Tarikh: 31 Julai 2025
Temujanji ambil darah di hospital. Biasanya, saya pergi pukul 2 petang. Tapi kali ini, sebab kena puasa, jadi saya pergi waktu pagi. Doktor suruh check kolesterol juga, selain bacaan hormon T4 dan TSH untuk tiroid.
![]() |
Apa itu T4 dan TSH |
![]() |
Nombor giliran temujanji ambil darah. |
Sampai di hospital pukul 7.51 pagi. Dapat nombor 53.
![]() |
Orang ramai yang menunggu giliran ambil darah. |
Tak ada tempat duduk. Semua kerusi penuh. Berdiri sekejap. Lepas tu, saya duduk di depan farmasi. Cari kerusi yang boleh nampak nombor yang dipanggil, walaupun dari jauh.
Pukul 9 lebih baru siap urusan ambil darah. Ok la. Laju juga untuk sampai giliran. Ambil darahnya sekejap je. Sekali panggil, 3 nombor yang masuk dalam.
Little did I know yang resultnya adalah sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan saya. Nanti saya cerita bila sampai waktu, ya. Sobs.. sobs.. 😢
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog saya ini. Jaga diri.
Jumpa lagi, ye. 💗
Datang sebelum 8am pun dah no 50+. Ramai betul orang ye.
ReplyDeleteAllahu... Semoga tiada yg memudaratkan dan baik² sahaja ya, Tot.
ReplyDeleteSemoga yang baik² aja Nur ye... Umur² kita ni macam² la datangnya ujian. Stay positive ya 🤗
ReplyDeleteSemoga baik2 saja ya,..ambil langkah kawal pemakanan dan kurang kan ambil gula..mybe membantu..
ReplyDelete