Cerita pada 30 Jun 2026 yang lepas. Saya dan suami ke Taiping lagi. Sebelum ini, kami ada pergi Taiping juga, tapi pergi untuk makan nasi kandar semata-mata, lepas tu balik. Hehe.. Sebenarnya, nak berjalan-jalan pagi. Mula-mula ingat nak ke Taman UTP di Tronoh, tapi rasanya by the time sampai sana, mesti sudah panas cuaca. Nak kata dekat, tak berapa dekat. Tapi berlainan daerah dengan tempat tinggal saya.
Jadi, lokasi mana yang kalau kita sampai agak lewat pun, tapi tak panas? Taiping la, yang terlintas di fikiran, sebab sana banyak pokok besar. Ajom!
Hari Selasa. Suami saya off kerja. Ramai juga orang beriadah di Taman Tasik Taiping. Cuaca baik. Tidaklah panas sangat, masa kami baru sampai.
Walaupun ramai orang beriadah, tapi ada ruang parking yang banyak untuk orang ramai.
![]() |
| Yay, sampai juga kami ke Taman Tasik Taiping. |
![]() |
| Saya suka pokok besar 😍 |
Raintree Walk
Raintree Walk ialah satu laluan pejalan kaki sepanjang 650 meter yang terletak di pesisiran Taman Tasik Taiping, Perak. Laluan ikonik di Jalan Pekeliling ini terkenal dengan keindahan barisan pokok hujan (rain trees) berusia lebih 100 tahun yang dahan-dahannya melentur unik ke arah permukaan tasik.
Dekat sini, orang ramai boleh berjogging dan berjalan santai. Laluan ini mesra pejalan kaki dan bebas daripada kenderaan bermotor, menjadikannya sangat selamat untuk aktiviti kecergasan.
Selain itu, kita boleh juga sewa basikal biasa atau basikal keluarga untuk mengelilingi kawasan tasik.
Saya suka sebab pihak berkuasa di sini ada ambil langkah inisiatif menyokong pokok besar ini, dengan letak batang besi penyokong di bawah pokok.
Ini berbeza dengan di kawasan saya tinggal, pihak berkuasa tempatan (PBT) menebang habis semua pokok di tepi-tepi jalan. Kawasan yang selama ini redup dan ada pokok besar, sekarang sudah panas. Sudahlah kawasan tempat tinggal saya berdekatan dengan laut. Lagilah panas dan bahang terasa sebab pokok besar semua sudah ditebang.
Tapi pandang dari sudut positif, mungkin pihak PBT mahu elak kejadian pokok tumbang atau dahan pokok jatuh dan kena orang ramai, mungkin. Wallahualam...
![]() |
| Ambil gambar sini pula |
Cantik pemandangan di sini. Saya suka.
![]() |
| Cantik dan tenang 🥰 |
Pantulan pokok dalam air tasik. Boleh piknik dan santai, sebab ada kawasan rumput hijau dan bangku taman untuk berehat menikmati udara segar.
Semasa berjalan, ada kalanya boleh dengar bunyi harimau mengaum sebab taman ini terletak bersebelahan dengan Zoo Taiping dan Night Safari.
![]() |
| Burung bangau |
Saya lalu dekat sangat dengan burung bangau ini. Sebelah saja. Saya tunggu melepasi burung ini jauh sikit, baru saya berani ambil gambar burung. Takut kita ambil gambar dekat dia, dia patuk kang.. eh, burung ini patuk orang ke? Hehe..
![]() |
| Jumpa bunga cantik |
Bunga ini dari Pokok Peluru Meriam atau Pokok Buah Kanon (Cannonball Tree). Bunganya punya bau wangi. Pokok ini dinamakan sempena buahnya yang besar, bulat dan keras seperti peluru meriam yang boleh mencecah berat sehingga 11 kg. Pokok ini sering ditanam sebagai pokok hiasan di taman-taman awam seperti Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Cyberjaya dan Taman Botani Pulau Pinang. Info dari Google Lens.
![]() |
| Itu buahnya, bulat macam peluru meriam. |
Hehe.. seronok dapat tengok pokok yang jarang dijumpai di tempat saya.
Sambil jalan santai, saya berhenti ambil gambar pemandangan yang menarik untuk kenangan dikongsikan di blog.
![]() |
| Pantulan pada tasik yang tenang. |
Baru nak ikut laluan berumput, tapi kami terpaksa patah balik, sebab ada laluan pejalan kaki dinaiki air. Jadi, kami kembali semula ke kawasan pokok hujan.
