Kadang tu, kerja di rumah banyak. Tambahan pula, ke hulu ke hilir ada urusan di luar. Tak sempat nak update blog. Kalau update pun, cerita hari sebelumnya. Macam hari ni juga la. Saya nak update cerita semalam. Hehe..
Pagi semalam, saya dan suami pergi briskwalk. Hari off suami. Kena ajak dia beriadah. Dia salah seorang mesti ada semangat rajin. Kalau dua-dua malas, pergi makan, nyesal kemudian hari tatkala memakai seluar semakin ketat.
Ke padang kami. Walaupun mulanya, sedikit skeptikal. Risau kasutku kotor, kerana hari sebelumnya, hujan lebat, nanti padang lecak. Suami kata, pergi je la. Situ tempat luas. Tempat lain tak berapa luas, kena looping banyak kali, silap-silap boleh pening. Baiklah.
Cuaca baik, pagi semalam. Langit membiru.
![]() |
Dia pun sibuk nak beriadah. |
Tapi anjing-anjing di padang Sitiawan ni, tak kacau orang. Dia dah biasa tengok orang berlari.
Sekejap kami jalan santai. Ramai nyonya, uncle, potong kami. Dia orang ni pun jalan nampak santai macam kami, tapi speed laju. Kemudian kami pun cuba melajukan langkah. Bila laju, kena ada hand swing. Macam cerita Korea, Queen of Walking tu.
![]() |
Movie tahun 2016. |
Bila berhayun tangan ni, nampak beria-ia sungguh. Padahal ramai yang potong kami berjalan tadi, nampak rileks je. Kena study lagi ni, teknik berjalan bersahaja tapi laju. 😅
Semalam punya aktiviti berjalan, dapatlah 6.06 km. Alhamdulillah. Tak cecah 10 ribu langkah pun. Tapi bila kumpul langkah seharian, baru dapat capai.
Lepas berjalan, apa lagi. Kita pergi makan la!
Kami pergi ke Pasar Komuniti dan Karavan Manjung.
![]() |
Suami ambil nasi kerabu dengan lauk daging goreng kunyit. |
Tudia laaa.... bakar kalori 300, tambah kalori 600/700. Camana la nak kecik.
Saya pula makan set roti bakar telur goyang sekeping bersama baked beans, daging dan sosej.
Elok ler tu. Dua hari makan suku suku separuh, esoknya melantak pula. Hahahadoii..
Ok la. Jumpa lagi. 💗
Dah kecik x yah risau...saya yg besar ni pun x berapa risau...huhu
ReplyDeleteHehe.. entah la, Sueann. Tapi kena ambil peduli juga, sebab nanti seluar ketat. Muhahaha..
DeleteBagus berjalan... Semoga sihat selalu.
ReplyDeleteAminn... terima kasih, Encik Fairus.
DeleteHehe lawak makan banyak lepas jalan laju. Begitulah ada hari makan ikut porsi, ada hari terbabas.
ReplyDeleteAda ngeye. Iman turun naik.
DeleteMasalahnya kalau jongging konon nak kuruskan badan tapi selepas jongging tu eh makan bukan main macam tak pernah makan. Habih camno nak kurus aduhaiiiii
ReplyDeleteItu la pasal. Nafsu makan membuak-buak.
DeleteLamanya tak brisk walk ni, asyik makan je.
ReplyDeleteHari tu ada brisk walk kan, masa pi Aloq Setaq. :D
DeleteIya betul tu kak tot. Kalau tempat kecil nak berjalan pusing kepala rasa. Baiklah tempat luas baru sedap rasa nak berjalan.
ReplyDeleteCantik betul warna langitnya
Iya, sayup mata memandang.
DeleteAlhamdulillah. Hari tu, cuaca baik. Biru je langit.
Hahahahaha tak apa kak. Kalo memang kakak masih rajin workout beban, metabolisme akan selalu bekerja 24 jam. Jadi tak masalah juga sesekali makan banyak begitu.
