Ahad, 26 Julai 2026

Sarapan Roti Canai Pak Tam dan ikan sumpit

 Assalamualaikum, semua...

Semoga hari Ahad ini anda semua berbahagia dan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Entri kali ini, saya nak cerita tentang sarapan di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan pada hari Isnin, 20 Julai 2026 yang lepas. Agak lama juga tidak pergi sarapan sini. Rindu dengan roti canai yang lembut dan pemandangan cantik di muara sungai waktu pagi. Ater.. jom kita.

Eh, saya pernah cerita tentang kedai Roti Canai Pak Tam ini banyak kali, tapi semuanya entri tahun lepas. Kalau nak baca, sila, sila... 👉

Sarapan dan Jalan Tepi Sungai

Sarapan Semalam

Sarapan di Roti Canai Pak Tam

Waktu kami sampai depan kedai, jam masih awal pagi. Dalam pukul 7 lebih. Melangkah masuk saja ke kedai, boleh nampak berbakul-bakul nasi lemak yang dihantar dan dijual di kedai.

Bakul berisi nasi lemak daun pisang pelbagai jenis yang dijual di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan
Bakul-bakul nasi lemak pelbagai jenis.

Nanti akan semakin bertambah sampai penuh meja dengan bakul nasi lemak dan kuih-muih yang orang hantar. Nasi lemak daun pisang pelbagai jenis, dari nasi lemak ikan bilis, sambal ikan, sambal udang, dan sambal sotong. Pilihlah mana satu yang teringin nak makan.

Saya dan suami ambil nasi lemak sebungkus seorang dan cari tempat duduk. Oleh sebab awal sampai, ada tempat duduk tepi. Cantik...

Kuih-muih yang ada di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Kuih-muih yang ada

Bekas kuih-muih itu pun akan bertambah juga nanti. Masa kami baru sampai, popia sira kegemaran suami belum dihantar. Kuih wajib diambil kalau makan di sini. 

Nasi lemak daun pisang di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan
Nasi lemak daun pisang

Kecil saja saiz nasi lemak sini. Jadi, kami pesan juga roti canai seorang sekeping. Sambal nasi lemak sedap. Saya ambil nasi lemak bilis.

Roti canai dan kuah kari di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Roti canai dan kuah kari

Lembut saja, roti canainya. Kuah kari pun sedap.

Roti canai kuah banjir di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Suami pesan roti canai kuah banjir.

Sedap pula tengok waktu taip entri ini. Bila roti canai meresap kuah kari itu, lagi syokkk makan. 😋 Lain kali nak pesan kuah banjir la.

Ikan-ikan banyak dalam sungai, tunggu kita bagi makan
Banyak ikan dalam sungai

Di muara sungai ini, kadang kami pergi, air surut. Kadang pergi, air pasang. Saya pun kurang faham akan kejadian air pasang surut ini. 

Pernah terjadi, tau, dulu, waktu sedang makan, tiba-tiba saya rasa air, kena pada saya. Tengok langit, tak hujan pun. Cawan air minum bocor ke? Tak juga. Rupa-rupanya, ikan dalam sungai tu, pancut air pada kita. Serius, tak tipu. Macam ikan tu cakap kat kita la,"Hello... ingat kita orang kat bawah ni. Baling la sikit roti canai dan nasi lemak itu". Sebab kita fokus pada hidangan kita, tak tengok bawah pada ikan.

Lepas kita ambil dua tiga ketul nasi lemak dan baling dalam air, berebut-rebut ikan makan, seperti dalam gambar di atas. Gitu... terpulanglah pada kome, nak percaya ke tidak. Tapi kejadian berlaku sekali saja dulu. Waktu kami pergi baru ini, tak ada dah kena pancut air dari bawah. Sebab awal-awal lagi kami sudah baling sikit-sikit makanan pada ikan. Cuba kalau kita buat dekkk je. Mungkin jadi lagi kot, macam dulu. 😁 Itu pasal suka dapat tempat duduk bahagian tepi. Kalau tempat duduk tengah, tak dapatlah tengok ikan.

