Ada satu hari, jalan-jalan beli barang dapur di Lotus, suka lalu di bahagian periuk, alat dan gajet memasak dan saya tersambar satu benda.
![]() |
Pengukus elektrik atau steamer |
Mur-mur saja. Boleh mudahkan kerja mengukus di rumah.
Sebelum ni, bila nak mengukus, guna periuk lama tinggalan arwah Ma. Yang besar gedabak, kena isi air, dan letak atas api dapur dan stack dalam bentuk bertingkat. Berat dan nak cuci pun susah. Bila hari raya, nak panaskan lemang dengan mengukus pun malas.
Jadi dengan adanya pengukus elektrik ni, tak payah keluar dapur belakang pun takpe. π
Terus hari yang sama, kita masak lauk ayam kukus sambal embe dari Khairul Aming (KA). Boleh google je, resepinya, ye.
Tapi saya catat dalam bentuk bertulis seperti di bawah:
Resepi Ayam Kukus Sambal Embe KA
- Perap ayam dengan 1 sudu sos tiram, setengah sudu minyak bijan, 1 sudu tepung ubi kayu, white pepper dan garam secukup rasa. Gaul-gaul.
- KA pakai 2 ketul ayam bahagian peha potongan besar. Letak daun bawang dan stim selama 25 minit.
- Bila sudah siap, carik-carikkan ayam. Air kukus pun campur sedikit.
Cara buat sambal:
- Tumiskan 5 biji bawang ros yang dihiris, dan 5 ulas bawang putih dihiris.
- Bila bawang garing, tambah 4 biji cili padi hijau dan 4 biji cili padi merah, dan seketul belacan yang dibakar dan ditumbuk.
- Lepas tu, tuangkan atas ayam.
- Perahkan limau kasturi.
- Siap!
![]() |
Versi saya yang derhaka resepi sikit. π |
Saya tak carik-carikkan ayam, seperti dalam resepi. Sos tiram saya tinggal sikit dalam botol. Jadi, saya masukkan air, goncang-goncang dan masukkan semasa perap ayam. Itu yang macam kuah banyak tu. Tapi, sedap kome! π
Alhamdulillah. Terima kasih kepada suamiku yang sudi melayan kehendak isteri yang suka beli gajet memasak ni.
Sejak ada pengukus ni, telur pun saya kukus. Dah tak rebus dah. Hehe. Helok kejadiannya.
Ok. Tu je. Jumpa lagi, ye. ♥️
Dah survey hari tu kat Shopee. Best tak pakai? Nak beli la nanti.
ReplyDeleteBest, Cie. Boleh stim sampai 3 benda satu masa. Eat healthy la, kukus tak guna minyak. Lembut je bila panaskan lauk.
DeleteAda pengukus nie, memang senang sikit..Linda punya yang atas dapur tulah,tapi kecik..so, ok je ..
ReplyDeleteItu la, sebab guna elektrik, senang sikit.
DeletePernah jugak aim nak beli pengukus macam ni.
ReplyDeleteTetiba check out air fryer plak.
Takpe lah, sementara waktu ni pakai pengukus yang guna dapur gas tu dulu.
Sebab jarang sangat mengukus. Selalu kukus pau je.
Haha.. aim lain, beli lain. Ha.. tengok kegunaan masing² la Aien. Kalau jarang mengukus, baik tak yah beli.
DeleteUihhh senang amat resepinya. Ammi kan masih guna pengukus style lama tu. Kat rumah kalau ada lebihan nasi/makanan ammi prefer kukus utk perangat instead of masuk microwave.
ReplyDeleteTp pengukus ammi tu size kecik ke, diameter dlm 30cm gitu
Kan.. saya pun. Suka panaskan ayam guna pengukus. Jadi lembut isi.
DeleteSedapnya. Kita kaum Hawa ni memang kalau lalu gajet masak2, speed berjalan terus slow. Belek2 semua nya. Geram. Rasa nak semua. Kukus kita guna hat lama sbb tak ada ruang untuk kukus letrik. Tapi tu lah, dalam hati ni.....
