Monday, August 18, 2025

Kuetiau dan pi sekolah Sulaiman

 Tarikh: Jumaat, 25 Julai 2025

Pagi-pagi, saya masak kuetiau goreng. Sila rujuk gambar di bawah. Jika anda pembaca tetap blog saya ni, mesti perasan ada kelainan dalam masakan saya. Ha, apakah itu? 

Saya letak sayur la, dalam kuetiau! Hehe.. biasanya, saya goreng kuetiau kosong je. Kali ini, saya letak daun kucai. Taugeh tak letak. Kalau letak, Sulaiman tak mau makan. Mengada sangat, kan. Huhuhu...

Kuetiau goreng homemade
Kuetiau goreng homemade

Kuetiau rasa pedas, tapi bolehlah tahan. πŸ˜‹

πŸ’œπŸŒΌπŸ’œπŸŒΌπŸ’œπŸŒΌπŸ’œπŸŒΌπŸ’œπŸŒΌπŸ’œπŸŒΌπŸ’œπŸŒΌπŸ’œ

Kemudian pada hari itu, saya pergi sekolah Sulaiman, pada pukul 8.45 pagi. Ada taklimat PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan Hari Interaktif.

Sudah lama saya tak pergi sekolah anak. Biasanya, suami saya yang pergi. Taklimat berlangsung di Dewan Ilmu

Mula-mula berlangsung taklimat dulu. Masa saya naiki tangga nak ke level dewan, ada seorang cikgu dah sambut saya dengan muka tersenyum, di anak tangga paling atas. Baiknya, cikgu. Kemudian baru saya tahu, yang cikgu itu adalah guru Hal Ehwal Murid (HEM). Lagi satu, dia punya tudung, sejibik sama dengan tudung saya. Warna pun sama. Hahaha... patut waktu salam dengan saya, cikgu tu senyum terlebih, mesti dia pun perasan, tudung sama. 😁 Kalau jumpa lagi seorang tudung sama, boleh buat group nasyid. Trio tudung hijo.

Masa saya masuk dewan, ada beberapa mak-mak budak sudah ada. Bila sudah semakin ramai, cikgu suruh isi borang daftar nama dulu. Saya tunggu orang kurang ramai, baru saya pergi tulis nama. 

Cukup masa pukul 9 pagi, taklimat dimulakan. Yang tak sempat tulis nama, cikgu minta duduk dulu. Takpe, sebab lepas habis taklimat, ada hari interaktif, kena isi borang kehadiran ibubapa juga.

Yang beri taklimat adalah Puan Guru Besar. Saya kenal cikgu besar ni, sejak anak sulung saya masih di sekolah Sulaiman lagi. Kira, ketiga-tiga anak saya bersekolah menengah di sini, selama 5 tahun. Hahaha.. ha ah, anak-anak saya tiada seorang pun yang masuk asrama. Stay bawah ketiak mak sampai SPM, gitew. 

Tapi masa anak sulung, Amirul, dapat masuk matriks, saya ada pergi jumpa cikgu besar, sebab ada borang perlu pengesahan pegawai kerajaan gred A. Dan cikgu besar atau Puan Pengetua boleh tolong cop borang. Masa tu, saya pergi dengan Amirul, masuk bilik pengetua. Dia sembang dulu. Dia kata, kalau masuk matriks, perlu dapat pointer bagus, barulah mudah dapat tempat di universiti awam. Ha, betul apa pengetua cakap. 

Untung juga saya datang sekolah pada hari itu. Sebab pengetua sudah mahu bersara, dan Jumaat itu adalah Jumaat terakhir pengetua bertugas. Masya-Allah. Dapatlah jumpa pengetua buat kali terakhir. Pengetua mula bertugas di sekolah Sulaiman sejak tahun 2020.

Saya tulis di sini, intipati apa yang penting dari taklimat itu ye. Untuk rujukan saya.

🌸Sekolah Sulaiman ada pelajar seramai 1300 orang. Ramainya! Sekolah sudah tak boleh menampung. Blok baru akan dibina di padang. Jadi, padang sekolah akan jadi lebih kecil.

🌸Tingkatan 1 sahaja ada seramai 432 orang. Ayoyo...

🌸SPM bulan Disember.

