Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025
Bersambung dari entri sebelum ini.
Selepas sarapan di Restoran Nasi Ulam Lumut, saya dan suami singgah pula di 989 Kopi, mengopi pula.
![]() |
Americano panas kosong, latte ais dan croissant sebiji. |
Bila order croissant, dia bagi satu kiub kecil butter. Bila saya mula mengopi di sini, baru saya tahu makan croissant tu, calit butter. Kalau tak, saya makan croissant begitu saja, atau celup kopi panas. Ha.. Dari kad chop yang saya simpan, dapat claim biskut chocolate chip sebiji. Setiap kali mengopi, kita bagi kad cop tu, dia cop sekali. Cukup 4 kali cop, boleh claim apa-apa yang di bawah harga sekian-sekian.
![]() |
Kedai 989 Kopi, ambil gambar dari tempat duduk mengopi. |
Kedai ni ada keluarkan merchandise dia sendiri. Ada baju, dan totebag. Totebag dia lawa, ada design doodle, lebih kurang macam cookie wrapper dia kat gambar bawah ni.
Kami kongsi makan croissant dan biskut chocolate chip.
![]() |
Suami tinggal separuh cookie untuk saya. |
Cantik cookie holder atau cookie wrapper dia.
Sebab saya tak cukup 10 ribu langkah lagi (refer entri sebelum ini), selepas habis mengopi, saya pun pergi jalan-jalan.
![]() |
Pemandangan di Esplanade Wing Lumut. Feri nak ke Pulau Pangkor. |
Sebab cuaca pun tak panas. Hujan baru berhenti.
![]() |
Suka ambil gambar pokok besar. |
Rasa nyaman. Burung merpati di bawah sedang mandi dalam lopak air hujan. Bila saya ambil gambar dia, terus dia duduk tegak. Hehe..
![]() |
Burung merpati |
Saya masih tak cukup 10 ribu langkah. Lepas tu, kami pergi beli barang dapur di Pasaraya TF.
![]() |
Data berjalan kaki selepas mengopi, di kawasan Esplanade Lumut. |
Selepas shopping TF, baru cukup. Misi 10 ribu langkah, hari ke-9.
Update terkini: Saya sempat buat 10 hari saja misi 10 ribu langkah ni. Haha.. Memang payah, sebab ada je komitmen lain lebih penting kena utamakan dulu. Takpe la. Ada rezeki lain kali, boleh mula semula.
Jumpa lagi, ye. 💗
Wah, ada croissant! Saya suka roti bulan sabit ni.
ReplyDeleteJalan2 mall je baru senang cukup 10k langkah. Hihi. Kalau tak memang susah la. Kena berjalan banyak kilometer baru la cukup.
ReplyDeleteCroissant 🥐 dgn coffee ☕ mmg pair yg sangat sinonim hihii.. 10k langkah sehari ye.. hebat hebat.. kita nak dpt 5k sehari pun payah hihii.. mungkin sbb malas kot hahaha
ReplyDeleteTahniah Tot dapat buat 10 hari berturutan 10k steps 👏🏽
ReplyDeleteYelah, cantik cookie wrapper tu. Memang menariklah design totebag gitu.