Thursday, May 29, 2025

Jalan pagi Khamis

 Raya haji pun radio pasang lagu raya, wei. 😁

Pagi tadi sebelum subuh, saya masak spagetti goreng.


Cuti sekolah mula hari ni, kan? Saya tak tahu cuti ke tidak, sebab Sulaiman hari-hari pergi sekolah, termasuk Sabtu dan Ahad. Bila saya tengok kalendar atas meja, baru perasan budak-budak mula cuti sekolah hari ni. Bertabahlah ibubapa yang punya anak-anak tingkatan 5.

Sulaiman pergi sekolah lambat sikit, pukul 8 pagi, time cuti sekolah ni.

Saya pergi padang dulu dengan suami, brisk walk.


Mendung dan hujan sikit pagi ni. Tapi kami masih jalan, sebab hujan halus-halus. Jalan sampai 6km. Alhamdulillah.

Cuti sekolah kome ada plan ke mana-mana ke? 

Ok. Jumpa lagi. Majulah sukan untuk kesihatan diri sendiri. ♥️

30 comments:

  1. esok amik cuti, nak ke melaka...setelkan barang2 rumah dekat melaka nak bawa tronoh...moga dipermudah segala urusan..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. semoga dipermudahkan urusan Linda sekeluarga. Aminn..

      Delete
  2. Cuti sekolah ni anak buah saya yg dari penang balik selangor hehe. Belum plan lagi nk buat aktiviti apa dgn diorg

    Kt tmpat saya pun hujan pagi ni. Ngam2 lepas saya smpai ofis barulah hujan. Kalau tk habis basah, kitonya naik motor je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. nasib baik udah selamat sampei ofis ye. Naik motor senang sana kan, boleh cilok² tak macam kete, sangkut jalan jammed.

      Delete
  3. Libur sekolah, saya hanya rebahan di kamar saja
    Ingin pergi atau wisata, tapi tidak ada rencana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istirehat di rumah saja pun sudah best.

      Delete
  4. Oh dah cuti sekolah ya. Penuh la Kuantan ni nanti. Welcome everyone 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ha ah, sini pun parking mulai penuh, orang nak pi Pangkor.

      Delete
  5. Haah tu lah napa jalan macam kureng sikit rupanya dah start cuti sekolah. KLFM pun siarkan lagu raya pagi tadi. Nak balik kampung nak balik kampung. Raya haji minggu depan baru start

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Deme putar lagu raya posa. Macam pelik je dengor.

      Delete
  6. Pelik cuti sekolah kali ni mula hari Khamis. Mungkin sebab nak cover raya haji kot. Raya haji tak ada lagu raya, lagu raya puasa pun bolehlah. Cuti sekolah biasanya tak jalan-jalan sebab tahu sesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. akak pun musykil nape tak start isnin depan je.
      Gitu. Betul juga, memang highway sesak bila cuti sekolah, lagi² hujung minggu.

      Delete
  7. Cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke rasanya macam sama je. Sebab anak solehah baru 2y. Tak merasa lagi jadi mak mak yang ambil dan hantar anak ke sekolah. Tapi tulah, tertanya tanya jugak, dah mula ke cuti sekolahnya. Sebab anak jiran pagi pagi dah datang rumah dua tiga hari ni bermain dengan anak solehah sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kejap je, masa tu akan tiba, Aien. Masa tu, nak masak pun tak sempat, sebab keluor masuk rumah amik hantor anak. Huhu..

      Delete
  8. Memang bertabah je ni. Anak no.2 dah dijemput dr asrama hari Rabu, Kyra 31.5 (sabtu) br boleh balik. Dia pun asyik call kata tak sabar nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. harap anak² kita tabah dan kuat menjelang nak spm ni.

      Delete
  9. Di sini cuti sekolah pertengahan Juni sampai pertengahan July kak. Libur sekolah tahun ajaran baru . Makanya saya nak cuti lama pertengahan Juni nanti 😁.

    Harap2 hujan bisa berhenti. Di jakarta pun sama, menduuung saja. tp hawa nya panaaas .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama dah tu, Fanny. Happy holiday nanti, ya! 🤗
      Rumah akak pun tak hujan. Langit mendung. Kalau hujan pun, sikit² dan tidak lama.

      Delete
  10. Gelak saya baca ayat pertama tu. Memang syahdu betul.

    ReplyDelete
  11. Cuti sekolah ini ada kenduri kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu, NA. Boleh makan nasi minyak. Yum yum..

      Delete
  12. Cuti sekolah ni macam tidak dapat hendak ke mana. Bawa budak-budak tengok Ejen Ali je setakat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait juga tu. Habiskan masa dengan anak-anak tengok wayang pun best.

      Delete
  13. SA lagi la x kemana pun...Dania cuti sem 3 bulan dia part time...nanti bulan 7 baru SA amik cuti nak berjalan kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul Dania cuti. Politeknik pun cuti 2 bulan je. Bagus la SA, ambil cuti, berehat nanti.

      Delete
  14. Spaghetti goreng ! bila western bertemu selera Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Spagetti tu, tarikh luput dia lambat, banding mi kuning. Itu la penyelamat, kalau tak ada stok bahan mentah di rumah.

      Delete