ReplyDeleteMasalahnya Fanny, akak sudah stop strength training. Walking saja aktiviti sekarang. Huhu...
DeleteRisau betul kalau ada anjing. Takut kena kejar je lah. Pecut terusss...Akak dah cukup kecik tu kak, nak kecik mana lagi. Hehe...uncle auntie nyonya tu dasat sungguh kelajuan dorang. Kita yang muda dari mereka pun tak dapat nak lawan.
ReplyDeleteDengan anjing kita jangan tunjuk kita takut dia, Fizah. Walau pun dalam hati ada rasa takut. Anjing boleh sense.
DeleteBumper belum cukup kecik, Fizah. Hihi...
Betul, hebat dia orang yang jalan laju ni. Nampak macam slow, tapi steady je, potong orang.
Kuat sense anjing tu ye. Dup dap dup dap kalau lalu sebelah anjing tu. huhu...
DeleteBetul tu. Akak pun bila lalu sebelah dia, buat-buat tak nampak. Tak pun, sumbat telinga headphone, dengar lagu. Baru jantung tak dup dap dup dap. :D
Deletewah mantap begitu...ada tempat untuk briswalking. Tempat saya ditutup sementara selama setahun kerana projek ubah suai...rindu nak berjalan kaki
ReplyDeleteSetahun? Lama, tu. Cari tempat lain la, Encik Hanafi, atau beli treadmill saja. Atau di gym kan boleh. :)
DeleteBriskwalk 6 km, lepas tu makan sampai ‘bakar kalori’ hilang macam mimpi! Esok kena jogging lagi la ni, kan? Jalan dengan gaya Queen of Walking pun kena ada, jangan main redah je! 😆👟
ReplyDeleteSusah, cikgu, nak konsisten walking hari-hari ni. Kena paksa diri.
DeleteHahahaha.. kira acilah dua hari sebelumnya dah suku suku separuh, hahahah.
ReplyDeleteHala... kuciwa dengan diri sendiri, sebab tak kuat. Huhu...
Deletekena istiqamah dlm briskwalking ni. Kalau dibuat dgn teratur dan berterusan, pasti akan dpt lihat hasilnya. Jgn melantak byk sgt deh. hehehehe...
ReplyDeleteBaiklah, Abam Kie. Saya cuba. Berusaha! :D
Deletebakar kalori lps tu tmbh kalori hehe..tkpe lpsni briskwalk lg hehe
ReplyDeleteItu la pasal. Baiklah, saya cuba untuk konsisten lepas ni, Mama Tisya. Jom, jom!
DeleteNampak sedaplah set roti Nur makan tu...
ReplyDeleteTakpelah, esok bakar lagi kalori 💪🏻
Sedap, PH, Alhamdulillah. Insya-Allah, esok saya cuba brisk walk lagi.
DeleteCuya tak rajin briskwalk
ReplyDeleteKalau suruh cycling dlm rumah Cuya minat. Kalau cycling memang berpeluh2.. Tinggal rajin tak rajin jela hahaha
Betul tu, Cuya. Nak atau tak nak je, bersenam ni.
DeleteKalau ammi pun akan pilih breakfast mcm kak nur. Husband ammi, kalau ammi BW dia jarang nak follow and dia chill2 je pusing2 kat batu refleksologi tu sambil main alat sukan yg ada kat situ. Katanya “dia main bola pepetang jd xyah BW” huhu belagak betholll
ReplyDeleteHahaha... betul juga dia cakap, sebab dia main bola petang-petang. Sabor je la.
DeleteMakan je...x besar mana badan tu tot compare SA...hahahaha
ReplyDeleteBaiklah, SA. Saya sekarang pun takde diet-diet, IF pun tak buat dah. Semua dah ke laut dalam.
DeleteWahhh unik juga tu! Nasi kerabu dengan daging kunyit . gabungan dua dunia yang jarang jumpa
ReplyDeleteHehe... dan sedap juga. 😋
Delete