Tuesday, May 20, 2025

Jalan dan makan Selasa

 Aktiviti pagi tadi, lepas tengok pokok, on treadmill dalam rumah. 


Sama macam semalam, buat sampai 10 ribu langkah. Walking pad sebenarnya, beli mur-mur je, dari shopee. Letak mengadap tv, boleh la layan sambil walking. 

Suami sudah bungkuskan nasi lemak untuk makan tengahari. Tapi saya masuk dapur juga, masak sayur.


Masak sayur campur juga, macam semalam.


Nasi hari ni, nasi lemak, itu ada kacang tu. Protein pula, paru sambal dan telur mata. Sayur pula, sayur campur baru masak dan pisang sebiji.

Ok. Jumpa lagi. 😊

38 comments:

  1. Ok tak walking pad tu? Cie dah survey cuma belum beli sebab takut jadi tukun. Hahaha. Dah beli excercise bike, mini stepper. Dah jadi tukun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie org yg beli kena kuat semangat.. Sila buat... Hahaha..

      Delete
    2. Ok sesangat, Cie. Ler.. dah beli, kenalah paksa guna. Sambil tengok tv je pun. Tak sedor pun sejam, sambil layan movie, dah habis. Setengah jam pun dah ok.

      Delete
    3. Betul tu, Linda. Membazir duit beli, tapi tak guna. Berusaha!

      Delete
  2. Semoga linda kuat semangat juga nak bersenam nie..

    ReplyDelete
  3. Pinggan suku suku separuh. Menarik.

    ReplyDelete
  4. Teringin juga ada walking pad tu, layan drama tak sedar dah banyak langkah kan. Makan nasi kena ada sayur baru best makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Itu la, sayur bagi senang buang air besar.

      Delete
  5. Replies
    1. Hehe... janganlah camtu, SK. Kita pun susah nak iqtiqomah ni. Dugaannya begitu berat sekali. :D

      Delete
  6. Treadmill dekat rumah saya dah jadi tukun...bila nak run atas tu 2 ketoi tu sibuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Sueann kacau ke? Oh, kena cakap baik-baik la, dengan anak. Kalau nak tengok mak sihat, kenalah bagi mak bersenam. Takpun, ambil nombor giliran. Sueann guna setengah jam, anak-anak guna seorang 1 jam. Hahaha...

      Delete
  7. Macam nak cari jugak la treadmill tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walking pad, PH. Murah sikit banding treadmill.

      Delete
  8. haaaa alang-alang kak tot mention ada beli walking pad dari shopee tu, bolehlah share linknya sekali. Pernah juga usha, tapi sampai la terbantut. Risau jadi hiasan >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, ini linknya
      https://shopee.com.my/product/51812268/6572465056?d_id=115c9&uls_trackid=52p42cgg00co&utm_content=2t6XexrXtvER481XrDr8LoWTEdvf
      Semoga bermanfaat buat SS.

      Delete
    2. Yeayyyy thank youu kak totπŸ™ŒπŸ»

      Delete
    3. Ok…dah alang2 Kak Nur share link ammi pun nak cari. Haritu ada juga tgk walking pad kat TT tapi takut nak beli walaupun harga 400++ je. Risau tak berfungsi mcm yg dipromosikan

      Delete
    4. Sama-sama, SS. Berbaloi. Harga RM200 lebih je. Setakat nak berjalan dalam rumah, ok sesangat bagi akak.

      Delete
    5. Yang ni, ok, Ammi. Ada banyak versi boleh pilih dari link akak share di atas. Akak beli yang takde holder. Flat je. Tak berapa besar. Jadi, letak sebelah sofa, muat.

      Delete
  9. sambil layan tv sambil exercise atas walking pad ...bgs2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih. Nak konsisten tu yang payah, Mama Tisya.

      Delete
  10. Lama jugak dok atas treadmill tu, lebih sejam πŸ‘πŸ½

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Ujie, nak bagi cukup 10 ribu langkah.

      Delete
  11. Ikut porsi suku suku setengah kumpulan makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Tapi kat rumah je boleh macam ni. Susah nak istiqomah, melainkan kita masak hari-hari di rumah.

      Delete
  12. Treadmill kami ni jauh dari TV πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh on treadmill sambil layan handphone je la, camtu, kalau ada holder untuk letak handphone. :)

      Delete
  13. Nampaknya nanti kalo tv dah diperbaiki suami, nak pindahkan treadmill ke depan tv 🀣. Biar bisa nonton juga. Selama ini biar tak bosan, saya sambil dengar musik. Tak bisa sambil nonton πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh nonton tv, boleh on treadmill lama sikit, Fanny. Boleh layan movie. :D

      Delete
  14. bergerak atas treadmill pun ok juga...janji ada bakar kalori dan keluar sedikit peluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Tapi kalori burn tak banyak, seperti kita riadah luar rumah.

      Delete
  15. Ni bleh gang Dania ni..dia suka masak sihat2 macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah stop, tak kuat untuk konsisten makan cara suku-suku-separuh ni, SA. Tapi bila baca entri lama ni, rasa macam nak mula semula. Tapi esok la. Hari ni, kita makan dulu.

      Delete
  16. Replies
    1. Saya cuba. Tapi gagal untuk konsisten. Huhu...

      Delete