Tarikh 9 Jun 2025. Hari Isnin. Masih cuti sekolah. Saya pergi kedai Ayam Ori.
Kedai Ayam Ori ni, selain ayam, ada jual daging, paru, bahagian lembu yang lain seperti sirloin, rib, topside, dan beberapa lagi bahagian yang saya pun tak biasa beli dan makan. Kalau nak niaga, senang beli sini, macam untuk chicken chop pun, dia ada sediakan ayam tu dah siap dalam packaging. Kambing pun ada, kena rajin buka peti ais dia. Banyak fridge besar kedai Ayam Ori ni, dan di luar setiap fridge ada tulis barang apa dalam fridge, dan harga semasa.
Harga pun berpatutan. Ayam pilih sendiri, letak dalam bakul di tempat dia timbang, dan cakap nak potong berapa.
Selain ayam, saya ada beli paru hari tu. Harga paru, RM7.
![]() |
Balik rumah, rebus paru bersama beberapa potong halia dalam periuk. |
Dah lama tak makan paru goreng. Teringat arwah mama saya dulu, goreng paru, sedap, makan dengan nasi. Silap pula tadi di kedai suruh orang tu potongkan paru untuk masak rendang. Kalau biar besar-besar pun takpe. Tapi, takpelah, sendiri juga nak makan.
![]() |
Sudah siap rebus paru |
Lepas rebus, barulah suami tolong potong nipis. Saya perap paru dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan garam.
![]() |
Lepas tu, goreng la. |
Saya goreng guna api perlahan, sampai buih minyak hilang. Agak lama juga la.
![]() |
Siap! |
Makan dengan nasi. Ada yang rangup, ada yang tidak. Sedap! 😋 Selain paru goreng, ada sambal tumis ikan bilis juga dan telur dadar. Lupa ambil gambar.
Oklah, tu je nak cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗
fav saya juga ni tapi tak pernah masak sendiri,saya sorang je yang makan
ReplyDeleteOh, ye ke.. sedap kan, Afzan.
DeleteAduhai, tgk paru goreng ni, terigt colek kelate...=D
ReplyDeleteHa ah. Ada, kan Nieza, dalam colek. Aduh.. sedak!
Deleteparu kalau garing-garing pandai makan, kalau tak garing tk reti 😁
ReplyDeletePulak.. hehe..
DeleteLeceh juga proses masak paru ni. Saya pernah tolong kakak saya masak sambal paru. Tapi tak makan paru. hihi...
ReplyDeleteHehe.. rajin tolong kakak walaupun Fizah tak makan. 👍
Deletesuka paru goreng tp tk suka yg garing sgt
ReplyDeleteGitew...
DeleteMA pun lunch lauk sambal paru tadi..dappp
ReplyDeleteKannn... MA.
DeleteFav SA jugak ni tot..dulu siap berjual buat sambal paru. Jual kat kawan office, diorang suka beli..tapi la ni x larat...ntah bila nak berjual semula
ReplyDeleteWah, mesti sedap ni, sampai ada bisnes sambal paru. 👍
DeleteSedapnya paru! Makan panas² sedap ni, tumpang dia garing lagi
ReplyDeleteItu la, memang syedap! 😋
DeleteSedap paru goreng. Saya suka ratah.
ReplyDeleteHa ah, ratah gitu pun sedap.
DeleteBanyak ni, sorang pun boleh habis, kannnn.
ReplyDeleteNi baru first trip, SK. Test goreng sikit dulu. Hehe..
DeleteSaya dulu tak pandai makan paru. Rasanya 3 tahun lepas kot cuit ayah punya lauk paru berlado, eh sedap plakk. Sekarang kalau beli nasi lemak, selalu ambik lauk paru hehe
ReplyDeleteHa.. belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, terus terjebak. Hehe
DeleteKakak nih, buat saya lapar 😄😄👍. Paru antara bagian dalam sapi yg saya suka. Yg lainnya saya kurang. Usus, otak, limpa, hati, saya tak suka. Babat yg macam handuk tuh saya kadang suka, kadang tak. Tapi paru memang suka sangaat
ReplyDeleteWah, samalah kita. 😊
DeleteSedapnya kalau ratah paru goreng ni.
ReplyDeleteBetul, betul!
Deleteparu-paru rebus udah enak lohh... tinggal kasih bumbu haha
ReplyDeleteSaya lebih suka digoreng. Hehe
DeleteBagus ada kedai jual bahagian khas dan tolong potongkan.
ReplyDeleteSuka lauk paru. Suka yang ada kenyal sedikit.
Ha ah. Tapi saya pun tak biasa beli. Beli lauk biasa juga yang semua orang makan.
Deletewah....saya juga nak cuba nanti....ada paru-paru belum masak lagi
ReplyDeleteSila, sila, Encik Hanafi.
DeleteParu goreng kalau buat sendiri mmg terpaling sedap... Raya baru ni malas nak masak rendang.. kita masak paru goreng berlado jer hihii..
ReplyDeleteSedap tu, Encik, paru goreng berlado. 😋
DeleteLinda tak reti makan organ dalaman nie..
ReplyDeleteLa, ye ke..
Deletesedap woooo paru goreng kalau dapat yang crispy krup krap krup eh habis dah hehehehehe dia punya makan tak sedar sepinggan dah lesap
ReplyDeleteHa ah, betul!
DeleteBukan ikut-ikutan nih Mbak. Saya juga sudah lama tak makan paru goreng...
ReplyDeleteSalam,
Bila ada rejeki, boleh makan ya, Pak, Insya-Allah.
DeleteMrs. A suka paru goreng yang kering dan garing.
ReplyDeleteTapi buatnya tak reti heeheee
Hehe.. kita yang buat dia, Mrs. A. Ikut resepi je.
DeletePeminat paru rupanya. Mesti puas hati tu dapat masak sendiri.
ReplyDeleteHa ah. Buat sendiri, dapat banyak banding beli. Alhamdulillah.
DeleteAmmi pernah goreng paru sekali je. Itupun SIL dah siap rebus dan marinate, dia bagi sebekas kita tinggal goreng je
ReplyDeleteSenang la, camtu. Tinggal goreng, dan ngap masuk mulut.
DeleteWahhhhh sedap ni. Mau bertambah nasi kalau makan dengan nasi panas. Paru ini memang ada peminat tersendiri
ReplyDeleteIye, KSarie. Memang mengundang nasi tambah. Punoh diet.
Delete