Saturday, May 24, 2025

Anak dan buah kaktus

 Lebih kurang minggu lepas, saya ada cerita yang saya ada beli pokok kaktus.

Baca sini: Motivasi untuk berkebun

Dalam entri ini, saya akan kongsikan perkembangan pokok kaktus, sambung dari link entri di atas.

Saya pun baru lagi dalam penanaman kaktus ni. Jadi, saya tulis sebagai rujukan saya juga.


Kaktus 1: Moon Cactus

Ada keluar anak atau pup

Yang cikenit bulat di sisi kiri kaktus di atas, adalah anak atau 'pup'. Ia adalah tunas baru yang akan membesar menjadi individu kaktus baru.

Sekarang, anaknya masih kecil. Jadi, elok tunggu dulu sampai ia lebih matang dan stabil. Berikut garis panduan bila masa sesuai untuk pisahkan atau graf anak kaktus itu:

  • Saiz anak tu kira-kira seperempat atau sepertiga dari saiz induk.
  • Anak kaktus itu dah ada beberapa duri dan struktur yang padat, nampak 'matang'
  • Bila disentuh perlahan, ia rasa kukuh dan tak mudah tercabut

Biasanya, ambil masa beberapa minggu hingga bulan, bergantung pada cahaya, air dan suhu.

Sementara tunggu:

  • Pastikan kaktus dapat cahaya terang tapi tak terus kena matahari terik.
  • Siram sikit je dan jarang-jarang, sebab jenis ni mudah reput kalau terlalu lembap.

Kaktus 2: Mammillaria

Gambar 21 Mei

Gambar 23 Mei

Gambar 24 Mei

Yang warna merah pada kaktus tu sebenarnya buah kaktus. 

Kalau kaktus ini berbunga, ia kadang-kadang berbentuk mahkota keliling kepala kaktus.


Itulah ceritanya, perkembangan dua pokok kaktus di rumah. Maklumat yang saya sertakan adalah hasil saya menyembang dengan chatGPT. Ilmu baru bagi saya.

Kalau ikutkan saya, memang saya tak tahu apa-apa. Mula-mula dia keluar benda kecil warna merah tu, bentuk macam cili je. Macam tangan kaktus.

Yang kaktus di atas yang keluar anak tu pula, bagus betul ya. Macam manusia juga. Tunggu anak dia matang, barulah kita boleh pisahkan. Kalau masih kecil, ia melekat di ibunya. Hehe..

Ok la. Hari Sabtu, hari ni, kome. Ada nak nyongket mana-mana ke?

Saya kalau petang ni tak hujan, rasa nak ke pasar malam.

Orait. Jumpa lagi. 💗

34 comments:

  1. Ada beza ya anak dan buah kaktus? Hehe ini semua tanam untuk beruk yang datang kacau tanaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Saya pun baru tahu, NA. Haha.. itulah, malas sudah mau tanam sayur. Asyik kena petik dek beruk.

      Delete
  2. Masa kecik dulu cie suka tanam kaktus. Beli 3 pasu rm10. Pasu kecik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel, kan, kaktus? Boleh letak dalam rumah tu, yang kenit-kenit tu.

      Delete
  3. Cuya taktahu bila mood nak berkebun dtg.. Kena cari motivasi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kadang kena paksa diri juga, Cuya. Sebab sekarang panas. Nanti hitam muka. Kikiki...

      Delete
  4. Ingatkan yang merah/pink tu bunga, rupanya buah ye...
    Org kata senang jaga kaktus ni. Tapi tu la sy tak minat pula nak bela. Dok teringin nak tanam pokok aloe vera :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, buah kaktus. Kalau bunga dia, atas kepala kaktus.
      Kalau dekat, dah bagi PH anak aloe vera. Rumah saya berlambak. Sampai terkeluor-keluor dari pasu. Meh datang Lumut, meh. :D

      Delete
  5. Dua dua kaktus tu dlu pernah beli dan jaga. Tak tahu mana silapnya, last sekali mati. Mungkin terlebih air atau kurang cahaya matahari.

    btw done follow sis. Salam ukhwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, terlebih siram pun boleh mati juga kaktus ni.
      Terima kasih, follow blog saya. Nanti saya singgah blog Aien pula, ye. Salam kenal. :)

      Delete
  6. Oh jadi tahu pula. Jadi kalo si anak dah membesar, dia akan lepas dari induknya kak? Soalnya saya lihat macam menempel dengan induk dia. Belum terbayang bagaimana lepasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anaknya tidak lepas sendiri, kita kena potongkan la, jika mahu tanam pokok yang baru, Fanny. :)

      Delete
  7. Kaktus ni ada peminat dia kan? Siap ada aksesori macam kumbang, payung, rumah... kagum uncle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Memang lawa, kalau pandai bela kaktus ni. Siap duduk dalam rumah cermin. :)

      Delete
  8. Cantik warna Moon cactus, merah oren.
    Saya dah beberapa kali try tanam kaktus, semua mati 😄

    Saya pun sekarang suka tanya ChatGPT je, cepat dapat jawapan banding buat carian Google.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... patutnya sesuai la kan, cuaca perlis macam panas sikit. Dan Ujie selalu travel, jadi tak siram dia selalu. Hairan juga tu.
      Betul, betul, betul. :D

      Delete
  9. Oh, ingatkan nak cerita pasal anak² Nur & pokok kaktus. Rupanya anak kaktus. Sebiji rupa mak dengan anak ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... saya pun baru tahu, SK, kaktus ada anak. Itu la, sejibik. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. :D

      Delete
  10. Pokok kaktus nampak macam mudah dijaga. Tapi tak pernah lagi mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, SS. Akak pun baru pertama kali cuba nak membela kaktus.

      Delete
  11. Makin banyak buahnya. Seronok kan bila pokok kita hidup elok.

    ReplyDelete
  12. cantik kaktus ni tp tu lah nak jaga dia tu tak blh terlebih air & tak boleh terlebih kena direct matahari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... akak pun cuba je la. Kalau hidup, Alhamdulillah.

      Delete
  13. Ohh ingatkan yang merah tu bunganya. Rupanya buah. Suka tengok kalau cactus ni ada berwarna daripada hijau sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. comei gitu, ada keluar warna merah pulak.

      Delete
  14. Menarik jugak pokok kaktus ni. Tak pernah tanam lagi setakat ni. Selalu tengok AEON ada jual pokok kecik macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aeon besar ada jual pokok² ni. Kalau akak pergi aeon Ipoh, geram juga tengok pokok² comei ni.

      Delete
  15. Ohoooo...Tot peminat kaktus juga rupanya

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Betul. Boleh admire dari jauh je, tak boleh pegang, macam bunga. 😊

      Delete