Monday, May 26, 2025

Hari ini pergi Ipoh

 Saya masih dalam proses balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan. Tak siap-siap lagi. Suka baca cerita korang. Ambil masa juga. Nanti, saya buat juga, Insya-Allah, habiskan slow-slow. Saya tak sombong, tau. Cuma masa kurang sikit untuk online semenjak dua menjak ni. Maapkan saya, ye.

Semalam waktu makan malam, tanya anak bongsu, Sulaiman, dia nak makan bihun goreng ke, atau wrap untuk sarapan hari ni? Sulaiman jawap, nak makan wrap saja. Jadi, sebelum subuh pagi ni, saya sudah siapkan sarapan wrap untuk Sulaiman.


Wrap yang saya masak ni, lebih kepada versi fold-over. Saya ada kongsikan resepinya, dulu-dulu. Sat.

Baca sini, Resepi wrap versi Tot.

Dalam lebih kurang pukul 8 pagi, saya dan suami bertolak dari rumah, ke Ipoh. Nak pergi ambil anak kedua, Hafizan. Dia punya kertas terakhir final exam selesai pukul 11 pagi. 


Singgah sarapan

Kami singgah sarapan di Capati Kari Kambing Bota.


Suami ambil nasi goreng ada sambal tumis ikan bilis, paru berlado dan telur mata.

Sementara saya pula, sarapan capati sekeping, bersama kari kambing. Sedap dan pekat kari kambing dia, macam selalu. Cuma saya rasa, kambing dah tak banyak macam dulu. Dulu, penuh juga isi kambing dalam karinya.

Apapun, Alhamdulillah, rezeki hari ini. Sudah kenyang, kami teruskan perjalanan.

Sampai di Seri Iskandar, berhenti kejap di stesen minyak Petronas, panggilan alam yang tidak boleh ditangguh lagi. 🙈

Kami tiba di Ipoh awal lagi. Hafizan belum habis periksa. Jadi, kami tuju ke Padang Polo.


Brisk walk sekejap

Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi. Tapi sebab Padang Polo ni, banyak pokok besar, tak rasa panas sangat. Saya pula pakai jubah. Kasut pakai kasut lari. Jadi, layan kejap la kaki, tengok pokok.


Bestnya, taman dia ada tempat kita boleh isi air botol kita, dengan air yang sudah ditapis. Kalaulah ada kemudahan begini di tempat saya. Atau apa orang kata tu? Water cooler, kan. Percuma. Mesti orang lebih semangat untuk beriadah.

Suami tak ikut saya berjalan. Dia duduk di kerusi tepi taman, sambil layan handphone.


Saya ikut laluan yang redup sahaja. Bukan saya seorang jalan pukul 10 pagi, ada lagi orang yang sama gila, jalan juga. Cuma yang lebih gila, saya kot, sebab jalan pakai jubah. Tak sesuai langsung pakaian. Asal kasut selesa, on je. 

Lagi satu, sini ada camera cctv, saya perasan, di beberapa tempat. Wah... sangat bagus! Jadi, kalau tempat terpencil kurang orang, takde la terjadi kejadian samun ke, apa-apa yang tak elok. Pondok Polis pun ada. 

Tandas awam pun ada. Bayaran masuk 50 sen. Walaupun tak ada orang jaga, letak duit atas meja sebelum masuk. Padang Polo memang taman yang baik untuk berjalan, berlari, nikmati udara segar. 


Alhamdulillah, sempatlah 28 minit berjalan. Semasa berjalan tepi kolam, nampak kura-kura. Comel je!

Whatsapp Hafizan, dia sudah habis periksa ke? Dia jawap, sudah. Kami pun tuju ke Poli.

Ambil Hafizan

Tak jauh pun Padang Polo dengan PUO. Dalam 5 minit perjalanan, kami pun sampai.


Berhenti di pok guard, sign buku pelawat dulu. Cuaca cerah dan agak panas. Terus tuju ke asrama pelajar.


Bapak budak sedang menyusun barang Hafizan yang banyak ke dalam kereta. Hafizan sangat beruntung, dorm mates Hafizan, 3 orang, tolong bawa turun barang Hafizan ke bahu jalan tempat kereta ibubapa menunggu. Semoga balasan yang baik-baik untuk teman satu dorm Hafizan. Semoga anak-anak beroleh keputusan cemerlang juga untuk periksa semester 2 ni. 

