Monday, July 14, 2025

Sunday breakfast

Tarikh: Ahad, 29 Jun 2025

Hari Ahad ialah hari di mana kita boleh bermalas-malasan di rumah. Bagi saya, tidak perlu bangun pukul 4 pagi untuk memasak, kerana anak tidak perlu pergi sekolah. 

Hari Ahad, boleh berkebun lama sikit. Ambil bangku kecil, khas digunakan semasa berkebun, letak depan pokok bunga ros, dan boleh perhati bunga-bunga yang sedang kembang mekar, sambil cium bau wangi bunga. 

Hari Ahad, boleh buka peti ais, kumpulkan stok barang basah yang ada, dan masak ikut suka hati. 

Kuetiau goreng tak ada sayur, homemade.
Saya masak kuetiau goreng

Bila pergi kedai runcit, kalau beli sebungkus kuetiau, saya selalu beli juga 5-6 ekor udang, untuk diletak dalam kuetiau. Kuetiau goreng tak ada sayur. Letak fish cake juga, selain udang. 

Saya suka refer resepi Che Nom, untuk goreng kuetiau. 


Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam
Scrambled egg dan sosej frankfurter ayam

Buat lauk protein tambahan, telur hancur atau scrambled egg dan sosej frankfurter ayamas yang dikukus. Rasa masin, sosej tu. Ambil keputusan tak mahu beli lagi frozen food macam sosej di atas. 

Bila kita kurangkan pengambilan gula, deria rasa jadi lebih peka. Makanan proses rasa lebih masin. 


Nasi goreng dimasak guna perencah nasi goreng, homemade
Suami saya masak nasi goreng

Ada nasi secoet, dalam rice cooker dalam fridge. Suami goreng nasi, guna perencah. Bila guna perencah nasi goreng Seri Aji ke, Maggi ke, tak perlu letak garam kalau nasi secoet sahaja. Rasa dahulu, nanti takut masin pula.

Kena ada extra makanan, sebab kuetiau goreng kalau masak sebungkus, dua orang anak saja boleh habiskan. 


Home cooked breakfast
Alhamdulillah, rezeki pagi Ahad

Home cooked meal adalah yang terbaik. Rasa puas hati dan gumbira dapat sediakan makanan untuk dimakan seisi keluarga. Bersyukur dengan rejeki yang Allah berikan. 

Perasan tak, hari Sabtu dan Ahad berlalu dengan sangat pantas, banding hari-hari lain? 😁

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

52 comments:

  1. Kat rumah SA kuew Teow kureng laku...yang laku bihun ngan mee goreng..tapi sesekali SA buat gak la kuew teow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... lain orang ada citarasa masing-masing, kan.

      Delete
  2. Sedap kuetiaw goreng. Lagilah kalau ada cili jeruk. Cepatlah menambah kuetiaw dalan pinggan.
    Betul Cie. Memang cepat hari berlalu. Perasan hari jadi gelap sebelum maghrib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya Tot, bukan Cie. Hehe...
      Setuju dengan kak Amie. Kalau ada cili jeruk, lagi sedap jadinya, kuetiau goreng.

      Delete
  3. Linda memang buat kuetiau goreng je..mudah nak goreng...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Process food mostly banyak garam and MSG...sedap kuetiau goreng tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Sueann.
      Alhamdulillah. 😋

      Delete
  5. Ya betul. Kalau hari kerja lambatnya nak hari Jumaat. Tapi kalau hari sabtu ahad eh dah hari ahad. Isnin dah blues monday melanda.

    ReplyDelete
  6. pelbagai menu tu...kuehtiaw suka letak kerang or daging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang rajin guna kerang segar. Sebab kena rebus dulu. Kalau kerang tanpa kulit tu, khuatir berapa lama punya. Tapi sedap juga kan, goreng kuetiau letak daging.

      Delete
  7. Taufik belajar makan kuey tiaw ni masa sekolah menengah...itu pun sebab lapar...nasi, bihun dengan mee goreng dah habis...hasil nya sampai sekarang makan kuey tiaw goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. selalunya macam tu la ye. Bila tak ada makanan lain, kena makan apa yang ada. Sedap juga kan, kuetiau.