![]() |
| Laju betul pakcik tu jalan |
Saya pula ambil masa, tengok pemandangan bukit berdekatan, iaitu Bukit Larut. Bilalah nak naik Bukit Larut ni. Kome pernah naik Bukit Larut tak? Saya pernah terbaca, di puncak Bukit Larut, ada taman bunga yang cantik dan banglo kolonial lama. Nantilah, satu hari.
![]() |
| Melencong ke Taman Botani Perak |
Dekat tempat saya berdiri di atas, ada orang buang roti sudah expired, saya rasa untuk bagi kera makan. Tidak lama lepas saya ambil gambar di atas, ada pekerja Taman Botani yang menyapu kesemua roti.
Sebenarnya, kita tidak boleh biasakan beri makan pada haiwan liar ini. Tapi orang memang cukup suka campak makanan untuk haiwan-haiwan.
Kami masuk pintu yang salah untuk ke Taman Botani.
![]() |
| Laluan menghala ke pencawang TNB |
Patutlah laluan seperti tidak terjaga, penuh daun-daun. Rupanya, tak ada apa pun di atas, cuma ada pencawang. Kami turun semula dan baru jumpa pintu masuk yang betul ke Taman Botani. Ada pok guard. Kena beli tiket masuk. Oh, ada bayaran. Sebab ada bayaran, kami tak jadilah masuk. Lain kali, ye. Kali ini, kami jalan di tempat percuma saja. Hehe.. kami berjalan semula memasuki laluan taman tasik.
![]() |
| Pokok Beringin |
Ini adalah Pokok Beringin atau Banyan tree. Pokok ini boleh hidup beratus-ratus tahun juga. Info dari Google Lens. Nak tahu apa saya fikir waktu melintas depan pokok ini?
Saya panggil pokok ini, pokok hantu. Sebab pokok inilah yang ada pada muka depan buku Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Nanti kejap, saya cari dalam almari buku kat rumah ni sekejap.
Mana ke dianya... alamak.. sat, sat... haaa.... jumpa...
![]() |
| Haa... buku klasik ni. Cetakan tahun 1984 |
Kan, sama tu, pokoknya macam pokok beringin tu, kan. Huhu... orang tua dulu-dulu cakap, jangan main kat pokok ni. Nanti kena sembunyi dengan hantu ko**k. 🙈
Eh, apedaaa.... dah lari topik ni. Kembali kepada cerita berjalan di Taman Tasik Taiping.
![]() |
| Berjalan selama 1 jam 37 minit. |
Dapat jarak 5.26 kilometer. Lawa daun berguguran atas jalan berhampiran Taman Botani Perak. Bentuk heart. Itu yang saya ambil gambar.
![]() |
| Peta aktiviti berjalan kami |
Alhamdulillah. Seronok dapat berjalan tengok pokok-pokok besar dan pemandangan yang cantik. Kalau anda belum pernah sampai sini, silalah datang, rasai sendiri. Tiada bayaran masuk dikenakan. (Bukan macam Teluk Batik tu, nak masuk pun kena bayar 😝).
Tandas awam ada, laluan berbasikal, kawasan permainan kanak-kanak, tempat letak kereta percuma. Bagus ada tempat riadah macam ni.
Baiklah. Sekian cerita kami jalan pagi di Taman Tasik Taiping.
Jumpa lagi, ya. 💗















Cantiknya view. Lama sangat tak ke tepeng. Makcik husband duk sana. Kalau ada kelapangan selalu kami ziarah dia di sana.
BalasPadamCuti sekolah bolehlah jalan² Tepeng, Cie, sambil² ziarah makcik husband.
PadamMenariknya pokok2 yang menaungi laluan pejalan kaki tu
BalasPadamKan, Wak. Cantik kejadian Tuhan.
PadamSy pernah piknik di Taman Tasik Taiping ni Nur. Suka tempat ni sbb sejuk dan redup dgn adanya pokok² besar tu.
BalasPadamSy pun takut dgn pokok bringing, macam² la terbayang 😉
Oh ye ke.. 😊 betul².
PadamKan.. dari kecik lagi orang cakap tu pokok hantu.
oo baru tau pokok beringin tu banyan tree.
BalasPadamkalau tengok pun memang seram.
Buku Bercakap Dengan Jin tu rasa pernah baca dulu-dulu.
Hehe.. buku femes orang zaman dulu, yang rajin baca variasari.
