Saturday, September 6, 2025

Jumpa doktor dan keputusan ujian darah

 Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025.

Saya ada cerita tentang temujanji buat ujian darah di sini 👉Ambil darah.

Ambil masa seminggu untuk tahu keputusan darah dan jumpa doktor sekali. Temujanji jumpa doktor pada hari itu adalah pukul 2 petang.

Saya daftar dan bayar seringgit.

Nombor giliran jumpa doktor Hospital Manjung
Nombor giliran.

Keputusan Yang ok

Tekanan darah

Gula ✅ (Bacaan gula saya 5, waktu puasa)

Buah pinggang

Dan lain², normal.

Yang tak ok

Result tiroid

❌ T4 tinggi. Julat paling tinggi 14. Saya terlebih sikit, 15.

❌ TSH rendah.

Tukar dos ubat thyroxine dari selang seli 1 biji isnin, 1 1/2 biji selasa and so on kepada 1 1/4 ubat, setiap hari.

Doktor kira dos ubat pakai kalkulator.

Saya cakap pada doktor, yang ubat terlampau kecil untuk dipotong suku. Potong setengah pun payah. Doktor kata, no choice.

Kolesterol saya tinggi. Bacaan 8 lebih. 8.6 ke, 8.7. Doktor tunjuk pada saya keputusan darah dalam fail saya. Doktor kata, tinggi. Kalau biasa dia tengok tinggi, 6. Ini jarang jumpa, 8. Doktor tanya, ada sejarah keluarga ke, ada masalah kolesterol tinggi. 

Entah, tak pernah tanya papa mama result kolesterol dia orang. Tapi papa pernah buat pembedahan bypass jantung. 

Kena makan ubat kolesterol, doktor cakap.

Ubat kolesterol, Statin.
Statin, ubat kolestol.

Nama ubat, simvastation 10mg, makan sebiji.

Perasaan?

Saya tak jangka begini. Saya rasa sedih dan kecewa. Penat je saya workout. Hampir setiap hari dalam seminggu, saya bersenam. Kalau tak berjalan di luar, saya guna walking pad dalam rumah. Saya berpeluh masa bercucuk-tanam. Saya buat strength training (latihan beban). Tapi kolesterol tinggi. 😕😞😟😢

Senarai makanan tinggi kolesterol, doktor hospital bagi.
Senarai makanan tinggi kolesterol, doktor bagi.

Doktor bagi ni, sebagai rujukan saya. 

Saya tiada mood untuk buat apa-apa. Like a zombie, I force myself sambung kerja gardening, dan buat kerja rumah. Tak IF sebab sedih. 

Tapi saya sangat bersyukur kerana kini bila saya tahu, saya boleh ubah cara pemakanan saya. 

Sebab makan banyak makanan ada trans-fat kah? Sebab keturunan kah? Sebab saya stress kah?  Rahsia Tuhan. Rasa lost. Alangkah baiknya kalau dapat petunjuk atau orang bagitahu saya, kat mana saya buat salah? Jadi, saya boleh betulkan. 

Sarapan saya.
Sarapan keesokan harinya.

Sarapan pukul 7 pagi esoknya, sebelum mula berkebun. Nasi sikit bersama sayur kacang panjang dan lobak, bersama timun dan pisang sebiji bersama telur rebus.

Saya ada buat benda yang betul, kan? Sebab result lain ok, cuma tiroid dan kolesterol. Bacaan gula pun ok. 

Jadi, cuma 20% saja bersenam, 80% pemakanan, memang betul. Kalau hari-hari kita bersenam, tapi kita makan semua, macam bela saka, tak boleh. Zaman saya-boleh-makan-apa-saja-sebab-saya-lari-10km-setiap-hari sudah berlalu. Masuklah fasa di mana pemakanan juga penting. Oh, lagi satu, saya bukan minum air manis pun. Saya minum kopi dan teh, tanpa gula. Saya tak minum air berkarbonat atau jus dari kotak. Ok, seminggu, mungkin 2-3 kali saya minum hazelnut latte yang ada gula dan aiskrim. 