🌸PBD untuk anak-anak Form 1-3: Continuos, hari-hari kena pergi sekolah.

🌸Sekolah Sulaiman ada seramai 93 murid pendidikan khas

🌸Cikgu-cikgu selalu kena tegur, sebab muka masam. Parents tegur, parents marah pengetua. 

Cikgu besar banyak cerita apa yang berlaku di balik tabir. 

Saya faham tentang kesulitan kerja seorang cikgu itu. Sebab itu, saya takkan sangka bukan-bukan kalau ada cikgu muka masam dengan saya. Maksud saya, kita yang handle anak berapa orang ni pun, ada rasa serabut. Tapi cikgu kena handle berapa ramai orang dalam satu kelas. Kena ikut arahan kementerian lagi. 

Itu je la yang tercatit dalam Notes di telefon saya mengenai taklimat tu. Saya tak catit detail sangat tentang PBD tu. Tapi bagus la, jadi boleh pantau perkembangan seseorang murid. 

Lepas habis taklimat, seterusnya ada Hari Interaktif. Ambil keputusan peperiksaan anak, cakap dengan cikgu kelas, dan tandatangan. Sulaiman ada gagal 4 subjek. Dulu, dia gagal, markah dia 1 angka. Sekarang dia walaupun masih gagal, tapi markah sudah naik 2 angka. Hahaha... saya memang macam ni dari dulu, saya terima seadanya keputusan anak. Sebab apa? Sebab saya dulu pun, gagal 3 subjek juga masa percubaan SPM. Kalau fail 3 daripada 4 subjek elektif, SAP. Itu la saya dulu. Mak saya pun cakap kalau tak dapat offer belajar, kawin je ler. Tapi masa SPM betul, saya lulus, Alhamdulillah, gred 1 lagi. 

Tapi kami tetap hantar Sulaiman tuition, sebab ada kemajuan dalam pelajaran dia. Alhamdulillah. Kalau kita nak tolong sendiri, tak mampu. Last tolong Sulaiman buat add maths, ambil masa setengah jam untuk selesai satu soalan. Huuu...

Panjang karangan. Tapi takde gambar, sori. Semoga anak-anak Tingkatan 5 semua dipermudahkan urusan belajar, dapat jawap periksa dengan hati yang tenang dan terang. 

Jumpa lagi, ye. πŸ’—

32 comments:

  1. Makin lama sekolah makin sesak dengan pertanbahan murid setiap tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la, kak. Sekolah baru patut ditambah. Tak best sekolah dua sesi ni. Ramai sangat.

      Delete
  2. 432 budak F1? Mau nak kena ada 11 kelas baru tak cramp sangat walaupun cramp juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ammi, lebih kurang itu juga. 11 ke, 12 kelas yang ada. Lupa cikgu cakap. Itu la sekolah ni, dua sesi. Form 1 dan 2 waktu petang.

      Delete
  3. Tahniah, Sulaiman.. Alhamdulillah, banyak peningkatan Sulaiman dalam pembelajaran atas doa dan usaha ibu ayah. Semoga Sulaiman dapat ikut jejak abang²nya ke puncak menara gading, insyaAllah, Amiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cakap kat dia, mesti Sulaiman malu. Hehe.. Aminnn, YRA. Mekasih, SK. πŸ€—

      Delete
  4. Boleh pulak ye tersama tudung dengan cikgu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler.. tak pernah berlaku seumur hidup.

      Delete
  5. Sek abang Mu'az pun ramai muridnya..sek dia dah besar, banyak blok, tapi tetap 2 sesi..tingkatan 1 je ada 10, 11 kelas..tingkatan lain² pun sama agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramainya. Itu la, sekolah dua sesi, kan. Biasa lepas tingkatan 3 naik tingkatan 4, jadi kurang sikit sebab ramai yang masuk asrama.

