Jumaat, 24 Julai 2026

Sarapan di PAKAR dan teh Zus

Kembali ke rutin seperti biasa. Cerita pada pagi hari Selasa, 14 Julai 2026 yang lepas. 

Pada hari itu, saya ada urusan di pejabat penghulu. Perlu pengesahan yang saya ini suri rumah yang tiada pendapatan untuk satu borang online yang saya isi. Permohonan bantuan Majlis Agama Islam negeri, untuk budak Sulaiman. Masa abang-abang dia masuk belajar dulu pun, saya ada mohon juga. 

Selesai urusan di pejabat penghulu, kami pergi klinik pula, ambil ubat susulan suami. Tak lama pun. 

Kemudian, kami pergi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung atau ringkasannya, PAKAR.

Lempeng dua keping, cicah kuah sardin
Beli lempeng dua keping.

Cicah kuah sardin. Harga RM4. Sambal sardin pedas sikit. Eh, bukan sikit. Banyak juga pedasnya. Berpeluh makan.

Set telur separuh masak bersama sosej dan kacang panggang
Set telur separuh masak bersama sosej dan kacang panggang.

Biasanya, ambil yang ada roti bakar. Tapi hari itu, ambil set tanpa roti. Harga RM7.

Nasi goreng separuh, bihun goreng separuh, lauk paru dan sambal
Ini pinggan suami saya.

Suami ambil nasi goreng separuh, bihun goreng separuh, lauk paru atau lempung, dan sambal. Harga RM7.

Kami kongsi makan semua menu, supaya dapat rasa serba sedikit. Alhamdulillah, semua sedap. πŸ˜‹

Selepas sarapan, kami pergi Aeon Mall pula. Cari barang sikit.

Pertama kali beli teh dari Zus. Ada peraduan Zus Tea Fresh Brew Giveaway. Beli Da Hong Pao Milk Tea, dapat sekeping kad gores dan sticker Spill the Tea. Rasa teh dia boleh tahan juga. Mild saja, tidak pekat. Ambil yang tanpa gula.

Sticker dan kad giveaway dari Zus
Sticker dan kad giveaway dari Zus

Menang apa? Menang voucher 10% diskaun. Hehe... boleh redeem dalam aplikasi Zus. 

Entri ringkas. Saya kehilangan mood untuk update blog. Heee... sabor je la.

Baik, jumpa lagi, ya. πŸ’—

33 ulasan:

  1. Lempeng kelapa ke tu? Nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, betul, lempeng kelapa. Sedap, Alhamdulillah. πŸ˜‹

      Padam
  2. lain mcm telur masak separuh part putih telur tu

    BalasPadam
  3. Tak cuba lagi yang ni hari tu takut tak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay la, Cie. Yang biasa minum teh, suka kot.

      Padam
  4. Baru nak baca dah habis ceritanya. Apa pun menarik menu sarapannya dan yang bestnya main share2 makanan tu. Sweet ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, itu biasa. Lepas makan separuh, saling bertukar pinggan, supaya sama-sama dapat merasa. 😁

      Padam
  5. Interesting food! Thank you for sharing these photos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome, Linda. Thank you for reading.

      Padam
  6. romantiknya bila selalu makan sarapan dgn pasangan di kedai. sy n isteri cuma beli bungkus n makan di rumah je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa Abe Kie, makan di mana pun, asalkan bersama pasangan kita. 😊

      Padam
  7. Sedap pula nampak lempeng kelapa tu

    BalasPadam
  8. Telur ½ masak tu nampak menggoda pula.

    BalasPadam
  9. Saya pernah beli nasi lemak, sambalnya pedas sangat tak enjoy makan huhu. Kadang peniaga tak campur cili pedas + cili gemuk, mungkin nak cut cost.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atau mungkin dia salah beli cili kering kot.

      Padam
  10. Kalau saya suka pedas lagi laju habis makan.
    Nur duta Zus. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. kuat pedas ya, NA.
      Eh.. hehe.. 😁

      Padam
  11. Memang kena share makanan supaya boleh merasa, siap mkn separuh lepas tu tukar pinggan πŸ˜€

    Yelah, biasa beli kopi je di ZUS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Haruslah tukar pinggan. 😁
      Kann... jarang-jarang la, nak cuba teh ni. Ini pun beli sebab ada giveaway card tu. Hehe..

      Padam
  12. minum zus tu tanpa gula tak pahit ye? saya pernah cuba da hong pao dgn peach tea, tpi yg peraduan gores ni saya tk try lagi. kotla ada rezeki menang rumah hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah biasa minum tanpa gula, Mazni. Kopi sepatutnya pahit. Lagi pahit, lagi syok. Hehe... sudah tamat semalam, 26 July, untuk kad gores tu. Tapi menu teh itu masih available, rasanya, cuma kad giveaway tamat. Nanti 5 Ogos, dia umum pemenang hadiah utama. Rezeki la, siapa menang rumah tu. 😊

      Padam
  13. Selalu tergoda dengan apa juga peraduan. Dulu rajin juga kumpul barang untuk menang. Yang gores ni seronoknya kalau gores dapat hadiah utama. Rezeki betul tu. Tapi susah nak dapat entah mana dia sorokkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Memang rezeki la, siapa dapat hadiah utama tu. Seorang pemenang kereta Zus dah ter-umum hari tu. Yang lain-lain nanti dia umumkan 5 Ogos. Memang rezeki la. Ada cawangan Zus, sampai habis la kad gores tu, sampai orang marah, beli teh tapi tak dapat kad gores.

      Padam
  14. Meriah makanan suami Nur 🀭 Selamat menjamu selera kome.

    BalasPadam
  15. Wahhhhh lempeng. Antara favourite KSarie. Asal makanan sokmo favourite den yeπŸ˜…Harga RM7 untuk pinggan huband Tot tu murah sungguh rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. ha ah, dekat PAKAR ni, makanan rata-rata murah lagi. Itu yang selalu penuh orang makan sini.

      Padam
  16. Eh kenapa semua menu ni menggoda sangat ni. Pagi-pagi dapat makan macam ni seronok tekak. Saya pun suka berkongsi menu, makan separuh-separuh gitu.
    Okaylah dapat juga voucher 10% diskaun.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah settle satu-satu urusan kat pejabat penghulu dgn klinik hari tu. Bab mood blog lemau tu biasa sangat Nur, fasa naik turun penulis blog... berehat dulu slow-slow, nanti ada idea terus update balik ya

    BalasPadam
  18. Lama2 nak buat juga lempeng ini πŸ˜…πŸ˜„. Tak pernah rezeki ketemu penjual lempeng di KL. Adapun ketemu, habiiis pula.

    Tp nasi goreng separuh punya suami Kaka menggoda sangaaat tuh . Pakai paru pula.

    BalasPadam