Masa kenduri kahwin belah perempuan yang berlangsung di Kolumpo, kami tak dapat hadir kerana pada minggu tersebut, suami kena ke KLIA, amik saya yang waktu tu, baru nak mendarat balik umrah semasa bulan 1 yang lepas.
Kenduri belah pengantin lelaki ni, kami kenalah hadir. Anak buah suami.
Kami sampai awal, pukul 11 pagi, lebih kurang.
![]() |
Pelamin dalam rumah |
![]() |
Belum habis susun lagi kuih-muih |
![]() |
Susun, jangan tak susun |
Nasi minyak, nasi putih dan lauk pauk dari katering.
Manakala hidangan sampingan seperti mi, bihun dan kuetiau sup, keluarga gotong royong masak sendiri.
Saya ambil nasi minyak dengan lauk gulai daging, ayam goreng, acar, sambal jawa dan tembikai.
Pencuci mulut, ambil bubur pulut hitam dan aiskrim, sampai 2 kali.
Minum air tebu yang tebunya, tuan rumah tanam sendiri.
Habis, hilang diet segala. Minum air manis. Makan donut sebiji.
![]() |
Jemput makan, kome. |
Sampai dah, rombongan pengantin perempuan.
Comei pengantin. Semoga murah rezeki dan kekal bahagia hingga ke jannah.
Ada kacang² dalam doorgift. Eh, apa benda orang panggil ni? Dulu, orang panggil bunga telur. Tapi sekarang, telur pun takde. Goodies ke? Ha, goodies la.
Alhamdulillah. Malam ni ada makan-makan lagi dengan keluarga pengantin, famili² kita je. Habisss... Punoh diet.
Sekarang tak jumpa dah kenduri bagi telur. Kebanyakkan bagi goodies je.
ReplyDeleteKan..
DeleteYang dapat bunga telur sikit je.. Yang dekat bunga pahar tu je lah... Kikiki..
ReplyDeleteItu la, yang menepung tawar.
DeletePelamin dia simple and sweet gitu....
ReplyDeleteHa ah. :)
DeleteDah lama tak merasakan acara nikah di mana makanannya masih dimasak bersama dengan ahli kluarga lain 👍👍👍👍. Rata2 dah pakai wedding organizer semua utk rayakan wedding.
ReplyDeleteSouvenir nikahnya bagus juga. Pasti terpakai yg dibagi
Ha ah. Susah nak cari orang yang pandai masak untuk kuantiti besar, sekarang. Jadi, lebih mudah guna khidmat katering.
DeleteMungkin bunga telur eksklusif untuk keluarga pengantin dan tetamu VVIP. Tu yang payah nak dapat sekarang.
ReplyDeleteHa ah, tak banyak yang buat, kan.
DeleteBest pi kenduri kawen.. lgi lagi kalau fi area kampung .. mesti byk makanan rare hihii..
ReplyDeleteHa ah. Kuih-kuih dia, oldschool, orang kampung yang buat.
DeleteSeronok kan pergi kenduri kawin. Apalagi keluarga terdekat. Juadah kenduri sedapnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terasa kita dah tua. Sebab dulu budak tengok kecik je, sekarang dah kawin, anak buah suami.
DeleteGoodies sekarang ni dah semakin kreatif. Tahniah buat anak buah kak tot. Simple dan meriah juadah majlisnya.
ReplyDeleteBiasa kenduri sambut menantu, memang sederhana je, tapi meriah dengan kedatangan sanak saudara.
DeleteSeronok sebenarnya dapat pelbagai jenis goodies yang macam-macam.
ReplyDeleteYe, betul. Tak ada yang sama, lain kenduri, lain goodies.
DeleteGoodies mudah nk buat awal, kalo telur nak kena sediakan waktu hampir nak kenduri...nak jimat masa dan tenaga...
ReplyDeleteBetul juga tu, Sueann.
Deletealhamdulilah tumpang gembira dan bahagia dengan cerita orang kahwin
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Hanafi. Alhamdulillah.
DeleteMasa wedding SA ada buat bunga telur tapi x banyak la..ye betul goodies bag namanya...
ReplyDeleteBaik.
DeleteCantiknya section kuih muih tradisional tu! Deco klasik laa
ReplyDeleteHa ah. Guna apa yang ada. :)
DeleteSeronok kalau hadir majlis kahwin di kampung. Suasananya dan makanan mesti macam2. Telur dah mahal kalau buat pun hanya keluarga terdekat je yang dapat. Goodies tu untuk tetamu yang datang semua dapat, tanda terima kasih dari tuan rumah
ReplyDeleteBetul. Terima kasih, atas info.
DeleteMacam udah lama tidak merasa makan kenduri di kampung sejak atok meninggal. Sekarang ni banyak kenduri dibuat di dewan. Teringat ada sekali tuh pergi kenduri kahwin di Tanjung Karang dapat goodies 1 kg gula pasir. Rare sangat
ReplyDeleteWah. Jarang orang bagi barang dapur sebagai goodies.
DeleteCantik doorgift . Sekarang banyak yg dah tak buat bunga telur.
ReplyDeleteKan.. dah lama tak dapat bunga telur.
Delete