      Delete
  6. Kalau ada kucai, kena ada taugehnya. hihi...kalau camtu kena keluarkan dulu yang Sulaiman punya, pastu baru tambah taugehnya. Kuetiau ni kalau ada rasa pedas-pedas sikit sedap. Tapi kalau pedas sangat saya pun tak tahan berlawan dengan pedas. hihi...
    Bagusnya cikgu menyambut kedatangan ibubapa. Eh eh boleh pulak tersama tudung ye.
    Mencabar jadi guru zaman sekarang ni. Nak kawal pelajar yang semakin ramai.
    Alhamdulillah ada juga improvement tu. Tahniah Sulaiman. Semoga terus meningkat lagi dan lagi. Yang penting ada usaha. Good luck untuk semua calon SPM 2025.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak malas nak keluarkan dulu. Hehe..
      Terima kasih, Fizah. Aminn... YRA. πŸ€—

      Delete
  7. Haaaa! Warna macam ni mesti tak pedas... I like!

    ReplyDelete
  8. ibu bapa sentiasa buat terbaik buat ank2..

    ReplyDelete
  9. Paling tak suka kalau baju @ tudung tersama dgn orang ahak!
    Doa yang baik2 utk Sulaiman dan semua anak2 Batch 08. Sy pun risau dgn Abang ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ha ah, segan pula kita, boleh tersama.
      Terima kasih, PH. Jangan risau, Insya-Allah, kita doa je yang baik-baik untuk anak-anak kita. πŸ€—

      Delete
  10. Sama anak2 kat rumah ni, semua duduk rumah sampai SPM. Dua2 pihak ibubapa dan guru kena sama2 berganding bahu untuk kecemerlangan anak2/pelajar kan. All the best semua anak2 SPM, moga cemerlang dunia akhirat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. sama ye, kita. 😊
      Terima kasih, Mulan. Amin... YRA... 🀲

      Delete
  11. Begitu banyak cabarannya cikgu sekolah sekarang daripada yang dulu. Semuga sulaiman cemerlang pelajarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kak.
      Aminn... terima kasih, kak Notie.

      Delete
  12. Sayapun pernah sekolah yang ramai murid. Jadi faham huru-hara. Haha selalu keluar rehat kantin makanan hendak habis.
    Semoga Sulaiman berjaya dalam SPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, itu biasa kan, NA. Saya dulu malas beratur beli makanan. Cari benda tak ramai orang beli, contohnya burger. Beli satu, share dua orang makan.
      Aminnn... YRA.. terima kasih, NA.

      Delete
  13. Sa x suka anak- anak sekolah 2 sesi..kalau boleh biar 1 sesi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu juga. Tapi di tempat saya, sekolah satu sesi agak jauh. Inilah sekolah menengah paling dekat dengan rumah.

      Delete
  14. Hari bertemu waris dan taksiran biasanya boleh nampak muka cikgu letih. Kita parents kena cuba faham banyak yang cikgu perlu uruskan macam-macam perkara di sekolah dengan perangai murid-murid yang aneka ragam. KSarie pun biasanya cuba berlapang dada kalau cikgu tak dapat nak senyum, etc. Pujuk hati juga tengok result dua orang anak bujang bertuah tuh yang sakan berlumba-lumba merekodkan markah terendah begituπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap KSarie. Hehe.. lumba-lumba ye.. Insya-Allah, slowly bila semakin meningkat umur, result dia orang akan improve.

      Delete
  15. Ada jugak meeting macam ni rupanya sekarang. Dulu ingat ada meeting PIBG dan perjumpaan ibu bapa pelajar PMR SPM je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, BK, setahun sekali, jumpa cikgu, bincang prestasi anak dalam periksa.

      Delete
  16. Mi goreng kwe tiaw goreng, paling sedap kalau ada toge dan kucai lah πŸ˜„πŸ˜„πŸ‘πŸ‘.

    Ramaaaai juga students nya ya kak. Saya teringin juga merasakan kelas ramai begitu. Dari zaman sekolah, sampai kuliah di Penang, saya selalu dpt kelas yg isinya limited students. πŸ˜„. Tak lebih dari 20 murid. Ada bagusnya , JD guru2 bisa lebih fokus mengajarkan muridnya. Tapi jadi tak ramai πŸ˜…πŸ€£

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, akak pun lebih suka kuetiau goreng yang lengkap dengan taugeh dan kucai.
      Ramai-ramai, bising dan pelbagai karenah orang, Fanny. Baik bilangan lebih kecil, jadi guru boleh fokus mengajar dan target students yang lemah.

      Delete