Ikan-ikan dalam sungai, berenang di permukaan
Boleh nampak tak, ikan-ikan dalam sungai?

Saya buat carian, ikan apa yang boleh sumpit air dengan tinggi jauh keluar dari air? 

Jawapan Gemini:
Ikan yang boleh meludah atau memanah air dengan kuat dan tinggi keluar dari air untuk menjatuhkan mangsa ialah ikan sumpit atau dikenali sebagai archerfish.

Ciri-ciri Ikan Sumpit
🐟 Menembak air: Mampu memancutkan air dari mulutnya sejauh 1 hingga 3 meter (malah ada yang mencecah sehingga 5 meter) untuk menjatuhkan serangga di atas dahan.
🐟 Ketepatan tinggi: Sangat tepat menyasarkan mangsa di atas pokok manakala mangsa yang jatuh akan segera disambar dan dimakan.
🐟 Habitat: Banyak ditemui di kawasan air tawar dan payau seperti di muara sungai serta kawasan hutan bakau di rantau Asia Tenggara.

Ini gambar ikan sumpit. Kredit Wikipedia.

Haha.. udah dapat jawapannya. Hebatkan kejadian Tuhan. Ikan dalam air, boleh nampak jelas benda atas darat, siap boleh aim dengan tepat, okay. Boleh nampak juga ikan sumpit ini dalam gambar ikan yang saya upload di atas. Saya pun baru tahu ni.

Selain ikan sumpit, macam-macam ikan ada dalam sungai, yang besar, yang panjang dan kurus, yang ada tompok-tompok pada badan, yang kecil, semua berenang di permukaan sungai, menunggu saja kita baling makanan.
Nasib baik jarak antara kita dengan permukaan sungai itu jauh. Kalau tak, nak je ambil guna alat tangguk ikan itu.

Keindahan pagi di Kampung Sitiawan, Perak
Keindahan pagi di Kampung Sitiawan

Sambil menikmati sarapan, boleh tengok bot nelayan yang pulang atau baru nak pergi menangkap ikan. Sini juga banyak bot-bot nelayan berlabuh di jeti. Kampung Sitiawan juga ada banyak kedai menjual umpan untuk pemancing dan juga menyediakan khidmat sewa bot kepada pemancing.

Kedai Roti Canai Pak Tam ini juga separuh di atas tanah, separuh lagi di atas air. Walaupun kukuh kerana adanya tiang-tiang penyokong di bawah kedai, tapi kalau ada orang berat lalu tepi kita, bergegar juga meja makan kita. Hehe..

Lepas habis makan roti canai dan nasi lemak, saya perasan ada adik baru letak bekas kuih besar atas meja sana nun. Haaa... popia sira baru sampai.

Popia sira di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak.
Baru buat ni. Kuih kegemaran kami.

Rangup makan popia sira. Satu ketul harga 60 sen. Ambil 5 ketul. 

Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak.

Saya ambil gambar waktu kami sudah nak balik. Orang mulai ramai di kedai roti canai. Port sarapan yang sangat menenangkan. Boleh healing tengok aktiviti nelayan. Tempat ini hujung minggu, penuh orang. Kedai Pak Tam ini tutup setiap hari Jumaat.

Baiklah. Sekian laporan.

Jumpa lagi, ya. 💗

23 ulasan:

  1. Seronok baca coretan Nur. Sambil makan sambil mengenang cerita lalu dan menambah ilmu. Saya ingat ada sejenis kerang di Pantai Remis yang suka pancutkan air. Penjual kata itu tandanya dia masih hidup. Tak silap nama kerangan tu Puteri Dua Sebilik, kata peniaga itulah.

    BalasPadam
  2. Cara² ikan nak minta makan sikit..kalau kucing boleh la nak gesel² kaki..hihihi

    BalasPadam
  3. Pandai eh ikan minta makan 🤭 rezeki ikan dapat roti canai, kalau popia sira tu takut ikan kepedasan pula 😁

    BalasPadam
  4. Btw, Nur tukar template blog eh ? Nampak kemas dan teratur 👍👍

    BalasPadam
  5. Ikan sumpit salah sumpit mangsa.
    Manakan jatuh kena sumpit.

