Bila angin rajin datang
Tarikh: Jumaat, 11 Julai 2025
Saya bercucuk-tanam di luar rumah, sampai pukul 9 pagi. Cabut rumput, letak baja bunga, cantas mana yang perlu, dan siram pokok.
Siap berkebun, saya masuk dapur, dan masak pula
![]() |
| Daging goreng kunyit |
Masukkan daging dalam pressure cooker. Beli daging sekilo je, di pasar. Lepas siap dalam pressure cooker, goreng daging bersama bawang, cili, dan serbuk kunyit. Lepas tu, saya tengok dalam peti ais, ada sayur sikit.
![]() |
| Masak kacang buncis dan lobak merah pecah telur. |
Saya terjangkit dari blog Anamizu, tergoda sungguh tengok Ana buat stok begedil 👉 Jemari Rajin Tambah Stok.
Pertama kali saya goreng kentang. Sebelum ni, saya biasa rebus kentang tu. Ha ah, lebih bagus kentang itu digoreng. Jadi, adunan kurang berair. Kentang pun lembut juga, senang dilenyek dengan garfu saja. Saya tambah ayam kisar, bawang goreng dan daun sup. Sambil kacau dan membentuk adunan, air liur rasa nak meleleh. Wangi aroma dari bawang goreng, kentang goreng dan daun sup. Saya suka begedil ni. Kalau makan nasi campur di luar, kalau ada lauk begedil, mesti saya ambil seketul. Cuma itu la, malas bebenor nak membuatnya.
![]() |
| Begedil belum dimasak. |
![]() |
| Begedil sudah digoreng |
Hitam sebab sibuk dengan handphone. Suami tanya nak order Zus tak, dia boleh pick-up kopi on the way balik rumah dari ofis. Saya sibuk order Zus kat app, lupa nak tengok begedil atas dapur.
Budak Hafizan yang kurang suka sayur pun, boleh makan begedil ni. Naik hairan saya. Masa tengah menggoreng pun, dia tanya, mama masak apa. Hahaha... sedapnya! 😋
![]() |
| Lebihan telur celup begedil tu, saya buat telur dadar. |
Alhamdulillah, rezeki pada hari itu. Saya biasa masak satu lauk je. Hari tu, kena sampuk angin rajin, dan bahan-bahan nak masak pun ada.
![]() |
| Daging kunyit, sayur kacang buncis, begedil dan telur dadar. |
Seronok sebenarnya, masak di rumah ni. Tapi sebab saya seorang surirumah, hari-hari memasak, saya jadi malas. Tambahan pula, dapur outdoor. Cuaca panas. Bila masak, berpeluh. Bila rumah sendiri nanti dah pencen, nak buat dapur indoor je. Itu yang kena tambah semangat, dan idea, bila berkunjung ke blog rakan-rakan bloggers yang rajin memasak.
Baiklah. Semoga urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.
Jumpa lagi, ye. 💗







Air tangan seorang mak adalah lebih sedap walaupun simple. Buncis goreng dgn telur sedap kan.
BalasPadamYe, kan, kak. 🤗 Betul, sedap!
PadamCantik kejadiannya tu....good job Nur...keep it up..nanti SA hembuskan angin rajin dari jauh ye...
BalasPadamTerima kasih, SA. 🤗 Saya cuba, Insya-Allah. Ye, ye.. saya tengah ambik angin rajin SA ni. Hehe..
Padambulat2 comey je kejadian bergedil tu.. ^^
BalasPadamHehe.. mekasih. 😊
Padambergedil ni tak pernah tak sedap kan. cantik kak nur buat, bulat comel gitu!
BalasPadamMekasih, Mazni. Kadang jadi elok, kadang herot juga.
Padamwahhh rajin ni memasak hihihihi
BalasPadamSekali-sekala, Encik. 😁
PadamMemang terserlah rajin ni Tot. Terus keluar 4 jenis lauk!
BalasPadamSaya pun biasanya cuma satu atau dua lauk je. Alasan - hari-hari memasak jadi kurang rajin nak masak macam-macam. Yang makan cuma dua orang je 😄
Simple, dua orang suka hati, boleh masak apa saja. Ada anak cerewet, kita kena ikut selera dia orang. Kalau tak, penat je masak.
