Pages

Monday, October 13, 2025

Ayam sweet sour dan sambal goreng jawa

💜 Jumaat, 19 September 2025 💜

Cerita tentang masak-masak lagi. 

Ayam sweet sour
Ayam sweet sour

Atau ayam masak masam manis. Saya guna bahagian dada ayam sepenuhnya. Potong kecil-kecil. Saya juga tidak goreng dulu, ayamnya. Lepas tumis bawang dengan halia hingga naik bau, masuk semua sekali ayam bersama sos plum, sos cili, sos tiram dan air. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.

Kemudian, saya masak lagi satu lauk. Hari tu, telan air liur saya, bila baca Sueann masak Sambal Goreng Jawa. Jadi, saya pun buat la.

Sambal goreng jawa
Sambal goreng jawa.

Versi saya. Guna apa yang ada dalam peti ais. Ada tauhu pok, fucuk, suhun, tempe dan kacang gajus. Orang guna kacang tanah, saya guna kacang gajus. Itu jer yang ada. Takpe la. Sendiri juga mahu makan. Kacang gajus tu, suami saya pula yang tolong gorengkan. Sampai hitam, kau! Lantak pi. Masuk jer.

Alhamdulillah. Sedap la, pada tekak kami. Selera sungguh kami makan pada hari tersebut.

Saya ratah sambal goreng je. Tak makan nasi. Kenyang. 

Sekian laporan masak-memasak pada hari itu.

Kome sudah makan ke belum? Makan apa hari ni?

Jumpa lagi, ye. 💗

25 comments:

  1. Saya orang Jawa yang dah lama tak buat sambal goreng Jawa 😄
    Tapi kalau saya buat memang tak pernah letak kacang tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... oh ye ke. Saya pun pernah makan sambal goreng jawa ni, kadang ada letak kacang goreng, kadang takde.

      Delete
  2. Tak pernah buat sambal goreng jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan, tak? Buat versi kita kita, je, Cie.

      Delete
  3. Sedap tu sambal jawa Nur. Tak sabar nak balik kampung time raya, nak makan sambal jawa puas-puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat LD, susah nak cari bahan-bahannya, ya, kak, seperti tempe tu?

      Delete
  4. byk tauhu sambal jawa tu...sedap, ratah2 aje.....

    ReplyDelete
  5. my fav..sambal goreng jawa tu..makan mcm tu je pun layannn

    ReplyDelete
  6. Sambal goreng jawa sedapnya, tak pernah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang-jarang buat. Ikut dalam buku resepi je.

      Delete
  7. Sedapnya sambal goreng jawa tu! Kalau tak letak fuchuk tu takpw kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuchuk tu yang bagi sedap..hihihi...nikmat gigit dia kenyal2 gitu

      Delete
    2. Ha, kak Linda dah tolong jawapkan tu, Mazni. Hehe.. ala, letak je la apa yang Mazni nak letak. Kita juga yang nak makan.
      Betul cakap Linda tu. Sedap kan, ada fucuk.

      Delete
  8. alamak..macam tak pernah makan pula sambal jawa yang ada kacang tanah...selalu suun, pucuk, tempe, kacang panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah, Linda, akak rujuk buku resepi juga. Hehe...

      Delete
  9. Suka makan sambal jawa tapi tidak pernah buat. Hehe selalu dapat makan ketika kenduri atau masa beli nasi ambeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kan. Kalau beli tu, saya dapat rasa sikit je, tak puas makan. Itu yang saya buat sendiri tu, NA.

      Delete
  10. Saya panggil sambal campak-campak. Masuk je apa yang ada kat dapur. Hasilnya lumayan. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... betul, betul. Masuk je apa ada dalam peti ais.

      Delete
  11. Agak beda dengan sambal goreng yang saya tahu di sini . Bisa jadi Krn saya orang Batak sumatera, jadi kalau masak sambal goreng biasanya pakai kentang, ati dan rempelo ayam.

    Sayang mama mertua yg orang Jawa dah tak ada. Kadang suka saya tanya dengan kuliner khas Jawa yg mama sering masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beza, sebab akak guna bahan yang ada dalam peti ais akak saja, Fanny. Tidak ikut resepi sambal goreng jawa yang asli.

      Delete