    BalasPadam
  6. Bahagianya dapat nasi lemak daun pisang tu. Terasa aroma daun pisang.

    BalasPadam
  7. Pemandangan pagi yg indah sambil mengisi perut, good choice!

    BalasPadam
  8. Uncle selalu jumpa popiah sira ni dalam bulan puasa je...

    BalasPadam
  9. Canai kuah banjir dengan canai yang puan pesan tu sama ja kah, puan?

    BalasPadam
  10. Agaknya orang nama Pak Tam mmg pandai buat rotj canai kot. Dekat tempat Sy pun roti canai femes ni roti canai Pak Tam hehe...

    Lawa kedai ni, tepi laut. Seronok tengok bot² tu.

    Baru tau pasal ikan sumpit ni.

    BalasPadam
  11. Comel lah pancut air mintak roti canai. Haha

    BalasPadam
  12. I enjoyed all your photos. Fish are smart!

    BalasPadam
  13. Tak pernah dengar ikan sumpit nak makan. Makan kedai macam ni seronok sebab makanan murah Dan sedap. Akak suka roti canai banjir. Selalu kalau beli minta kuah lebih lepas tu tuang dalam roti canai yg dah Di carik kecil. Rasa puas Dan Kenyang Perut makan roti canai banjir.

    BalasPadam
  14. Kawasan tu tak ada jual ikan fresh dari laut ke. Macam ada heti kapal je

    BalasPadam
  15. Seronok makan tempat gini, makan sambil menikmati suasana jeti nelayan.
    Agaknya ada orang jual ikan fresh kalau sesuai masa ikan baru naik.

    Seingatnya saya pernah jugak tengok ikan pancut air, tapi tak nampak ikan apa cuma air memancut dari permukaan air. Unik kan.

    BalasPadam
  16. KSarie suka baca perkongsian Tot tentang slow life briskwalking, makan-makan, dsb. Keep on sharing ye Tot. Dulu KSarie masa buat degree ada bela ikan sepat nama Bobo. Dia rajin juga menyumpit air

    BalasPadam
  17. Menarik gerai makan tu ada view sungai. Makan santai².
    Tapi ok ke kalau kita campak makanan kat dalam sungai tu. Kot sungai jadi kotor kang marah pulak Pak Tam.

    BalasPadam
  18. Subhanallah. Pandai pula ikan itu minta makan takpun ia nak makan Nur. Haha sumpit pada Nur supaya jatuh dalam air.

    BalasPadam
  19. Bestnya pagi-pagi kalau dapat makan nasi lemak bungkus daun pisang tu. Kuih muih pun banyak. Dapat makan roti canai pulak tu kan. Happy tummy macam ni.
    Oo boleh ek ikan pancut air kat kita. Syok juga duduk tepi tengok permandangan.
    Mujur juga datang awal. Kalau tidak bersesak juga waktu orang ramai datang.

    BalasPadam
  20. Bestnya port sarapan Pak Tam ni, pelbagai menu ada. Bagus juga info pasal ikan sumpit tu, sekali dapat belajar fakta baru dari Gemini. Semoga murah rezeki selalu Nur & suami

    BalasPadam
  21. Roti canai Melayu selalu lembut kan, sedap

    BalasPadam
  22. Ikan pun main kasar eh.. memula ammi ingat kat kedai ni ada ikan yang ditangkap dengan cara sumpit. Ahaksss

    BalasPadam
  23. Ya Allah, macam tak sabar menunggu Desember, nak kesana. Saya dah teringin cari nasi lemak, popia Sira, canai pakai kuah kari 🤣😍😍😍.

    Aiiih ada skill ikan di sungai tuh yaa 😄. Sukaa melihat tempat makannya kak.

    BalasPadam