Tuesday, September 2, 2025

Ikan goreng berlada

 Tarikh: Rabu, 6 Ogos 2025

Kat rumah, ada ikan mata besor atau ikan Uji Rashid. Beli 4 ekor hari tu. Perap dengan serbuk kunyit lalu digoreng.

Gambar sedang memasak ikan goreng berlada
Cooking in progress

Sementara ikan digoreng, cili merah dan  cili hijau dibuang biji, dihiris halus dan saya kisar guna pengisar manual. Cili padi tanam sendiri pun masuk juga, beberapa biji. Tarik tali untuk menggerakkan mata pisau. Jenuh juga, kena goncang-goncang pengisar dan kisar balik. Lepas tu, terbalikkan pengisar, lepas tu kisar balik. Workout yang bagus untuk lengan. Bila la nak beli chopper elektrik ni. Nak tumbuk guna lesung, tak sanggup saya.

Saya tersilap pilih kuali. Hilang ingatan kejap. Ada kuali buat goreng ikan, dia jadi tak lawa. Ada kuali buat goreng ikan, comel je ikan kita. Tapi takpe la. Kita juga yang nak makan.

Ikan goreng tak berapa cantik kejadian
Ikan goreng tak berapa cantik kejadian

Teksture cili yang sudah dikisar manual adalah seperti berikut.


Teksture cili dikisar untuk masak ikan goreng berlada
Teksture cili yang saya nak, tak berapa halus.

Masak dulu cili tu hingga berubah warna menjadi lebih gelap, bubuh garam sikit dan kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng. 

Ikan goreng berlada
Siap! Ikan goreng berlada.

Jadi, Alhamdulillah. Bon appetit.

Hari ni, nak masak apa, kome? Saya plan hari ni nak ke supermarket beli bahan mentah. Peti ais sudah licin.

Jumpa lagi, ye. πŸ’—

23 comments:

  1. SA plak lain.suka tumbuk guna lesung batu dari guna chopper...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat SA. Saya kalau tumbung guna lesung, tak tahan tangan pedas tempias cili.

      Delete
    2. tumbung pulak, typo tumbuk.

      Delete
  2. Wak x masak .. order mamak je .. hehe

    ReplyDelete
  3. Ramai x suka beli ikan ni...sebab rasa dia kurang sikit..tapi kalo enhance masak berlado licin jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. saya beli je, mana-mana ikan segar yang mata dia tak merah. Hehe..

      Delete
  4. kalo menu camni lawan die ngan sayur lemak putih sodap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, tapi hari tu, saya cuma masak satu lauk je. Tak cukup rajin.

      Delete
  5. Peti ais kena penuhkan balik tu nampaknya. Mesti lepas ni banyak menu keluar. Kalau ikan goreng berlada macam ni, tak perlu lauk berkuah nanti kacau rasa.

    ReplyDelete
  6. Senang guna chopper tapi tu la texture dia tak cantik sangat. Kadang malas nak tumbuk guna lesung kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab pedas kena tempias cili kalau guna lesung.

      Delete
  7. Rumah sayapun tiada pengisar kecil untuk kisar bahan-bahan tumis. Memang tumbuk sahaja.
    Hehe asal sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kita guna je apa yang selesa dan mudah untuk kita, ye NA.

      Delete
  8. Saya pun ingin beli Chopper kak. Soalnya selama ini pakai blender, jadi halus sangat πŸ˜…πŸ˜…. Padahal kadang saya nak bentuk cacahannya masih kasar. Makanya butuh chopper, tp yg elektrik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Akak pun suka kalau hasil rencah nak dikisar tu, tidak halus sangat.

      Delete
  9. Chopper ni bagus juga. Jimat elektrik juga. Tak ada elektrik, boleh guna. Saya prefer tumbuk kalau masakan begini. Ikut keselesaan dan selera masing-masing gitu. Betul, kuali pun main peranan. Yang jenis melekat tu memang tak elok jadinya ikan goreng kita. Ringkas masakan ikan goreng berlada. Ada lauk ni pun okay dah, tambah ulam sikit dah siap hidangan kalau untuk sayalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fizah. Tak perlu lauk banyak², kan.

      Delete
  10. Hehehehe...baru tau namanya ikan Uji Rashid. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas. Langsung la lapar sebab baca post ni waktu lunchπŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya, nyonya jual ikan yang cakap. Sejak tu, boleh kenal. Sedap, KSarie. Alhamdulillah.

      Delete