      Delete
  8. Samalah aktiviti kita, hari Ahad, hari bermalas-malasan di rumah, kutip2 bahan dlm peti ais, clearkan baju2 yang tak berlibat, kosongkan bakul baju yang nak dibasah. Saya suka hari ahad tp bila sampai waktu malam, mula 'ngeri' nak mengadap hari Isnin..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, saya petang Ahad tu, dah rasa kurang best, sebab weekend berlalu dengan sangat laju. 😁

      Delete
  9. Hari Ahad memang seronok tapi cepat berlalu pergi. Tahu-tahu dah Isnin, kena hadap Monday Blues pulak. Saya suka kuetiau halus, kurang sikit bau dia. Sedap pun sedap. Tambah udang bertambah sedap, lagi lagi kalau ada kucai dan tauge. Saya setuju dengan rasa frozen food tu. Memang masin. Saya pun dah lama tak beli process, frozen food. Makan bila teringin atau tak ada pilihan lain di kedai. Home cooked memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Lain kali, akak try kuetiau halus pula.

      Delete
  10. waahhh Ana paling suka k.teow goreng! sedapnyaaaaaaa nampakkk siap ada side dishhh nyummmm!

    ReplyDelete
  11. PH pula hari Sabtu Ahad super duper busy. Nak melawat anak² di asrama la, uruskan kain baju la, memasak la...
    Sedap kue tiau dgn udang, ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. faham, faham. Ye la, kan. Hujung minggu la, dapat melawat anak-anak di asrama.

      Delete
  12. Pagi dengan nasi goreng, ada juga kue tiau goreng untuk seisi keluarga, ah nikmat sekali Mbak.
    Kalau hari libur semacam sabtu atau ahad terasa lekas usai ya Mbak, demikian yang saya rasakan dahulu ketika saya masih bekerja.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tak sabar nak jadi macam Pak Asa. Mungkin lepas anak bongsu saya habis sekolah, dapatlah saya santai hari-hari, macam Pak Asa. Boleh la rileks sikit.

      Delete
  13. Sebungkus kuetiau 450gm je beratnya. Selepas masak jadi makin mengecut. Memang tak cukup la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cie. Tapi kalau goreng 2 bungkus, tak habis pula. Hehe..

      Delete
  14. Cantiknya scrambled egg dia... tak nampak scrambled pun. Macam di potong2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau halus sangat hancur, kang susah nak makan, uncle. Hehe..

      Delete
  15. fikiran kita sama dik hehehehhe hari minggu utk hari santai...sedap keowteo

    ReplyDelete
  16. Kuetiau kalau ada seafood pasti best.

    ReplyDelete
  17. Ye la, Tot. Lagi² hari ahad, sekejap jer dah petang. Hilang penat masak kalau semua makanan anak makan habis, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Tak puas weekend. Rasa nak pause sekejap masa. Hehe..
      Betul, betul! Alhamdulillah.

      Delete
  18. Best kan hari cuti..santai2, takde stress...tengok pula bunga2 yg cantik...terapi jiwa & minda...

    ReplyDelete
  19. Rajin suami Tot masak sekali. Terus jadi banyak hidangannya.

    Makin tua, saya makin mudah rasa masin. Dulu ok je makan sosej, sekarang saya dah tak boleh nak makan. Potong masuk dalam mi atau nasi goreng pun masih rasa susah nak telan sebab masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Ujie, nak habiskan stok makanan dalam peti ais.
      Setuju dengan Ujie. Saya pun rasa masin bebenor, sosej-nya.

      Delete
  20. banyak jugak tu ada dua jenis hidangan, nasi dan kueyteow.
    weekend memang berlalu dengan pantas, masa mencemburui tengok kita sedap bercuti huhu

    ReplyDelete
  21. Nampak Kuetiaw goreng terus terliur sebab favorite sangat2.

    ReplyDelete
  22. Semua makanan tu masuk tekak saya,maksud saya makan ..lazat sekali tu ya

    ReplyDelete
  23. Nampaksedap semuanya
    Selamat menyarap selera

    ReplyDelete
  24. Betul…masakan dirumah is the best tp saya selalu malas masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi kerja, jadi hujung minggu deserve untuk berehat.

      Delete
  25. Saya pun kalo dah Masin, memang stop makan. Tak kuat. Dah lama mengurangi garam, jadi lebih sensitif dengan yg masin2.

    ReplyDelete
  26. Ala....langsung kelaparan bila baca post ini di waktu rehat tengahari. Ketiaw goreng tuh KSarie paling suka sebab tidak ada sayur😋Suka sangat kalau dapat bermalas-malasan di hari minggu tetapi kadang-kadang tidak dapat kesempatan begitu kan. Bila ada rezeki boleh bersantai di hari minggu ayuhlah kita tidur sampai lebam begitu. Tapi benar sekali hari Sabtu Ahad sangat cepat berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, boleh geng dengan anak-anak saya, sebab suka kuetiau tanpa sayur. Hehe..
      Iya la, KSarie. Tak sempatnya nak tidur atau tergolek, mesti ada projek nyongket mana-mana. Huhu..

      Delete