Mungkin saya ambil banyak benda dari tepung. Tepung boleh buat keradangan dalam badan. Makanan dari tepung seperti kuih-muih, kek, pastries, roti, dan seangkatan dengannya.

Oh, lupa nak cakap, berat saya. Doktor suruh naik penimbang di hospital semalam, berat saya 56.5kg.

Saya kurus. BMI saya normal. Tapi kolesterol saya tinggi, dan saya masih sedih.

Ayam rebus.
Lauk tengahari hari itu, ayam rebus.

Saya rebus ayam sampai air surut. Lebur je ayam dalam kuali non-stick bersama segala jenis herba kering seperti lada hitam, thyme, parsley, dan rosemary.

Ayam rebus, menu sihat, masak tak guna minyak
Siap, menu sihat, ayam rebus, tak guna minyak.

Beberapa hari kemudian

Saya ada bagitahu adik-beradik saya, tentang kolesterol saya tinggi. Sebab dia orang tak buat check-up, saya suruh kakak-kakak saya buat. Sebab papa kami pernah buat bypass. 

Apa itu pembedahan bypass atau pintasan jantung
Apa itu pembedahan bypass

Beberapa hari kemudian, kakak sulung saya buat medical check-up di hospital swasta. Selain ujian darah, dia buat juga CAT scan, di mana doktor ambil gambar jantung. Resultnya, kakak sulung juga kolesterol tinggi, bacaan 6 lebih (saya, bacaan 8 lebih). Selain itu, doktor jumpa plak dalam arteri belah kiri jantung. Sedikit. Plak dalam salur darah ni, boleh buat aliran darah jadi sempit la, ye. Untuk pengetahuan pembaca, kakak saya pelari ultra. Baru minggu lepas, dia berlari 109km di TMBT (The Most Beautiful Thing, event trail running di Sabah).

Ok. Mungkin sebab genetik, waris dari bapa, kami adik-beradik kolesterol tinggi. Wallahulam. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.

Akhir bulan

Pada akhir bulan Ogos, saya ada ambil ujian darah di klinik swasta. Ini adalah kerana, keputusan hospital hari tu, bagitahu total kolesterol. Dia tak detail bagitahu kolesterol baik berapa, kolesterol tak baik berapa. Suami saya yang cadangkan. Nanti, saya akan kongsikan cerita tentang ini lain kali di lain entri, ye.

Terima kasih kerana membaca. Saya Alhamdulillah, sihat, semasa saya taip entri ini. Saya ikut cakap doktor, saya makan ubat. Saya juga sudah jaga pemakanan saya. Saya cuba untuk makan real food dan kurangkan makanan proses. Mana yang saya mampu la, ye.

Saya bersyukur saya dapat tahu tentang ini. Sebab ini pertama kali doktor suruh tengok bacaan kolestrol. Tak pernah, dah bertahun-tahun saya ambil ubat hospital, untuk check bacaan tiroid sahaja.

Masa saya sedih hari tu, semasa baru terima result blood test, macam-macam benda bukan-bukan saya fikirkan. Saya teringat Asyraf Sinclair. Arwah kan main gym, tapi meninggal sebab jantung, kan. Saya teringat 2-3 marathoner yang pengsan waktu berlari, dan meninggal. Saya teringat orang tengah main badminton tiba-tiba jatuh pengsan dan mati juga. Footballer pun ada. 