PadamKirim mai sini sikit kerajinan tu Nur... Begedil tu bukan susah pun nak buat kan, tapi itulah huhu...
BalasPadamNah, nah, PH, saya tengah pass ni.. sila sambut. 💪💜
PadamItu la pasal. Kena tunggu seru teringin nak makan tu mai, baru jadik.
semua sedap...
BalasPadamAlhamdulillah..
Padamsedap2 menu tu..lpr plak sbb tk lunch td
BalasPadamPi makan cepat. Nanti perut masuk angin.
PadamBila tengah kena sampuk rajin tu mcm2 nak dibuat...
BalasPadamBetul! Hehe..
PadamSy pun suka bergedil.. tp nk buatnya malas.. samalah jugak bila mkn kat luar kalau nmpk bergedil mst ambil.. hihi
BalasPadamSama kita ye, kakmim. Sebab malas buat sendiri, haruslah amik seketul kalau jumpa.
PadamNi baru angin... belum ribut... hehehe
BalasPadamKalau ribut, dia siap keluar appetiser dan dessert, uncle. Hehehe...
Padamtahniah kerana air tangan ibu n isteri mampu mengeratkan kasih syg sekeluarga.
BalasPadamTerima kasih, Abe Kie. Alhamdulillah.
PadamBila rajin, macam-macam menu keluar kan Kak Nur. Suka juga bergedil tapi tang buat dia tu memang leceh. Bagus jugalah buat banyak sekaligus dan frozen kan. Senang nak makan gorengkan je. Guna portable kipas Kak Nur hala kat kita. Takpun pakai yang sangkut leher tu. Kalau panas-panas kat dapur ni kita jadi malas masak kadang. Malas nak bergaduh dengan panas.
BalasPadamIya la, Fizah. Ha ah, akak buat banyak, dan goreng 4 ketul je. Bagus idea Fizah. Ada fan neck kan. Nanti akak tengok kat shopee. Terima kasih, Fizah. 🤗
PadamSedapnya begedil..nak cuba buat juga lah nanti
BalasPadamSila, sila, Linda. 😊
PadamSalam singgah..juadah lazat dari air tangan ibu yang baik
BalasPadamTerima kasih, Encik. Alhamdulillah.
PadamBetul panas, sayapun dapur luar. Rasa mencabar. Nak masak kena pagi-pagi sebelum matahari tegak kepala.
BalasPadamNyum. Bergedil nampak menyelerakan.
Betul! Kalau dah pukul 11, memang selamat la, baik beli di kedai. Huhu..
PadamAlhamdulillah. Sedap!
Samaaaa kak. Saya pun suka pergedel. Tp malaaaas nak masak hahahahahaha. Krn hrs goreng dulu, hancurkan, campur dengan yg lain, goreng lagi 🤣🤣🤣🤣. Tapi kalo rajin, saya buat banyak, taro freezer sebagian.
BalasPadamHehe... betul Fanny, agak leceh penyediaannya. Iya, buat banyak-banyak, bila nak makan, barulah goreng secukupnya saja.
Padamsejujurnya saya cukup suka makan begedel ...
BalasPadamWah, samalah selera kita, Encik.
PadamBegedil tu kegemaran saya! Tak puas makan dua tiga biji. Nak sepiring hihihi.
BalasPadamWah... ini peminat tegar begedil ni. Hehe.. Sedap kan, kak.
PadamBaca post ini masa waktu rehat di ofis. Langsung kelaparan sambil menyesal kenapa tak keluar lunch🥲. Rajinnya Tot buat begedil. Saya suka tengok blog/video orang masak sebab saya ni malas dooh nak memasak
BalasPadamHehe.. ala, cian dia. Saya pun paksa diri, KSarie. Bila malas masak, teringat arwah mama saya pernah cakap,"Jadi mak ni, kena rajin." Huuu...
PadamBegedil, sedap sedap. Lama tak buat sebab rajin lain macam 😄😄😄
BalasPadamMulan lagi rajin dari saya, buat bun hotdog dan sosej sendiri je, dari rumah. Respek!
PadamBila rajin gitu la hidangan atas meja nya.. kan hihii... sy kalau tak rajin makan srdin dalam tin jer la :D
BalasPadamItu tetap rajin ye, Encik, sebab guna kederat juga untuk keluarkan sardin dari tin dan masak. Hehe..
Padam