Tarikh: Khamis, 19 Jun 2025
Lepas Asar, selalu rasa gatal nak minum petang. Jalan-jalan naik kereta, tengok tempat mana yang sesuai dan tidak ramai orang, serta suasana sejuk di petang hari yang panas.
Ok, pergi Richiamo sajalah.
Sudah makan malam di rumah. Tapi beli makan lagi di sini.
![]() |
Dua americano, satu ais, satu lagi panas. Bersama hidangan sampingan. |
Kami sudah biasa minum kopi tanpa gula. Sekali-sekala, bila teringin, pesan juga kopi ada susu, seperti hazelnut latte, dan suami lebih suka caffe latte. Tapi kebanyakan hari, memang americano saja.
![]() |
Close-up americano panas dan sejuk. |
Mug kopi dia besar. Kopi pula panas. Minum sikit-sikit.
![]() |
Salted egg yolk croissant |
Suami suka suruh saya pesan croissant ni, bila datang Richiamo. Bila kita belah dengan pisau, nak bahagi dua, terkeluar dia punya filling telur masinnya yang melimpah ruah. Kena calit dengan croissant sikit-sikit supaya tak membazir.
![]() |
Chicken mushroom cream pie |
Yang mushroom pie ini, rasanya kali kedua pernah pesan. Sedap.
![]() |
Di luar sana, seberang jalan, ada bukit. |
Richiamo cawangan Teluk Muroh, Lumut ini, adalah di Stesen Minyak Petronas, on the way to Teluk Batik.
Ada satu lagi cawangan Richiamo di Stesen Minyak Shell Manjung Point, bersebelahan Aeon Mall Manjung, tapi sudah ditutup. Kami suka lagi minum sana dulu, sebab kurang orang.
![]() |
Harga mengopi petang itu, RM37.60 |
Cetakan pada resit, semasa saya pesan kopi dan snek petang, adalah jam 5.54 petang.
Pada hari tersebut, suami kerja shif pagi, balik petang. Itu yang mengopi waktu petang. Satu hari, satu cawan kopi sudah cukup. Alhamdulillah.
Ok. Jumpa lagi, ye. π
Salted egg croissant tu kira makanan wajib order kalau kami makan di Richiamo. Sedap π
ReplyDeleteOh, ye ke. Betul, sedap kan, Ujie.
DeleteLama x mengopi dekat Richiamo...teringat pulak kopi dia...
ReplyDeleteSila, sila, Sueann.
DeleteMacam menarik pula salted egg yolk croissant dan
ReplyDeletechicken mushroom cream pie tu. Baik, nanti saya nak cubalah. Puas hati mengopi kalau cawan dia besar kan.
Betul, Fizah. Memang puas hati mengopi di Richiamo. Berbaloi la, dengan harganya.
DeleteTak reti minum kopi kosong .tapi,kopi susu pun reti minum yang buat sendiri je...hihihi...
ReplyDeleteHihi.. buat sendiri lebih jimat, Linda.
DeleteWah, sedapnya chicken mushroom cream pie!
ReplyDeleteSedap, sedap! π
Deleteohh murah je salted egg croissant dgn mushroom pie tu. ingatkan belas2!
ReplyDeletehebat ni minum kopi tanpa gula. saya minum kopi yg ada susu tu secawan pun dah sakit kepala. suka bau kopi, tapi takleh minum hehe :(
Kecik je saiz pie tu, Mazni.
DeleteOh, begitu. Bagus juga tak minum kopi.
Oh biasa minum kopi tanpa gula ya Mbak?
ReplyDeleteSaya selalu minum kopi dengan gula, tapi sekarang dengan gula yang rendah kalori saja.
Mushroom pie...boleh juga nih Mbak. Pasti sedap...
Salam,
Ya, Pak. Lebih enak kopi pahit, dari manis.
DeleteAlhamdulillah, enak pie-nya.
Tak pernah lagi rasa salted egg croisant tu. Bolehlah dicuba nanti
ReplyDeleteSila, sila, Ammi.
DeleteChicken Mushroom Pie... Menarik ni.. Richiamo di Ampang takde pulak pie ni..
ReplyDeleteOh, ye ke. Mungkin habis stok. Kadang Richiamo sini pun habis juga sesetengah menu, seperti salted egg croissant tu.
DeleteSalted egg croissant tu belum pernah try...
ReplyDeleteSy suka Richiamo tapi lama dah tak singgah
Sila, sila, PH.
DeleteSaya sehari bisa 10 gelas hehe
ReplyDeleteSaya betul-betul suka kopi, tanpa gula lebih nikmat lagi
Dasyatnya, encik, sampai 10 gelas sehari.
DeleteKalau saya, sudah pasti sakit kepala.
Untung Richiamo dekat. Boleh lepak petang-petang minum kopi.
ReplyDeleteJarang-jarang juga. Kalau selalu, bocor poket. Huhu..
DeleteMushroom chicken cream pie itu besar juga saiznya.
ReplyDeleteSini Richiamo MITC dah tutup juga.
Itu la, semakin berkurangan cawangan Richiamo.
DeleteFilling terkeluar ala-ala lava gitu
ReplyDeleteHa ah, uncle.
DeleteLama x mkn RC.. menu wajib order salted egg croissant tu
ReplyDeleteKan, kakmim.
DeleteHarga kopi begitu menyebabkan saya rasa ketakutan untuk minum di luar hahaha...apa-apapun kenangan lebih mahal daripada harga yang kita bayar...itulah cara orang berjaya seluruh dunia menikmati serta mensyukuri kehidupan...beli pengalaman dan nostalgia untuk dikenang dengan rasa penuh bahagia
ReplyDeleteHehe.. hidup untuk dinikmati, Encik Hanafi. Insya-Allah, rezeki boleh dicari.
Deletelama tk singgah richiamo
ReplyDeleteSila, sila, mama tisya. Tapi kat KL, banyak kedai kopi boleh cuba, kan.
DeletePaling suka dia punya salted egg yolk croissant. Lama giler tak healing kat sini.
ReplyDeleteSila, sila, SS.
DeleteSelamat mengopi
ReplyDeleteMekasih, Wak.
DeleteMacam menarik 2 menu croissant dan chicken mushroom pie itu. Nampak macam kena buat hasutan untuk makan di sini nampaknyaπ
ReplyDeleteHaha.. sila, sila, KSarie. Boleh healing gitu, sambil menikmati kopi, makan pai dan croissant sedap. π
Delete