Allahuakbar. Syukur saya dapat tahu. Jadi, saya boleh ambil tindakan apa patut iaitu menjaga pemakanan saya. Kome tolong doakan saya diberi kekuatan, ye. Benda ni sukar bagi saya. Saya kena ubah cara hidup saya. Saya kan, suka makan. Sebab itu saya banyak bersenam, sebab saya suka makan. Huhuhu.... 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Saya pernah terbaca bagaimana penerimaan kita apabila mendapat tahu ada penyakit. Kiranya kolesterol tinggi itu penyakit juga kot. Katanya, kita kena terima, kerana mempunyai penyakit merupakan permulaan untuk sihat. Dengan kata lain, kita mula memperhatikan pengambilan makanan dan mengamaljan faya hidup sihat. Cue jangan rasa putus asa, nanti stress. Stress itu juga salah satu wujudnya penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terima, kak Amie. Terima kasih, atas kata-kata akak. Itu la, sedang cuba untuk happy. 🤗

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat kesan awal. Harap lepas ini keputusan ok tidak perlu makan ubat. Amin

    ReplyDelete
  3. Sy tak tau nak cakap apa sbb Sy pun dah lama tak buat check up. Cuba mungkin Nur boleh cari & research info ttg kolesterol (cara turunkan kolesterol dsbnya) sbb bila kita ada info ttg sesuatu kita jadi lebih tenang dan senang nak hadapi/lawan. Know your enemy gitulah lebih kurang maksud Sy.
    Sy doakan Nur dan kita semua baik² saja

    ReplyDelete
  4. Banyak je petua turunkan kolesterol nanti try amalkan. Orang kurus selalunya bacaan kolesterol tinggi. Kalau 5-6 macam tu Dr suruh control diet dulu. Tinggi 8 tu memang kena on ubat la dah.

    ReplyDelete
  5. Ni yang penting cek darahkan? Buat kita alert sentiasa

    ReplyDelete
  6. Ehh takpe takpe jangan sedih. Pernah jugak dulu kolesterol 8 lebih. Makan sekejap je ubat. Ada kawan suggest ambil Palestine Extra Virgin Olive Oil (Pevoo). Ambil 1 sudu besar pagi & juga malam. Ada juga yg gaul dengan nasi. Doctor kata jangan pikir lebih2 sebab mengundang stress tp kita mak2 pikir nak masak pun macam pikir hal negara. Takpe Nur. Jangan sedih. In syaa Allah ok nanti kolesterol tu. Hugs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mulan. Huhu... I love you. Terima kasih kerana memahami. Dan thank you, share info tentang olive oil tu. Saya take noted. Sekarang pun kalau masak sayur, saya campur olive oil. Hugs balik. 🤗

      Delete
  7. Takutnya.. saya tak pernah buat full medical checkup macamni. Lagikan kita ni orang muda yg kadang2 suka makan benda merapu 😭

    Saya faham kesedihan akak. Rasanya bila baca blog ni, memang banyak cerita pasal briskwalk, berkebun n jarang ambil processed food. Tapi ada jugak penyakit nak ikut sekali. Semoga sentiasa diberikan ksihatan yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Mazni. Semoga Mazni juga sihat-sihat selalu.

      Delete
  8. I feel you kak.... Memang akan berasa percuma semua usaha yg telah kita lakukan, workout, strength training, jaga makan, tp ternyata kolesterol tetap tinggi. Saya pernah di posisi itu, tapi saat itu asam urat yg lebih sedikit. Itupun ada hubungan juga dengan kolesterol.

    Saya belum cek lagi, jadi tak tahu hasil.

    Memang sediiih, tapi at least sekarang kita tahu di mana kurangnya, walaupun kita tak tahu salahnya di mana... Apa yg harus diimprove kan. Dan itu yg bikin stress dan sedih

    Ada yg bilang kesaya, coba puasa Daud, puasa selang seling. Saya belum coba... Sebab jika saya puasa, saya tak bisa masak, Krn tak bisa mencicipi makanan. Takut hambar pula nanti. Atau mungkin puasa Senin Kamis yaa. Nantilah, saya pun belum tahu nak buat apa dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak google apa itu asam urat. Oh, gout rupanya.
      Iya, akak pun ada dengar, puasa sunat Isnin dan Khamis.
      Takpe la Fanny, kita sambung saja workout seperti biasa sebab itu amalan sihat, kan. Cuma bab jaga makan, cuba untuk control mana yang mampu ya, Insya-Allah. 🤗