ReplyDeleteBetul²! Sebab kita pun nak mudahkan kerja masak. Dan tambah semangat juga, bila ada gajet masak baru ni. Hehe. Biasa, memang ada rasa teringin nak beli, kan. π
DeleteWahhh..Menarik ni..Blhe masuk dlm wishlist =D
ReplyDeleteSila, sila, Nieza. π
DeleteJangan racun saya kak. Kang terbeli jugak. hihi...Yeee, kalau nak keluarkan pengukus jenis lama tu pun malas kadang. Senang kerja masak dah ada pengukus elektrik ni kan. Tak perasan pulak resipi KA yang satu ni.
ReplyDeleteBetul. Senang sebab dia letrik. Akak pun baru tahu bila google resepi ayam kukus.
DeleteMcm menarik jer resepi...tapi belacan tu boleh buat gatal hidung..
ReplyDeleteBukan untuk orang ada resdung. Huhu..
DeleteAna pon dah masuk kat troli shopee steamer ni. tangan gataaaal je nak check out bila baca akak kata senangg keje tu hehe
ReplyDeleteHehe.. jangan checkout dulu, Ana. Sebab Russell Taylors ada steamer baru yang rupa macam tv kecik zaman dulu, helok 4 segi, dan air untuk kukus letaknya di belakang dan bukan di bawah. Cer survey dulu tu. π»
Deleteada pengukus elektrik ni dpt memudahkan kerja2 di dapur...
ReplyDeleteBetul, Abe Kie.
DeleteSambal embe ini asal dari Bali. Sukaaa saya. Sekali saja buat, trus tak nak buat lagi. Krn meski sedap, tp capek tangan mengupas bawang hahahahahah. Nantilah nak beli bawang cutter, jadi tak letih nak iris2 π€£.
ReplyDeleteEh baguus kak steamer listrik nya. Nak cari lah saya. Waktu itu terpikir nak cari steamer biasa. Tp kdg kalo disteam LBH dari 1 jam, habis banyak gas dapur π. Better listrik
Hahaha... Nak makan, kena rajin sikit la Fanny, menghiris bawang. π€
DeleteHa.. itu salah satu sebab kenapa akak beli pengukus elektrik ni. Mudahkan kerja, kalau guna dapur gas, malas nak keluar ke dapur belakang, tambahan sekarang cuaca panas, masak pun sudah berpeluh macam workout pula, kena mandi lagi. Aduhh..
Canggih betul. Tak perlu dah nak guna dapur gas.
ReplyDeleteKann... sekarang musim panas, jadi itu yang akak malas nak keluar dapur belakang tu. Masak dalam rumah je, senang. Sejuk sikit. Hehe...
DeleteNampak besar pengukus. Boleh kukus banyak jenis makanan.
ReplyDeleteBoleh la, NA. Ha ah, bertingkek-tingkek boleh kukus benda dalam satu masa.
DeleteMenarik pengukusnya tapi itu la orang yang tidak rajin masak macam KBida ni akan dipiat telinga dek laki kalau beli gadjet memasak sebab dia tau sudahnya jadi tukunπ Nampak sedap pula ayam kukus sambal embe tuh lagi-lagi bila belum sarapan niπ
ReplyDeleteHehe... yang ni, buat perangat lauk pun ok. Jadi, boleh guna selalu.
DeleteAlhamdulillah...ada barang yang bagus untuk masak secara sihat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dan memudahkan kerja dapur juga. :)
DeleteMenarik ni...siapa nak bagi hadiah kat SA benda ni agaknya...muajahahahaha.....birthday SA sambut sebulan ni...tapi x dinafikan menda ni meman bagus..kazen ada satu...dia duk menukus kuih pun kat sini je...
ReplyDeleteWah, macam raya la, sambut birthday sebulan. Hehe...
DeleteBetul, ruang dia luas, boleh kukus banyak benda satu masa.
Pengukus ni memang win tak leceh, tak makan ruang, kerja pun cepat!
ReplyDeleteBetul, CCL. Suka sangat. Berbaloi beli.
Delete