Tarikh: 19 Ogos 2025
Anne (perkataan Tamil, maksud abang) Kedai Murugan di Lumut, sudah kenal saya. Mungkin sebab saya selalu singgah beli roti.
Ada sekali tu, saya masuk kedai Murugan, nampak satu kotak roti gardenia quick bite ni, yang perasa durian.
Saya cakap kat anne tu, "Uit, satu kotak roti durian oooo".
Dia gelak. "Ye la, ramai orang tanya. Saya terus minta sama orang gardenia la. Sekarang kalau sorang beli 5 biji pun tarappa, stok dia kasi banyak".
Hahaha... Waktu tu, memang ramai orang mencari roti durian dan strawberry tu.
![]()  | 
| Pelbagai perasa roti gardenia quick bite. | 
Pada hari tersebut, saya beli perasa coklat, vanilla, jagung, strawberry dan butter sugar. Tak ambil perasa durian, sebab kalau beli, saya yang kena makan. Anak-anak tak suka perasa durian. Saya sedang usaha kurangkan makanan tepung based. Tapi kadang, saya bantai juga makan bila lapor.
Ini antara makanan bila anak-anak lapar dan saya belum siap masak. Saya masak lama. Sejenis buat kerja slow. Bila masak nasi je, air basuhan beras tu, saya simpan dalam dua bekas. Lepas tu, keluar dapur, siram pokok dengan air basuhan beras. Boleh katakan 2 jam kot ambil masa siap kerja di dapur untuk siap masak nasi, lauk satu jenis dan sayur satu jenis. Masak lauk, suka guna api perlahan. Kalau masak gulai, suka bagi dia masak lama atas dapur.
Kalau kome, ambil masa berapa lama masak di dapur, yang complete meal? Cer citer, cer citer...
Ok. Selamat berhujung minggu, semua.
Jumpa lagi, ye. π

SA plak x tentu..selalunya 1/2 jam siap dh masak..kalau lauknya x renyah
ReplyDeleteCepat juga tu, SA dah siap masak. SA memang cekap di dapur. Lauk yang dimasak sentiasa nampak sedap.
DeleteTudiaa ambil stok barang. Dapatlah orang yang mencari tu merasa kan. Dah banyak stoknya.
ReplyDeletePaling cepat kalau complete meal tak sampai 10 minit pun. Goreng ikan, rebus bendi. Sambal dah ready made. Cukup dah tu. hihi...Nasi masak awal sikit dari masak lauk.
Bagus, Fizah. Masak yang simple sekejap siap. Sambal dah sedia ada. Nak tiru style Fizah la. π
Deletecantik lak warna colorful bersusun.
ReplyDeletesama macam mak saya, air basuhan beras tu dia simpan buat siram pokok. kalau saya yg masak nasi, buang je air tu kat sinki hahaha
Hehe.. sayang air basuhan beras tu, Mazni. Pokok jadi subur dan sihat bila kita siram dengan air beras.
Deleteammi pun lama gak sebab tak reti kadang2 tu nak masak sekali harung dua dapur. unless kalau dapur sebelah tu sejenis masak sup oklah untuk ditinggal-tinggal. kalau sebelah masak sambal sebelah nak goreng sayur huhuhu...mau juga ada yg hangit nanti
ReplyDeleteHehe.. kita sama, Ammi. Kena siap masak satu persatu lauk, baru boleh fokus pada masakan kan.
DeleteSedap ni, makan petang2 lagi sedap ..minum kopi
ReplyDeleteHehe.. betul, cikgu.
DeleteSaya kalau masak nasi, satu lauk, satu sayur tumis ambil masa paling lama 1/2 jam. Kalau yang masak gulai tu dekat satu jam jugalah.
ReplyDeleteKak Amie pro chef, tak duduk lama pun kat dapur, boleh masak sedap². π
Deleteroti jagung fav....kalau masak menu simple 1 lauk tk smp 30minit...kalo 2 menu yg renyah mayb dlm 1 jam
ReplyDeleteCepat juga tu, mama tisya masak.
DeleteLinda kalau boleh nak cepat siap..sebab Linda tak suka masak, jadi nak kurangkan masa dekat dapur..Kikiki. Macam MIL Linda, suka masak api perlahan
ReplyDeleteHehe.. akak pun kurang suka masak, Linda, tapi jenis buat kerja perlahan. Sama pulak macam MIL Linda.
DeletePenasaran sama rasa cokelat.
ReplyDeleteEnak, mbak.
DeleteMA pun mcm sis SA..kalau boleh memang nak cepat2 siap masak kat dapur tu
ReplyDeletebab roti ni..fav Ian..tapi dia roti coklat je la
Hehe.. cepat masak, cepat boleh rileks dan makan ya, MA. Anak² memang peberet roti coklat.
DeleteKemarin ada video ttg roti Gardenia ini, dibuat influencer Indonesia. Jadi dia kaget kenapa antrian minimart di KLIA panjang sangaaat, dan ternyata beli Gardenia aneka rasa π. Dia pun langsung ikutan, nak tahu rasanya hahahah.
ReplyDeleteDari semua rasa, yg dia suka durian. Makanya saya nanti memang pas balik JKT, akan mampir Minimart cari Gardenia yg aneka rasa kak π€£. Jadi oleh2 buat anak di rumah
Haruslah dicuba, Fanny. Especially perasa durian, ya. π
DeleteBanyak betl stok roti beli.
ReplyDeleteSayapun kadang masak macam lambat sahaja tapi kadang-kadang cepat.
Hoho stok durian dalam peti sejukbeku ada lagi.
Rumah saya ramai askar, NA. Kena ada back-up makanan. π Wow, ada stok durian. Best tu! π
DeleteWahhhh meriah semua perisa roti ada. KSarie lama kalau masak sebab kelembapan tahap cipan yang tidak bisa dibawa berbincang. Tapi biasanya KSarie kemalasan masak hahahahaha
ReplyDeleteHahaha.. masak lama pun takpe kan KSarie, asal dapor berasap. KSarie korje, jadi boleh paham akan kesibukan untuk memasak.
Delete