      Delete
  9. semoga dipermudah urusan kak Nur...saya nak kesedaran kak Nur sikit, walaupun tahu bacaan kolestrol tak memuaskan, tetap lah tak sedar diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Linda masih muda, kot. Ayuh Linda, you can do it, tinggalkan teh yang manis tu. 😁

      Delete
  10. Kena pulak tambah makan ubat. Mungkin Kak Nur boleh cuba tukar pemakanan pula. try and error. Kurangkan makan apa yang doktor sarankan tu. Baru saya tahu kolestrol dari keturunan juga. Allah maha mengetahui segalanya. Kita usaha mana yang mana boleh. Memang boleh stress dibuatnya bila tahu dan sangat-sangat down. BMI okay lega juga tu kak Nur. Selagi sihat, amalkan je gaya hidup yang sihat macam selalu. Kurangkan stress dan enjoy beriadah dan makan. Saya dok risau ni kalau buat fully check up, risau juga ada keputusan yang tak disenangi. Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik. Aamiin...
    Maaf jika ada perkataan yang kurang disenangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah, akak cuba, Insya-Allah.
      Aminn... terima kasih Fizah. Semoga Fizah juga sihat-sihat selalu. 🤗

      Delete
  11. Ammi pun ada masalaj kolestrol tinggi. Hampir 1 tahun juga ammi kononnya taknak makan ubat dan jaga pemakanan tp tak turun juga. Maka layan jelah simvastatin utk round 1. Tp ammi pulak tak sesuai dgn ubat ni. Mengantuk dan penat sepanjang hari. Bagi tau kat doctor dan doc tukar ke ubat Atorvastatin pula. Alhamdulillah skrg ok cuma bulan 11 nanti baru ada appt utk ambil darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga result kolesterol Ammi turun dan baik-baik saja. Aminnnn....
      Saya punya test darah, lagi 12 hari. Yikes!

      Delete
  12. Salam singah, nak kongsi pengalaman saya ya, selalu lah makan telur rebus jika boleh setiap awal pagi , banyak makan sayur dan sedikit nasi..makan nasi sedikit pada waktu malam..kemudian kena minum air teh.Cuba istiqomah..baru2 saya kena cek darah untuk kesihatan..result gula dalam darah saya 4 % kolestrol 3.7 % ..saya dan isteri amal makan telur rebus sebiji pagi atau dua biji sebelum sarapan dan kurang makan nasi..InshaAllah moga membantu ya dek..Selebihnya doa pada Allah minta kesihatan kepada Nya. Dialah pemberi rezeki kepada kita dan rezeki punya masa berblogging juga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, cikgu, kongsi pengalaman di sini. Rendah tu, bacaan gula dalam darah dan kolesterol cikgu. Bagusnya. Baiklah. Saya cuba, Insya-Allah.

      Delete
  13. KSarie faham rasa hati Tot tuh sebab KSarie pun bacaan kolesterol tinggi sebab genetik. Jadinya Dr kata kawal makan seadanya sebab buat apa pun kolesterol akan tetap tinggi sebab genetik. Bersenam sekupang dua kata Dr. Yang penting usahakan jaga makan. Jangan overthinking dan stress katanya. In sya Allah semoga dipermudahkan semua usahanya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, KSarie. Thank you juga kerana memahami, dan share pengalaman KSarie. 🤗

      Delete
  14. I feel you..SA pun sblom ni sama macam.Nur..takpe selowly ubah pemakanan..stop process food, cut sugar, cut makanan base tepung..seafood makan ikan xpe..SA pun dh start balik..banyakkan sayuran...kacabg goreng jangan makan ye..kacang almond xpe tp dalam jumlah yg kecik..ayam kena makan dada ayam je..daging sebulan sekali boleh...lebihkan sayur dan buah..jom aama-sama kita ubah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, SA, jom. Terima kasih, atas saranan SA. Saya akan cuba, Insya-Allah. 🤗

      Delete