Kalau teman dorm Hafizan tak tolong, kena 2-3 trip juga la bawa turun barang. Itu yang suami pegang dalam gambar di atas, adalah alat bersenam Hafizan. Bukan di rumah kami saja, di bilik Hafizan di Poli pun dia bawa alat untuk dia bersenam. Dia kata, tak salah pun. Kawan-kawan pun ada juga yang meminjam barang senaman dia. 


Selamat tinggal Kamsis Mutiara. Depan blok asrama Hafizan, betul-betul cafe. Senang nak turun makan. Pelajar baru boleh dapat penginapan di kamsis baru ni, selama 2 semester sahaja. Sudah mohon penginapan. Semoga ada rezeki untuk Hafizan next semester, untuk dapat penginapan dekat, kalau boleh, seberang jalan je dari PUO. Penginapan luar tu, blok lama, dan yuran tak semahal penginapan baru ni. Kalau tak dapat, kena sewa rumah la.

Alhamdulillah, selesai urusan ambil Hafizan hari ni. Sampai Manjung dalam pukul 2 petang. Bungkus dulu nasi di Subur Jaya, Ayam Penyet dan Bakso.

Orait. Jumpa lagi. 💗

44 comments:

  1. Sedapnya capati. Lama dh tk makan. Dulu zaman kerja, kalau lepak mamak wajib order capati dgn limau suam.

    ReplyDelete
  2. ke mana lah kura kura tu menungkan...Salam kenal dari New Follower..jemput singah di teratak yang tidak seberapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, follow blog saya. Nanti saya menyusul ye.

      Delete
  3. Seronok betul baca coretan kak tot ni. Dah rasa macam wajib baca setiap hari hehehe. Semoga cemerlang dalam peperiksaan buat Hafizan. Rindu pulak nak study.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, akak tak mampu nak update blog setiap hari, SS. Kadang sibuk, tak sempat online. Huhu..
      Aminn... terima kasih, SS. Hehe.. boleh je, sambung belajar, jika ada kemahuan.

      Delete
  4. Alhamdulillah habis dah exam-nya. Lama ke cutinya tu?
    Comelnya kura² tu...gambar pun cantik 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Seronoknya. Waktu ini dapat turun Ipoh dan pergi tempat-tempat baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Alhamdulillah. Ambil hari orang bekerja, jadi jalan tak sibuk.

      Delete
  6. Semangat terus dalam belajarnya
    Cerita yang menarik, Alhamdulillah
    Sehat selalu

    ReplyDelete
  7. Tetiba jadi teringin nak ke Perak. dulu2 rajin ke Ipoh, Cameron HIghland. Taiping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah datang Perak, cuti-cuti, Kak Yan. :D

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Selesai sem 2..moga beroleh keputusan cemerlang... Aamin2

    ReplyDelete
  9. waaahh wlupun berjubah tp tidak menjadi pghalanang utk akak briskwalk. mantap lah akak! hehehe.. moga hafizan ada rezeki dpt lagi stay di kolej kediaman yg baru utk semester depan aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab jarang dapat peluang jalan-jalan di tempat susah nak datang, Ana.
      Alhamdulillah. Baru dapat tahu tadi. Hafizan dapat penginapan blok lama, di seberang jalan Poli. Kamsis baru dalam Poli ni, untuk budak-budak baru je, paling lama dapat 2 semester saja.

      Delete
  10. Wahh berjubah ya briskwalk. Rare betul!

    Teringat memori Cuya zaman belajar poli jugak. Tapi yg seronoknya Cuya sampai akhir sem bole duduk kamsis. Lepastu Cuya bole balik rumah tiap minggu sebab dekat je merlimau dgn jasin. Sebulan hari2 tukar baju lain2 sebab bawa dari rumah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..
      Oh, Cuya pun lepasan Poli. Untunglah Cuya, dapat lokasi dekat rumah, boleh balik selalu. :D

      Delete
  11. Comel je posing kura-kura tu. Macam mendongak menghirup udara yang segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. macam healing di bawah cahaya matahari gitew.

