang. Ada kokurikulum.
    Bestnya dapat ke pasar sehari. Serojoj denfar ada ikan sungai, sayur kampung dan kuih tradisional.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari Sabtu pun ke ladang ye, kak. Alhamdulillah, kak Amie. Macam² ada.

      Padam
  4. Kita org pompuan ni bahaya gi pasar pagi.Saknika benda nk dibeli =D

    BalasPadam
  5. secara tak langsung membantu ekonomi orang kampung jugak kan. kalau datang pasar camni memang seronok beli bahan fresh2!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mazni. Makan angin, tengok barang, tengok orang, tengok suasana kampung.

      Padam
  6. Sy pun suka ke pasar pagi Nur, lagi² kalau di pekan² kecil.. seronok dapat beli hasil tani yang segar dan jarang jumpa.

    BalasPadam
  7. Pasar sehari kat tempat wak ni pada pagi jumaat.

    BalasPadam
  8. Udah lama Idak ke paso pagi...kalau pergi tu, kena sedia duit..sebab rasa mcm nak beli je semua..segar²

    BalasPadam
  9. Faa rindu nak pi pasar2 macam ni kat Malaysia. Dengar bunyi generator. Macam2 makanan, teringat selalu beli ayam goreng. Pastu beli cd 🤭

    BalasPadam
  10. Seronok kalau pergi pasar pagi macam ni. Semua nak beli. Sayur segar makanan sedap Dan murah.
    Cendawan sisir ni dulu kalau ada kebun getah baru tebang lepas tu hujan banyak melata cendawan sisir ni.
    Bila kutip buat masak lemak buat bergedil campur cendawan sisir. Seronok sangat.





    BalasPadam
  11. Kalau ke pasar pagi memang rambang mata sebab banyak barang jualan yang fresh dan rare. KSarie sama macam Tot. Selalu bila masuk kedai takde orang atau singgah gerai yang kosong eh tetiba lepas tuh ada je orang lain yang masuk. Kata F 'ma...kita ni pembawa rezeki ke😅'

    BalasPadam
  12. Best laa pasar pagi kat kampung...mesti tenang je. tempat kami kami pagi Jumaat kat pekan. Sesak. Lalu je nak pi keje, tak pernah singgah pun.

    BalasPadam
  13. Saya nyongket jauh sikit. hihi..pergi pasar ni satu terapi. Geram tengok bahan-bahan masak yang segar. Seronok juga shopping dalam suasana yang tenang-tenang je.
    mi kuetiau ni kalau goreng fresh baru sedap. Dah masak dalam kuali besar sekali tu macam kurang sikit pada saya. Cili jeruk kena ada baru best makan.

    BalasPadam
  14. Cendawan sisir! Betul sedap buat masak lemak. Itulah saya lama tidak pergi pasar pagi.
    Kalau orang hendak cari sayur kampung boleh cari sini.

    BalasPadam
  15. Setuju sangat bab 'kita bawa orang' tu Nur!Kadang nampak gerai sunyi kita saja nak beli, alih-alih lepas tu berderet orang beratur belakang. Memang seronok niat nak bantu peniaga kecil dekat kampung, rezeki mereka dan rezeki kita juga dapat barang segar

    BalasPadam
  16. Lama betul tak ke Pasar Sehari ni, kalau pergi memang macam2 angkut balik

    BalasPadam
  17. Kalau ke pasar begini yg saya cari pasti makanan 😄😄😍. Tp kalau lihat ada Macam2 jamur (cendawan) saya pasti beli juga. Memang sukaaa sangat jamur. Apapun jenis nya. Chili jeruk nih memang cocok dimakan dengan aneka noodle kan 😍😍

    BalasPadam