Thursday, July 31, 2025

Bila angin rajin datang

Tarikh: Jumaat, 11 Julai 2025

Saya bercucuk-tanam di luar rumah, sampai pukul 9 pagi. Cabut rumput, letak baja bunga, cantas mana yang perlu, dan siram pokok.

Siap berkebun, saya masuk dapur, dan masak pula

Daging goreng kunyit
Daging goreng kunyit

Masukkan daging dalam pressure cooker. Beli daging sekilo je, di pasar. Lepas siap dalam pressure cooker, goreng daging bersama bawang, cili, dan serbuk kunyit. Lepas tu, saya tengok dalam peti ais, ada sayur sikit.

Sayur kacang buncis dan lobak merah pecah telur.
Masak kacang buncis dan lobak merah pecah telur.

Saya terjangkit dari blog Anamizu, tergoda sungguh tengok Ana buat stok begedil 👉 Jemari Rajin Tambah Stok

Pertama kali saya goreng kentang. Sebelum ni, saya biasa rebus kentang tu. Ha ah, lebih bagus kentang itu digoreng. Jadi, adunan kurang berair. Kentang pun lembut juga, senang dilenyek dengan garfu saja. Saya tambah ayam kisar, bawang goreng dan daun sup. Sambil kacau dan membentuk adunan, air liur rasa nak meleleh. Wangi aroma dari bawang goreng, kentang goreng dan daun sup. Saya suka begedil ni. Kalau makan nasi campur di luar, kalau ada lauk begedil, mesti saya ambil seketul. Cuma itu la, malas bebenor nak membuatnya.

Begedil belum dimasak
Begedil belum dimasak.


Begedil homemade
Begedil sudah digoreng

Hitam sebab sibuk dengan handphone. Suami tanya nak order Zus tak, dia boleh pick-up kopi on the way balik rumah dari ofis. Saya sibuk order Zus kat app, lupa nak tengok begedil atas dapur.

Budak Hafizan yang kurang suka sayur pun, boleh makan begedil ni. Naik hairan saya. Masa tengah menggoreng pun, dia tanya, mama masak apa. Hahaha... sedapnya! 😋


Telur dadar
Lebihan telur celup begedil tu, saya buat telur dadar.

Alhamdulillah, rezeki pada hari itu. Saya biasa masak satu lauk je. Hari tu, kena sampuk angin rajin, dan bahan-bahan nak masak pun ada.

Daging kunyit, sayur kacang buncis, begedil dan telur dadar.
Daging kunyit, sayur kacang buncis, begedil dan telur dadar.

Seronok sebenarnya, masak di rumah ni. Tapi sebab saya seorang surirumah, hari-hari memasak, saya jadi malas. Tambahan pula, dapur outdoor. Cuaca panas. Bila masak, berpeluh. Bila rumah sendiri nanti dah pencen, nak buat dapur indoor je. Itu yang kena tambah semangat, dan idea, bila berkunjung ke blog rakan-rakan bloggers yang rajin memasak. 

Baiklah. Semoga urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye. 💗

40 comments:

  1. Air tangan seorang mak adalah lebih sedap walaupun simple. Buncis goreng dgn telur sedap kan.

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadiannya tu....good job Nur...keep it up..nanti SA hembuskan angin rajin dari jauh ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SA. 🤗 Saya cuba, Insya-Allah. Ye, ye.. saya tengah ambik angin rajin SA ni. Hehe..

      Delete
  3. bulat2 comey je kejadian bergedil tu.. ^^

    ReplyDelete
  4. bergedil ni tak pernah tak sedap kan. cantik kak nur buat, bulat comel gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Mazni. Kadang jadi elok, kadang herot juga.

      Delete
  5. Memang terserlah rajin ni Tot. Terus keluar 4 jenis lauk!

    Saya pun biasanya cuma satu atau dua lauk je. Alasan - hari-hari memasak jadi kurang rajin nak masak macam-macam. Yang makan cuma dua orang je 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple, dua orang suka hati, boleh masak apa saja. Ada anak cerewet, kita kena ikut selera dia orang. Kalau tak, penat je masak.

      Delete
  6. Kirim mai sini sikit kerajinan tu Nur... Begedil tu bukan susah pun nak buat kan, tapi itulah huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, nah, PH, saya tengah pass ni.. sila sambut. 💪💜
      Itu la pasal. Kena tunggu seru teringin nak makan tu mai, baru jadik.

      Delete
  7. sedap2 menu tu..lpr plak sbb tk lunch td

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi makan cepat. Nanti perut masuk angin.

      Delete
  8. Bila tengah kena sampuk rajin tu mcm2 nak dibuat...

    ReplyDelete
  9. Sy pun suka bergedil.. tp nk buatnya malas.. samalah jugak bila mkn kat luar kalau nmpk bergedil mst ambil.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ye, kakmim. Sebab malas buat sendiri, haruslah amik seketul kalau jumpa.

      Delete
  10. Ni baru angin... belum ribut... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ribut, dia siap keluar appetiser dan dessert, uncle. Hehehe...

      Delete
  11. tahniah kerana air tangan ibu n isteri mampu mengeratkan kasih syg sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. Bila rajin, macam-macam menu keluar kan Kak Nur. Suka juga bergedil tapi tang buat dia tu memang leceh. Bagus jugalah buat banyak sekaligus dan frozen kan. Senang nak makan gorengkan je. Guna portable kipas Kak Nur hala kat kita. Takpun pakai yang sangkut leher tu. Kalau panas-panas kat dapur ni kita jadi malas masak kadang. Malas nak bergaduh dengan panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la, Fizah. Ha ah, akak buat banyak, dan goreng 4 ketul je. Bagus idea Fizah. Ada fan neck kan. Nanti akak tengok kat shopee. Terima kasih, Fizah. 🤗

      Delete
  13. Sedapnya begedil..nak cuba buat juga lah nanti

    ReplyDelete
  14. Salam singgah..juadah lazat dari air tangan ibu yang baik

    ReplyDelete
  15. Betul panas, sayapun dapur luar. Rasa mencabar. Nak masak kena pagi-pagi sebelum matahari tegak kepala.
    Nyum. Bergedil nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kalau dah pukul 11, memang selamat la, baik beli di kedai. Huhu..
      Alhamdulillah. Sedap!

      Delete
  16. Samaaaa kak. Saya pun suka pergedel. Tp malaaaas nak masak hahahahahaha. Krn hrs goreng dulu, hancurkan, campur dengan yg lain, goreng lagi 🤣🤣🤣🤣. Tapi kalo rajin, saya buat banyak, taro freezer sebagian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... betul Fanny, agak leceh penyediaannya. Iya, buat banyak-banyak, bila nak makan, barulah goreng secukupnya saja.

      Delete
  17. sejujurnya saya cukup suka makan begedel ...

    ReplyDelete
  18. Begedil tu kegemaran saya! Tak puas makan dua tiga biji. Nak sepiring hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... ini peminat tegar begedil ni. Hehe.. Sedap kan, kak.

      Delete