Tuesday, September 2, 2025

Sistem down

 Selasa, 2 September 2025.

Baru balik dari pasaraya TF ni. Keadaan agak sesak dengan orang ramai yang nak tebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bantuan SARA ni, bantuan untuk 18 tahun ke atas, bayaran RM100 dimasukkan dalam MyKad.

Pihak pasaraya buka 2 kaunter saja untuk pembayaran. Tak boleh banyak-banyak tempat nak access katanya. Semalam pun sama juga keadaannya, panjang barisan nak beratur bayar, bak kata amoi promoter yang jual sabun basuh kat kami.

Barisan panjang nak bayar barangan yang dibeli di Pasaraya TF
Orang ramai beratur nak bayar.

Malangnya, sistem MyKasih down. Ada yang tinggal troli ditepi, tak boleh bayar, lalu terus tinggalkan pasaraya.

Sedih pula saya tengok. 

Saya ceritakan pemerhatian kami, ye.

Sistem belum stabil. Boleh tapi slow. Ini orang depan kami punya giliran. Tapi cashier tetap positif la, dia tetap nak cuba guna MyKasih. Mula-mula scan 1 barang, lepas, 2 barang lepas, 3 barang lepas, masuk barang 8-9 dah sangkut sistem. Sambung scan juga la. Total barang, pettt.. tak lepas. Cashier bagi pilihan nak bayar guna cash ke atau kredit kad. Tak jadi ambil. Cashier pindahkan barang ke kaunter sebelah yang kosong, walau pun ada barang dah letak sticker Paid tu.

Ish.. kesian pula tengok. 

Penjelasan Kementerian Kewangan mengenai sistem MyKasih yang down
Penjelasan Kementerian Kewangan.

Ada pembaca yang sudah tebus ke, SARA? 

Orang belakang kami cerita, semalam dia pi pasaraya Lotus, ambil masa 4 jam untuk lepas. Masya-Allah, sungguh tinggi tahap kesabaran kakak itu.

Saya kesian kat makcik belakang kami. Sebab masa giliran kami bayar, sistem tak lepas. Suami cakap kat orang belakang, kena guna cash. Makcik tu muka hampa. Aduh.. pemandangan yang kurang enak dilihat.

Suratkhabar Sinar Harian dan Kosmo pun ada melaporkan tentang perkara ini. Ramai yang hampa kerana tak dapat bayar. Termenung tengok barang dalam troli bila sistem down. 

Sekian saya melaporkan. Mungkin kena tunggu sistem stabil dulu kot ye. Tapi ada tarikh akhir kan, nak tebus SARA ni. Kami tadi nak guna Sumbangan Tunai Rahmah, tapi sistem yang sama, cashier tu cakap, jadi sangkut juga la.

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. macam SA kena semalam la..masa redeem kan PZ punya MySara tu...sudahnya bayar tunai..nasib baik PZ bagi 100..hehehee

    ReplyDelete
  2. Untuk Linda yang baru nak merasa nie, kita tenang² lah dulu..tak boleh nak judge orang lain..tp kesian bertroli² pekerja nak kena kemas barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, penat deme susun barang semula di rak.

      Delete
  3. Kesian untuk yang betul-betul perlu membeli tapi tak ada duit, juga kesian kat pekerja nak mengemas balik barangan yang ditinggalkan.

    SARA boleh guna sehingga 31 Disember. InsyaAllah sempat guna sebelum tamat tempoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie, ada orang memang perlukan sangat, waktu membeli. Bila tengok depan mata, rasa sayu.
      Insya-Allah, ye. Suami saya dah guna sikit, beli di Speed99.

      Delete
  4. semalam ramai beratur dengan trolley penuh barang. pastu tak jadi beli. kesian juga tengok

    ReplyDelete
  5. Betul dlm news byk keluar berita ni. Semoga dipermudahkan urusan semua.
    Sy tunggu sistem stabil dulu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... atas doanya.
      Boleh guna, PH, kat Speed99. Pergi pagi, pukul 9, waktu baru buka.

      Delete
  6. kenapa bisa begitu ya
    jadi membutuhkan kesabaran ekstra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Sistemnya bila ramai yang guna, jadi 'hang' gitu. Harus bersabar banyak-banyak.

      Delete
  7. 31hb tu kebetulan Cie memang beli barang dapur. Saja try kat cashier mujur lepas. Baru guna IC husband. IC Cie nanti la lain kali pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lepas ya, Cie. Banyak masa lagi.

      Delete
  8. wak nmpk kt tiktok makcik2 berebut2 bakul nak shopping tuhh., ganasss dh mcm kt konoha., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul. Saya pun tak paham. Dekat sini, benda yang dia rebut tu, tak boleh claim MyKasih pun, barang seperti bawang, ikan, dan benda mentah.

      Delete
  9. Ramai orang guna sistem itu, kena pilih hari lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Hari lain dan awal pagi. Hehe.. dah test kat Speed99.

      Delete
  10. Tunggu sampai akhir tahunlah baru nak tebus.

    ReplyDelete
  11. kesian pada pembeli yg berharap. tapi kesian lagi kat staff yg nak kena kemaskan semua barang semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Semoga dipermudahkan urusan pembeli dan pekerja.

      Delete
  12. Berarti servernya tak memenuhi kapasitas. Dan ini sering ditemui dalam sistem pemerintahan. Di sinipun saya, kalo dah related dengan sistem pemerintah punya, pasti sering down. Macam nak daftar sekolah negeri. Itu biasanya serentak 1 Indonesia raya. Jam 8 pagi dibuka, semua orang pasti berebut masuk. Dan akhirnya down.

    Seharusnya memang jika metodenya untuk 1 negara, kapasitas server harus besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh.. sama juga ya sistem Malaysia mahupun Indonesia. Itu la, semoga pihak berkenaan ambil langkah proaktif untuk perbaiki keupayaan sistem sekarang.

      Delete
  13. Sepatutnya sistem dah ready kan sebab tahu akan jadi sesak. Tapi tak, macam-macam isunya sekarang ni. Kesian pada mereka yang betul-betul memerlukan. Saya tengok di Mydin setiap kali pergi panjang barisannya. Saya pun tunggu reda sikit baru tebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kita kesian tengok orang yang betul² perlukan bantuan tu. Nak bayar tapi takde pitih. Akak blum guna lagi.

      Delete
  14. Semoga sistem bertambah baik di semua tempat. Kesian orang ramai beratur. Kesian juga staff kena simpankan barang yang customer tinggalkan dalam bakul bila sistem down

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Harap orang tahu yang banyak tempat boleh tebus mySARA ni. Jangan pi satu tempat je, pastu berator panjang.

      Delete