Lebih kurang minggu lepas, saya ada cerita yang saya ada beli pokok kaktus.
Baca sini: Motivasi untuk berkebun
Dalam entri ini, saya akan kongsikan perkembangan pokok kaktus, sambung dari link entri di atas.
Saya pun baru lagi dalam penanaman kaktus ni. Jadi, saya tulis sebagai rujukan saya juga.
Kaktus 1: Moon Cactus
![]() |
| Ada keluar anak atau pup |
Yang cikenit bulat di sisi kiri kaktus di atas, adalah anak atau 'pup'. Ia adalah tunas baru yang akan membesar menjadi individu kaktus baru.
Sekarang, anaknya masih kecil. Jadi, elok tunggu dulu sampai ia lebih matang dan stabil. Berikut garis panduan bila masa sesuai untuk pisahkan atau graf anak kaktus itu:
- Saiz anak tu kira-kira seperempat atau sepertiga dari saiz induk.
- Anak kaktus itu dah ada beberapa duri dan struktur yang padat, nampak 'matang'
- Bila disentuh perlahan, ia rasa kukuh dan tak mudah tercabut
Biasanya, ambil masa beberapa minggu hingga bulan, bergantung pada cahaya, air dan suhu.
Sementara tunggu:
- Pastikan kaktus dapat cahaya terang tapi tak terus kena matahari terik.
- Siram sikit je dan jarang-jarang, sebab jenis ni mudah reput kalau terlalu lembap.
Kaktus 2: Mammillaria
![]() |
| Gambar 21 Mei |
![]() |
| Gambar 23 Mei |
![]() |
| Gambar 24 Mei |
Yang warna merah pada kaktus tu sebenarnya buah kaktus.
Kalau kaktus ini berbunga, ia kadang-kadang berbentuk mahkota keliling kepala kaktus.
Itulah ceritanya, perkembangan dua pokok kaktus di rumah. Maklumat yang saya sertakan adalah hasil saya menyembang dengan chatGPT. Ilmu baru bagi saya.
Kalau ikutkan saya, memang saya tak tahu apa-apa. Mula-mula dia keluar benda kecil warna merah tu, bentuk macam cili je. Macam tangan kaktus.
Yang kaktus di atas yang keluar anak tu pula, bagus betul ya. Macam manusia juga. Tunggu anak dia matang, barulah kita boleh pisahkan. Kalau masih kecil, ia melekat di ibunya. Hehe..
Ok la. Hari Sabtu, hari ni, kome. Ada nak nyongket mana-mana ke?
Saya kalau petang ni tak hujan, rasa nak ke pasar malam.
Orait. Jumpa lagi. 💗

.jpg)



34 Ulasan
Ada beza ya anak dan buah kaktus? Hehe ini semua tanam untuk beruk yang datang kacau tanaman.
BalasPadamHa ah. Saya pun baru tahu, NA. Haha.. itulah, malas sudah mau tanam sayur. Asyik kena petik dek beruk.
PadamMasa kecik dulu cie suka tanam kaktus. Beli 3 pasu rm10. Pasu kecik2.
BalasPadamComel, kan, kaktus? Boleh letak dalam rumah tu, yang kenit-kenit tu.
PadamCuya taktahu bila mood nak berkebun dtg.. Kena cari motivasi hehe
BalasPadamAkak pun kadang kena paksa diri juga, Cuya. Sebab sekarang panas. Nanti hitam muka. Kikiki...
PadamIngatkan yang merah/pink tu bunga, rupanya buah ye...
BalasPadamOrg kata senang jaga kaktus ni. Tapi tu la sy tak minat pula nak bela. Dok teringin nak tanam pokok aloe vera :)
Ha ah, buah kaktus. Kalau bunga dia, atas kepala kaktus.
PadamKalau dekat, dah bagi PH anak aloe vera. Rumah saya berlambak. Sampai terkeluor-keluor dari pasu. Meh datang Lumut, meh. :D
Dua dua kaktus tu dlu pernah beli dan jaga. Tak tahu mana silapnya, last sekali mati. Mungkin terlebih air atau kurang cahaya matahari.
BalasPadambtw done follow sis. Salam ukhwah :)
Itu la, terlebih siram pun boleh mati juga kaktus ni.
PadamTerima kasih, follow blog saya. Nanti saya singgah blog Aien pula, ye. Salam kenal. :)
Oh jadi tahu pula. Jadi kalo si anak dah membesar, dia akan lepas dari induknya kak? Soalnya saya lihat macam menempel dengan induk dia. Belum terbayang bagaimana lepasnya.
BalasPadamAnaknya tidak lepas sendiri, kita kena potongkan la, jika mahu tanam pokok yang baru, Fanny. :)
PadamKaktus ni ada peminat dia kan? Siap ada aksesori macam kumbang, payung, rumah... kagum uncle!
BalasPadamHa ah. Memang lawa, kalau pandai bela kaktus ni. Siap duduk dalam rumah cermin. :)
PadamCantik warna Moon cactus, merah oren.
BalasPadamSaya dah beberapa kali try tanam kaktus, semua mati 😄
Saya pun sekarang suka tanya ChatGPT je, cepat dapat jawapan banding buat carian Google.
Haha... patutnya sesuai la kan, cuaca perlis macam panas sikit. Dan Ujie selalu travel, jadi tak siram dia selalu. Hairan juga tu.
PadamBetul, betul, betul. :D
Oh, ingatkan nak cerita pasal anak² Nur & pokok kaktus. Rupanya anak kaktus. Sebiji rupa mak dengan anak ek.
BalasPadamHehehe... saya pun baru tahu, SK, kaktus ada anak. Itu la, sejibik. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. :D
PadamPokok kaktus nampak macam mudah dijaga. Tapi tak pernah lagi mencuba.
BalasPadamSila, sila, SS. Akak pun baru pertama kali cuba nak membela kaktus.
PadamMakin banyak buahnya. Seronok kan bila pokok kita hidup elok.
BalasPadamSuka sangat, Mulan. Alhamdulillah. :)
Padamcantiks...
BalasPadamKannn... :)
Padamcantik kaktus ni tp tu lah nak jaga dia tu tak blh terlebih air & tak boleh terlebih kena direct matahari hehe
BalasPadamKann... akak pun cuba je la. Kalau hidup, Alhamdulillah.
PadamOhh ingatkan yang merah tu bunganya. Rupanya buah. Suka tengok kalau cactus ni ada berwarna daripada hijau sahaja.
BalasPadamKan.. comei gitu, ada keluar warna merah pulak.
PadamMenarik jugak pokok kaktus ni. Tak pernah tanam lagi setakat ni. Selalu tengok AEON ada jual pokok kecik macam ni.
BalasPadamAeon besar ada jual pokok² ni. Kalau akak pergi aeon Ipoh, geram juga tengok pokok² comei ni.
PadamOhoooo...Tot peminat kaktus juga rupanya
BalasPadamBaru nak berjinak-jinak, SA.
PadamWalau berduri, dia tetap menawan
BalasPadamBetul. Boleh admire dari jauh je, tak boleh pegang, macam bunga. 😊
Padam