      Delete
  12. Sedap nampak capati tu, btw done follow...kalau berkelapangan boleh jemput singgah ke blog saya https://syazwantahir.blogspot.com/ . saya baru nak start aktif balik berblogging. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, follow blog saya. Nanti saya menyusul, ya.
      Selamat kembali berblogging, ya.

      Delete
  13. Bagus sempat riadah...kalo saya g cari mall dah...beriadah dlm mall ada aircond...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul juga tu. Tapi kalau masuk mall, risau lambat nak keluar ambil anak. Kikiki..

      Delete
  14. Orang kalau kaki jalan... pakai jubah pun tak jadi halangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. pakai jubah actually, pengudaraan lebih bagus, uncle. Kiki..

      Delete
  15. Jubah bukan penghalangnya. Kalau dah bersemangat jangan di tegur². Tak ada hal jam 10 pun kan. Bagus dah ready pakai kasut lari, pantang nampak peluang. Larikan terus. hihi..sentiasa semangat Kak Nur.

    Bagus sangatlah Padang Polo ni ada kemudahan air dan ada CCTV untuk keselamatan. Patut ada di setiap taman rekreasi juga.

    Baik kawan-kawan Hafizan tolong angkat barang. Ini barulah sahabat. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan segala kebaikan. Harap tahun depan Hafizan dapat tempat lagi di asrama. Seronoklah dah habis exam dan cuti sem. Hafizan ikut semangat maknya ni, semangat senam sentiasa ON.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Fizah. Akak mana-mana keluar, banyak pakai kasut lari, sebab selesa dan tutup aurat.
      Kann... kalaulah semua PBT ambil inisiatif begini. Mesti ramai orang beriadah di taman.
      Amin, YRA. Alhamdulillah, Fizah. Baru dapat tahu tadi, Hafizan dapat asrama sem depan, asrama luar Poli. Jadilah. Dia memang suka jaga body. Itu yang weight lifting tu.

      Delete
  16. Eh dr perak ke Ipoh jauh kak? Saya tertarik ke sana sejak ketemu blogger Nadia kemarin di JKT. Dia semangat cerita ttg tempat2 yg bisa dilihat di sana. Makanya THN depan saya plan ke perak 😄.

    Akhir bulan ini banyak teman2 traveling memang, apalagi dah dekat raya haji. JD pasti sibuk. Saya sendiri kalo BW dibagi2 list nya. Semisal hari ini blog teman2 Malaysia, esok, blog teman2 Indonesia. Itupun saya bagi lagi perhari biasanya 15 blog. Jadi seminggu bisa lah BW ke banyak blog dalam list.

    Baguus area kampus nya yaa. Teringat pula masa2 dulu kuliah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh dalam negeri Perak, fanny... Jadi tidak boleh nak dihitung jauh ke tidak... Hihihi...
      Kalau dr KL tu, jlnnya lancar, belum 2jam dah bisa sampai

      Delete
    2. Dari rumah akak di Manjung, untuk ke Ipoh, ambil masa antara 1 setengah hingga 2 jam. Wah, nak datang Perak. 👍

      Delete
    3. Betul tu, cakap Linda. Dari KL ke Ipoh ada highway, jadi boleh sampai laju, jika trafik ok.

      Delete
  17. Wrap sedap, capati sedap, nasi goreng paru berlado sedap. Aihhh mana mau cari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. meh la datang Perak, Mulan, holiday sini pulak.

      Delete
  18. takpe slow-slow untuk blogwalking dan jawap komen....utamakan kehidupan sebenar ...kehidupan maya sekadar perkongsian ilmu, pendapat, info dan silaturrahim sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah, Encik Hanafi. Ye, ye, betul tu. 👍

      Delete
  19. Sama lah kita. Ada hari memang tak sempat nak reply komen. Tapi masih tetap baca entri rakan blog.

    ReplyDelete
  20. SA suka baca coretan Tot....slowly la bloggwalking...kami2 ni faham aje..kita x selalunya ada masa kan...mcm SA sendiri bekerja..bila free baru la dapat baca komen..balas pun kadang xde masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SA. 🤗
      Betul tu. Bila free je, dapat kunjung balas blog kawan-kawan.

      Delete
  21. Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki, dapat tengok pemandangan cantik.

      Delete