Assalamualaikum, semua... Salam Jumaat yang mulia...
Tempat saya ni, biasanya panas saja. Tapi minggu lepas, ada dua tiga hari hujan turun berpanjangan hingga banjir di sesetengah kawasan. Waktu itu, rasa nyaman dan ikutkan hati, nak selubung dengan selimut je, kan.
Saya nak kongsikan gambar awan rendah yang saya ambil masa musim hujan hari tu. Gambar di bawah diambil pada 19 Oktober 2025 yang lepas, semasa kami on the way pergi pasar pagi Kuala Kangsar melalui highway WCE.
![]() |
| Awan atas pokok kelapa sawit |
Sedap jalan dalam cuaca yang malam sebelumnya hujan. Turunkan tingkap, tak perlu on aircond kereta. Ada sesetengah kawasan, dari jauh boleh nampak rendahnya awan.
![]() |
| Entering zon awan rendah di hadapan |
Keluar rumah awal pagi, hari Ahad. Tak banyak kereta pun. Depa tangan keluar tingkap. Udara sejuk saja.
![]() |
| Lagi awan atas kelapa sawit. |
![]() |
| Awan rendah tutup puncak bukit |
Saya buat carian sikit. Pada paras 2 kilometer ke atas permukaan bumi, awan yang terbentuk dikelaskan sebagai awan rendah.
Awan pertengahan berada setinggi 6 kilometer ke atas permukaan bumi.
Awan tinggi sehingga 18 kilometer ke atas permukaan bumi.
Awan yang saya ambil gambar di atas, saya rasa, namanya adalah awan stratus kerana ia kelihatan macam kabus yang tidak sampai ke tanah.
Jarang-jarang sekali dapat tengok awan rendah macam ni, bagi saya la. Itu pasal saya ambil gambar.
Kome suka tak ambil gambar langit dan awan?
Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Awan Nano pula.
Hehe... ok, jumpa lagi, ye. π




Kat tempat saya semalam dan hari ni mendung, hujan dan kadang2 panas sedikit. Matahari malu-malu nak keluar. Tapi sempat jugalah baju kering sebab berangin juga.
ReplyDeleteBagus juga bila cuaca berangin, kan, kak.
Deletebestnyer dpt amek gmbr awan rendah.. wak suka amek gmbr awan karpet tp kene daki gunung ka.. hehe
ReplyDeleteOh, itu yang Wak selalu naik bukit dan gunung tu yek. Bagusla, sambil ambil gambar, sambil exercise ya, Wak.
Deletesejuk mata memandang..rasa macam boleh capai je awan tu
ReplyDeleteItu la, rendah je dia duduk.
DeleteBenda yang selalu jadi perdebatan kami laki bini - sorang kata awan, sorang kata kabus π
ReplyDeleteSaya suka perhati awan dan selalu jugak ambil gambar awan, tapi itulah lepas penuh galeri gambar, kita delete.
Dah dah tu, jangan gaduh laki bini. Ikut suka masing-masing la, nak panggil awan ke, kabus ke, suka hati la. π
DeleteAlaa... lain kali upload dulu ke blog, sebelum delete, ya Ujie.
Selayang dah seminggu tak hujan nie
ReplyDeleteTudiaa...
DeleteCantiknya awan tu. Biasanya dipanggil awan karpet rasanya.
ReplyDeleteCantik, kan... π₯°
DeleteCantiknya awan tu, macam di atas gunung
ReplyDeleteAgak tinggi juga highway ini, Mas.
Deletesamalah di Kelantan ni. Pagi2 mendung je. Terasa nyaman sikit nak brisk walk...
ReplyDeleteKan, Abe Kie. Lepas briskwalk boleh cari nasi berlauk pula. Hehe..
Deleteada yang kata awan, ada yang kata kabus.. entahlah.. tapi saya kata cantik hehe
ReplyDeleteHehe.. saya pun dah jadi konpius juga, nak panggil awan ke kabus.
DeleteCantik! Sy suka tengok awan, tengok langit. Rasa tenang je jiwa
ReplyDeleteKannn... PH.
DeleteTerasa sejuk bila tengok awan tu.
ReplyDeleteHa ah.. udara memang sejuk.
Deleteharitu banjir teruk kat belah taiping kan.. rumah maklong saya pun kena sikit. harap sekarang dah okaylah.
ReplyDeletecantik awan rendah tu, mesti sejukkk je rasa
Itu la, sekarang bila hujan lebat, banyak kawasan banjir kilat.
DeleteYe, Mazni, memang rasa sejukk jer.
Gunung belakang rumah SA pun ada awan rendah...tapi ada bentuk carpet..SA nampak dari dalam kereta so x dan nak amik gambar
ReplyDeleteWah, mesti cantik, awan karpet.
DeleteRendah betul awannya ye. First time KSarie tau pasal awan rendah ni. Sekali pandang macam kabus sungguh. Sekarang ni banyak betul kawasan yang banjir. Kawasan yang tak pernah banjir pun ada yang mula banjir. Kesan climate change + pembangunan tidak terkawal. Eh tetiba ayat gomenπ
ReplyDeleteHehe... betul la tu, ayat gomen tu. Semalam tengok news pun, di Gua Musang, air masuk menderu dalam rumah. Seram kita tengok.
DeleteSaya suka langit senja..cahaya waktu matahari terbenam..sungguh lukisan alam yang Allah cipta tiada tandingannya..keindahan langit memayungi dunia kita..
ReplyDeleteSubhanallah, cantik kan, Cikgu.
DeleteCantik sekali..
ReplyDeleteYe, Cikgu.
DeleteCantiiiik sangat. Biasanya awan rendah ini memang dijumpai di kawasan tinggi kan. Kalo di sini mesti datang ke dataran tinggi Dieng.
ReplyDeleteMemang highway itu agak tinggi sikit, Fanny, ditambah hari semalamnya hujan, jadi cuaca terasa dingin.
DeleteAwan ya, ingat kabus. Seronok sejuk. Dahulu rumah Uwan sejuk begini, tidak payah buka kipas.
ReplyDeleteSaya pun konpius sudah, AI cakap awan, tapi ada orang cakap kabus. Ikut la nak panggil apa pun. π
DeleteBestnya kalau rumah tak perlu buka kipas tu.
Kalau dah awan rendah macam tu mmg blh baygkan kesejukan nya mcm mana.. kat KL hurmm jgn harap ada awan rendah mcm ni huhuu
ReplyDeleteHehe.. tapi KL selalu hujan kan, petang-petang.
DeleteSubhanallah cantiknya
ReplyDeleteKannn.... π₯°
Delete