Masak Paru Goreng
Tarikh 9 Jun 2025. Hari Isnin. Masih cuti sekolah. Saya pergi kedai Ayam Ori.
Kedai Ayam Ori ni, selain ayam, ada jual daging, paru, bahagian lembu yang lain seperti sirloin, rib, topside, dan beberapa lagi bahagian yang saya pun tak biasa beli dan makan. Kalau nak niaga, senang beli sini, macam untuk chicken chop pun, dia ada sediakan ayam tu dah siap dalam packaging. Kambing pun ada, kena rajin buka peti ais dia. Banyak fridge besar kedai Ayam Ori ni, dan di luar setiap fridge ada tulis barang apa dalam fridge, dan harga semasa.
Harga pun berpatutan. Ayam pilih sendiri, letak dalam bakul di tempat dia timbang, dan cakap nak potong berapa.
Selain ayam, saya ada beli paru hari tu. Harga paru, RM7.
![]() |
| Balik rumah, rebus paru bersama beberapa potong halia dalam periuk. |
Dah lama tak makan paru goreng. Teringat arwah mama saya dulu, goreng paru, sedap, makan dengan nasi. Silap pula tadi di kedai suruh orang tu potongkan paru untuk masak rendang. Kalau biar besar-besar pun takpe. Tapi, takpelah, sendiri juga nak makan.
![]() |
| Sudah siap rebus paru |
Lepas rebus, barulah suami tolong potong nipis. Saya perap paru dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan garam.
![]() |
| Lepas tu, goreng la. |
Saya goreng guna api perlahan, sampai buih minyak hilang. Agak lama juga la.
![]() |
| Siap! |
Makan dengan nasi. Ada yang rangup, ada yang tidak. Sedap! 😋 Selain paru goreng, ada sambal tumis ikan bilis juga dan telur dadar. Lupa ambil gambar.
Oklah, tu je nak cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗





fav saya juga ni tapi tak pernah masak sendiri,saya sorang je yang makan
BalasPadamOh, ye ke.. sedap kan, Afzan.
PadamAduhai, tgk paru goreng ni, terigt colek kelate...=D
BalasPadamHa ah. Ada, kan Nieza, dalam colek. Aduh.. sedak!
Padamparu kalau garing-garing pandai makan, kalau tak garing tk reti 😁
BalasPadamPulak.. hehe..
PadamLeceh juga proses masak paru ni. Saya pernah tolong kakak saya masak sambal paru. Tapi tak makan paru. hihi...
BalasPadamHehe.. rajin tolong kakak walaupun Fizah tak makan. 👍
Padamsuka paru goreng tp tk suka yg garing sgt
BalasPadamGitew...
PadamMA pun lunch lauk sambal paru tadi..dappp
BalasPadamKannn... MA.
PadamFav SA jugak ni tot..dulu siap berjual buat sambal paru. Jual kat kawan office, diorang suka beli..tapi la ni x larat...ntah bila nak berjual semula
BalasPadamWah, mesti sedap ni, sampai ada bisnes sambal paru. 👍
PadamSedapnya paru! Makan panas² sedap ni, tumpang dia garing lagi
BalasPadamItu la, memang syedap! 😋
PadamSedap paru goreng. Saya suka ratah.
BalasPadamHa ah, ratah gitu pun sedap.
PadamBanyak ni, sorang pun boleh habis, kannnn.
BalasPadamNi baru first trip, SK. Test goreng sikit dulu. Hehe..
PadamSaya dulu tak pandai makan paru. Rasanya 3 tahun lepas kot cuit ayah punya lauk paru berlado, eh sedap plakk. Sekarang kalau beli nasi lemak, selalu ambik lauk paru hehe
BalasPadamHa.. belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, terus terjebak. Hehe
PadamKakak nih, buat saya lapar 😄😄👍. Paru antara bagian dalam sapi yg saya suka. Yg lainnya saya kurang. Usus, otak, limpa, hati, saya tak suka. Babat yg macam handuk tuh saya kadang suka, kadang tak. Tapi paru memang suka sangaat
BalasPadamWah, samalah kita. 😊
PadamSedapnya kalau ratah paru goreng ni.
BalasPadamBetul, betul!
Padamparu-paru rebus udah enak lohh... tinggal kasih bumbu haha
BalasPadamSaya lebih suka digoreng. Hehe
PadamBagus ada kedai jual bahagian khas dan tolong potongkan.
BalasPadamSuka lauk paru. Suka yang ada kenyal sedikit.
Ha ah. Tapi saya pun tak biasa beli. Beli lauk biasa juga yang semua orang makan.
Padamwah....saya juga nak cuba nanti....ada paru-paru belum masak lagi
BalasPadamSila, sila, Encik Hanafi.
PadamParu goreng kalau buat sendiri mmg terpaling sedap... Raya baru ni malas nak masak rendang.. kita masak paru goreng berlado jer hihii..
BalasPadamSedap tu, Encik, paru goreng berlado. 😋
PadamLinda tak reti makan organ dalaman nie..
BalasPadamLa, ye ke..
Padamsedap woooo paru goreng kalau dapat yang crispy krup krap krup eh habis dah hehehehehe dia punya makan tak sedar sepinggan dah lesap
BalasPadamHa ah, betul!
PadamBukan ikut-ikutan nih Mbak. Saya juga sudah lama tak makan paru goreng...
BalasPadamSalam,
Bila ada rejeki, boleh makan ya, Pak, Insya-Allah.
PadamMrs. A suka paru goreng yang kering dan garing.
BalasPadamTapi buatnya tak reti heeheee
Hehe.. kita yang buat dia, Mrs. A. Ikut resepi je.
PadamPeminat paru rupanya. Mesti puas hati tu dapat masak sendiri.
BalasPadamHa ah. Buat sendiri, dapat banyak banding beli. Alhamdulillah.
PadamAmmi pernah goreng paru sekali je. Itupun SIL dah siap rebus dan marinate, dia bagi sebekas kita tinggal goreng je
BalasPadamSenang la, camtu. Tinggal goreng, dan ngap masuk mulut.
PadamWahhhhh sedap ni. Mau bertambah nasi kalau makan dengan nasi panas. Paru ini memang ada peminat tersendiri
BalasPadamIye, KSarie. Memang mengundang nasi tambah. Punoh diet.
Padam