PadamSini la yang SA nak pergi tapi x dapat2 explore lagi...Cantiknya pemandangan Taman Tasik Taiping ni, memang tak pernah jemu tengok pokok-pokok besar yang redup tu. Tenang betul rasa dapat jalan-jalan pagi pusing tasik. Terima kasih kongsi gambar-gambar yang mendamaikan ni Nur...bila la SA nak sampai sini....Ipoh dah sampai...
BalasPadamSama², SA. Dekat je dari Ipoh nak ke Taiping SA, kalau ikut highway.
PadamNice view & buku brckp dgn jin tu Hata cerita buku tu scary =D
BalasPadamCantiknya gambar pantulan pada tasik tu, bersinar airnya. Taiping ni antara tempat yg selalu hujan, kan.
BalasPadamMacam sama laa.. background cover Bercakap dengan Jin tu, memang rakam kat situ kot, hihi.
Tot tak singgah makan mi udang?
TTT memanggg seronok dan tenang kalu dpt jln2❤️
BalasPadamTempat feberet bila blk kg mesti singgah
Tmpt yg penuhh kenangan manis dari kecik hingga sekarang
Dulu dekat area pokok yang bertongkat tu, boleh lalu naik kereta...tapi, pokok makin menua dan memberat..jadi, dia tutup la untuk laluan kereta..sebab tu kena lalu bawah..lama dah tak pergi taman tasik..
BalasPadamlake garden lejen nih...dah lama x kesini....seronok, sambil exercise, menghayati keindahan alam semulajadi...ada bangau, ada kera...beraninya depa bagi roti kat kera...
BalasPadamsaya bersyukur sangat mak orang taiping. so kami tiap2 tahun mesti akan kesana, sebab makcik ada kat situ hehe. 3 tahun lepas photoshoot raya kat sini :D
BalasPadamTasik Taiping ini dah seriiing saya lihat, dan memang cantiiiik sangat ya kak, apalagi ada banyak pohon2 besar yg merunduk itu. Iconik sangat. Bagus juga kalau pohon2 di sana ditopang besi supaya tidak roboh ya kak.
BalasPadamTd pas dengar ada suara harimau seram pula. Ternyata dari Taiping zoo yaa 😄😄
Pohon beringin ini memang terkenal dengan pohon angker 🤭🤭. Kayaknya tiap ada cerita hantu, pasti pohon beringin yg dianggab tempat tinggal hantunya
Seingat Faa macam penah datang tasik ni. Cuma Faa ingat, penah staycation ada hotel area tasik. Ke tempat lain. Tapi memang nyaman tempat dia. Faa suka datang taiping masa tu.
BalasPadamTaman Tasik Taiping ini memanglah awesome teruk untuk macam-macam tujuan riadah kan? Suka tengok pokok-pokok besar yang merendang, pokok-pokok lain yang menghijau, tasik, dsb. Memang boleh ralit kalau lepak lama di sini. KSarie pernah naik Bukit Larut tahun 2021 tapi masa tuh ada tanah runtuh jadinya dapat naik separuh aje. Wahhhh bestnya ada koleksi buku Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis. Buku hantu yang paling best bagi KSarie walaupun masa membacanya di zaman remaja buat rasa takut hendak ke bilik air😅
BalasPadamWah buku ber cakap dgn jin legend tu. Dulu selalu baca dalam mastika. Takut tapi nak baca juga. Pernah lepak kat Taman tasik taping ni masa pi sana jenguk wani anak kak nong. Pi padang besar naik ets singgah taping 2 malam baru balik kl
BalasPadamWah buku ber cakap dgn jin legend tu. Dulu selalu baca dalam mastika. Takut tapi nak baca juga. Pernah lepak kat Taman tasik taping ni masa pi sana jenguk wani anak kak nong. Pi padang besar naik ets singgah taping 2 malam baru balik kl
BalasPadamRindu nak brisk walk kat sini. Balik raya tak sempat.
BalasPadamBesar buahnya.
BalasPadamNurpun baca Siri Bercakap Dengan Jin. Hehe saya punya ada tapi tiada yang gambar depan yang macam Nur tunjuk. Cetakan yang ke entah berapa kali saya belu. Sayanglah siri itu tergantung.
Seronok tengok orang beriadah di Taman Tasik Taiping ni. Tapi kami datang haritu bergambar je lah tak sempat nak buat aktiviti lain. Sesekali tu kita kena tukar suasana juga kan kak.
BalasPadamBetul tu, saya pun setuju mereka ada inisiatif untuk preserve tempat ni. Sempat explore sikit je haritu. Tak sampailah tempat Kak Nur pergi sampai pokok beringin tu. Seram tengok pokok besar dengan batang ke akar berjuntai tu kan.